"Maafkan aku Rif.."Najmi hanya bermonolog bersendirian. Angin sejuk dari bukit itu hanya dibiarkan sahaja menjilat tubuhnya.
"Aku...tak..dapat tunaikan janji aku. Dah setahun lebih kami kahwin Rif..tapi aku..aku gagal. Aku..."hanya linangan air matanya sahaja yang mampu dia berikan saat ini.
"SAYANG...tolonglah kemana awak pergi ni.."dia meraup kasar rambutnya.
"Abang Raihan..kenapa buat Isya macam ni?"Raisya lemah.Namun di kuatkan semangat jiwanya.
"Aku buat semua ni sebab kau Raisya.Aku sayang kau,tapi...Abang kau yang bangsat tu halang aku. Dan sekarang ni,kau dah kahwin.Kau ingat aku boleh terima ke. Jiwa aku sakit Raisya.Sakit sangat."ujarnya mendatar.
"Tapi abang...Isya anggap abang macam abang kandung Isya sendiri.Sumpah demi Allah,Isya tak beri harapan langsung dekat abang. Abang..tolong lepaskan Isya.Isya merayu abang."pinta Raisya sedih.Raihan yang hanya duduk bersandar di dinding berhadapan dengan Raisya hanya menunduk diam.
"Abang,kalau abang sayang Isya..tolong lepaskan Isya. Tolonglah abang"Raisya merayu memohon Raihan untuk melepaskannya.
"Aku tak boleh Isya.Ni arahan daripada Xander. A..aku tak boleh"Raihan turut bersimpati dengan gadis di hadapannya itu. Dia mahu melepaskan Raisya namun,dia juga takut Xander akan mengapa-apakan keluarganya.
Raisya terdiam. Xander? Bukan ke tu lelaki yang disebut oleh suaminya tempoh hari yang lalu. Ya Allah nyawa kami dalam bahaya.
Dina menurunkan kakinya daripada bas.Dia menghirup udara segar di Stesen bas Larkin. Telefon bimbitnya dikeluarkan handbagnya. Nama seseorang ditekan.
"Ambil aku kat stesen. Aku dah sampai dah"ujarnya.
"Stesen Larkin lah sayang. Awak ni"Dina tersenyum sorang-sorang.
Raihan memeluk lutut sambil matanya membuang pandangan pada Raisya yang hanya menunduk menangis. Hampir 2 hari gadis itu didalam genggaman Xander.
"RAIHAN!!!!"suatu suara menjerkah ke telingannya.
Raihan segera menoleh kepada tuan empunya suara. Terkejut dia dibuatnya apabila Rifqi betul-betul berada di hadapannya dengan sebatang kayu baseball.
"Rifqi...ka..kau..bu...bukan ke"Raihan memberhentikan kata-katanya. Rifqi hanya terseyum sinis.
"Aku memang dah mati. Tapi dendam aku belum lagi. Macam yang kau nampak kat tangan aku ada batbaseball ni kan. Aku akan pukul sesiapa sahaja yang cuba cederakan Raisya."Rifqi sinis.
"Tapi itu janji aku sebelum aku mati"Rifqi tersenyum hambar. Wajah adiknya ditenung sepi. Raihan terdiam kaku. Tidak tahu mahu berkata apa.
"Kalau kau nak tahu..Raisya tu bukan adik kandung aku pun."luah Rifqi tersenyum pahit.
"Bukan adik kandung kau..?"Raihan cuba memahami situasi. Dah mati pun suka merapik.
"Yes"Rifqi tenang menyatakan hal tersebut.
"Maksudnya dia bukan anak kandung dalam family kau?"tebak Raihan.
"Tak bukan dia.Tapi aku.Papa ambil aku masa ada orang cederakan keluarga kandung aku. Papa bawa aku balik dekat rumahnya.Time tu arwah mama suka gila dekat aku sebabnya papa cakap arwah mama teringin nak anak lelaki. Dan time tu jugak aku terjumpa budak perempuan kecil yang boleh dikatakan comel."Panjang lebar mukadimah Rifqi.Raihan hanya mendengar dengan teliti.
"Raisya dia gadis yang agak amazing pada aku. Senyuman dia,ketawa dia,perangai dia yang ceria buatkan aku nak sangat lindungi dia. Dia segala-galanya bagi aku.Walaupun dia tidak tahu status sebenar diri aku dan dirinya hanya saudara angkat. Tapi dia anggap aku abang yang terbaik dalam hidup dia.Papa ada menyuruh aku kahwin dengan dia,tapi aku tolak sebabnya aku dah anggap Raisya adik kandung aku."panjang lebar Rifqi bercerita kisah silamnya yang hampir dilupakan.
"So aku akan lakukan apa sahaja untuk lindungan Raisya jika aku masih hidup"luah Rifqi dengan nada sedih.
"Kau boleh lakukan untuk aku?"soal Rifqi.Terkejut Raihan dengan soalan itu.
"La..laa..lakukan apa?"Raihan terpinga-pinga.
"Lindungi Raisya untuk aku.Dia anggap kau macam abang kandung dia sendiri."ujar Rifqi sambil menumbuk keras bahu Raihan.
"Tapi dia dah ada suami. Suami dia mampu lindungi dia"Raihan merenung tepat anak mata Rifqi.
"Yes i know dia ada suami. Tapi,Raisya juga memerlukan family dia untuk lindungi dia. "
"Tapi Rif.."belum habis Raihan habiskan kata-katanya Rifqi terus mencelah.
"Kau sayang diakan..so time nilah kau buktikan apa yang kau rasa.."Rifqi tersenyum manis.
"Tapi macam mana.Orang-orang Xander terlalu kuat"
"Kau kan bijak. Fikirlah."
"Macam..ma...na?"kelibat Rifqi terus hilang entah kemana.Raihan mencari-cari kelibat lelaki itu. Dia kini baru tersedar daripada tidurnya. Dia terus menghampiri Raisya yang masih terikat dikerusi.
To Be Continue...
maaaf la saya tak ingat nama watak😂😂😂 so janji bunyi sama dia latu. Ok sayonara. Arigatou
YOU ARE READING
MY MR MAFIA
عشوائيAntara dendam dan cinta bukanlah satu pilihan. Dia berusaha menjejaki pembunuh ibu dan ayah serta adik perempuannya. Menjadi mafia bukanlah pilihan hidupnya. Hidupnya penuh sengsara dari kecil. Namun cinta melebihi segalanya. Najmi Haqiem bertemu...