"Oi,kau dah mandi belum?"soal Najmi sambil menguak pintu bilik. Kelihatan Raisya bersusah payah hendak mengezip bajunya. Luka di tangannya pada tempoh hari masih terasa ngilu.
Najmi hanya mampu menelan air liur. Badan isterinya yang putih melepak itu menaikkan nafsunya.
"Oh awak. Ah..emm boleh tak tolong saya zipkan baju ni.Tangan saya sakit"pinta Raisya sambil menunjukkan belakang badannya yang terdedah. Najmi segera menutup pintu bilik. Lantas dia menghampiri isterinya.
"Kau memang sengajakan?"soal Najmi.Sengaja menggantungkan ayatnya. Dia suka melihat Raisya berteka-teki.Kelihatan wajah gadis itu comel.
"Sengaja apa?,cepatlah zipkan"Raisya menalakan belakangnya ke arah Najmi.
"Sengaja nampak seksi depan aku. Kau nak goda aku ke sayang.Hm?"soal Najmi nakal. Tangannya sudah memeluk pinggang isterinya. Hidungnyaa pula sudah menghidu di tengkuk isterinya.
"Ma..ma..mana ada. Sa..sa..saya tak boleh nak zip je"kata Raisya.Wajahnya sudah memerah menahan malu.
"Wanginya..sayang"Najmi sudah hilang kewarasan. Dia segera menolak Raisya ke katil. Raisya hanya membiarkan sahaja tindakan suaminya itu. Baju yang dipakai Raisya dikoyakkan dengan rakus. Najmi segera mencium leher jenjang isterinya.
"Anna..kau seksilah"Raisya terkejut kerana di hadapannya kini Iqbal. Lelaki itu semakin rakus memperlakukan adegan panas itu.
"Berambus..mana Najmi.Najmi tolong!!!"jerit Raisya. Matanya melilau mencari kelibat suaminya namun hampa. Kedengaran pintu bilik di kuak dan dititup kembali.
"Shus..shuss suami kau dah jual kau kat aku.So you are mine"Kata Iqbal tersenyum sinis. Raisya memberontak dengan kasar.Dia terdengar bunyi derapan kaki yang menghampiri katilnya. Kelihatan Najmi menhampiri mereka berdua.
"Awak..awak tolong saya"pinta Raisya sambil menangis. Najmi segera menghampirinya.
"Maafkan aku sayang. Aku dah jual kau dekat dia bagi menutup rahsia aku.Maafkan aku.Raisya Farahana binti Dato' Radhin aku ceraikan kau dengan talak 1". Raisya terkesima dengan kata-kata Najmi.Iqbal sudah pun tersenyum sinis. Najmi segera melangkah keluar dari bilik.
"Raisya..Raisya..."panggil Najmi.Sudah puas dia menggoncangkan badan isterinya yang sedang mengigau di siang hari.
"Awak...Awak...AWAKKK!!!!!" Raisya terus tersedar daripada tidurnya. Dia melihat sekeliling dan matanya tertancap pada suaminya yang membuat muka pelik dan risau. Dia meraba-raba tubuh badannya. Dia menghembuskan nafas lega kerana dia masih memakai baju.
"Kau asal ni.Teruk betul kau mengigau siap berpeluh-peluh.Kena kejar dengan hantu ke?"soal Najmi. Jelas wajah Raisya pucat dan berpeluh.Mesti dahsyat mimpi isterinya itu. Raisya memndang wajah suaminya dengan menggigil.Dia terus memeluk Najmi dengan seerat yang mampu sambil menangis.
Najmi terkejut dengan tindakan refleks Raisya. Dia juga turut memeluk isterinya dengan penuh tanda tanya.
"Hei..hei..kau kenapa ni.Tiba-tiba je nangis tak tentu pasal.Kau mimpi apa ni sebenarnya?"soal Najmi sambil melepaskan pelukannya. Bahu Raisya di pegang lembut. Dia memandang tepat anak mata isterinya.
"Saya mimpi awak ceraikan saya"ujar Raisya sedih.Air matanya masih mengalir. Najmi merenung lama wajah isterinya sebelum dia
"HAHAHAHAHAHAHAHAHA.Lucu apakah ini.Kau ni merapik je. Aku ceraikan kau?Ya Allah Raisya tak pernah terlintas dalam kepala suami awak ni nak ceraikan awak sayang"ujar Najmi. Terkeluar air matanya sedikit kerana ketawa yang berlebihan. Raisya hanya terdiam.Tidak tahu menelan atau meludah mimpinya itu.
"Itulah tidur lagi petang-petang.Kan dah mimpi bukan-bukan"kata Najmi dengan sisa ketawanya. Raisya memasamkan mukanya.
"Betulah.Awak ceraikan saya sebab nak sembunyikan rahsia awak daripada saya"kata Raisya dengan sedaya upaya mengigati mimpinya. Najmi terdiam.Ketawanya mati begitu sahaja. Dia tersenyum hambar apabila terdengar 'rahsia' yang keluar daripada mulut isterinya. Dia mengenggam tangan isterinya dengan lembut.
"Raisya..aku kahwin dengan kau sebab aku cintakan kau,sayangkan kau dan aku ikhlas nak jadikan kau isteri aku. Aku bukan nak kahwin dengan kau sebab suka-suka lepastu ceraikan kau.Tak Raisya.Aku janji kau wanita yang terakhir dalam hidup aku.Tak ada perempuan lain dapat gantikan tempat kau dalam hati aku"ujar Najmi panjang lebar dengan romantik sekali.Dia menarik Raisya ke dalam pelukannya. Diusap belakang isterinya dengan lembut.
"Ya Raisya aku ada sembunyikan rahsia yang amat terbesar daripada kau. Aku akan bagitahu kau bila sampai waktunya"bisik hati kecil Najmi.Di memejam rapat matanya menelan segala yang pahit.
"Dah gi mandi. Kejap lagi majlis tahlih nak start lepas solat maghrib"kata Najmi. Raisya terus berjalan mendengkut mengambil tuala dan bajunya menuju ke dapur.
Bacaan Yassin berkumandang enak di udara. Raisya hanya duduk di sebelah Hanis.Surah Yassin di tangannya ditenung sambil mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci Al-Quran itu.
"Oi,boleh tolong aku tak ambil air masak ni letak dekat tengah-tengah sana"Dina memberikan botol air tersebut. Kakinya yang terseliuh itu menyukarkan dia untuk bediri dengan sempurna.Akhirnya,air didalam botol itu tertumpah dan terkena Alia ibu Dina.
"Kurang ajar punya budak.Habis basah baju aku"Alia segera bangkit dan menampar pipi Raisya di hadapan orang kampung.Terteleng wajahnya ke tepi.
"Ma..maaf..Isya tak sengaja" Raisya memohon maaf sambil meraba pipinya yang memerah. Cecair jernih mula keluar daripada kelopak matanya.
"Tak sengaja..tak sengaja. Kepala bapak kaulah.Kalau dah tak ikhlas buat kerja tu tak payah buat.Sundal"Alia menengking Raisya.
"Apa mulut kau ni kurang ajar sangat.Anak kau tu yang suruh dia letak.Dah tau kakinya sakit lagi suruh dia buat"Hanis cuba mempertahankan Raisya. Dina sudah pun tersenyum sinis. Akhirnya Raisya dimalukan di hadapan orang ramai.
To Be Continue...

YOU ARE READING
MY MR MAFIA
RandomAntara dendam dan cinta bukanlah satu pilihan. Dia berusaha menjejaki pembunuh ibu dan ayah serta adik perempuannya. Menjadi mafia bukanlah pilihan hidupnya. Hidupnya penuh sengsara dari kecil. Namun cinta melebihi segalanya. Najmi Haqiem bertemu...