Najmi mengusap lembut kepala isterinya. Tangan isterinya digenggam penuh erat.Raisya mampu meletakkan kepalanya pada dada lelaki tersebut. Langsung tiada reaksi.Fikirannya masih sakit memikirkan hal tadi.
"Kau...seriuslah tak nak balik kampung lagi Qiem?"soal Karl mematikan suasan sunyi. Dia melihat Najmi dari cermin.Najmi hanya mengeluh berat.
"Entahlah Karl,kalau nak ikutkan hati aku tadi mahu sahaja aku bunuh dia dua beranak tu. Tapi tempat tak sesuai."Ujar Najmi.Tangannya masih mengusap kepala isterinya yang sudah ketiduran.Dia terlalu kasihan akan gadis itu.Terpaksa melalui saat-saat yang menyiksakan.
"Dah tu,asal kau tak bunuh je dia tadi.Aku pun dah hilang sabar dengan perempuan tu.Macam mana boleh jadi ahli keluarga kita.Elok dia tu duduk dekat safari,kawan dengan monyet."kata Karl geram.Dia lagi benci Mak Langnya itu.Kerana perempuan itu,dia putus tunang dua tahun lepas.
"Hmm aku tak boleh Karl.Aku tak puas lagi.Tunggu kita balik JB dulu.Aku nak tenangkan hati,fikiran baru aku balas balik mulut dia yang celupar tu.Memang cilaka dia tu"Najmi menyumpah seranah.Karl sudah tersenyum sinis.Dah lama dia tidak beraksi untuk menyiksa orang lagi-lagi perempuan.
Raisya duduk termenung ditepi kolam ikan.Matanya tertancap pada kolam tersebut namun,fikirannya melayang entah kemana. Dia duduk keseorangan.Najmi sudah lama pergi kerja.Kejadian lima hari lepas masih segar dalam ingatannya.
"Boo!!!"sergah Karl dari belakang.Raisya hanya memberikan sebarang reaksi.Dia hanya memandang Karl sekilas.
"Jauh termenung?"soal Karl yang hampa kerana Raisya tidak melayannya. Raisya hanya melepaskan keluhan kecil.
"Tak ada apalah abang Karl,Isya cuma teringat kejadian tempoh hari.Kenapa dia benci betul dekat suami Isya dengan Isya sekali.Suami Isyatu jahat sangat ke sampai nak tuduh dia macam tu."luah Raisya sedih. Air matanya sudah memabasahi pipi. Ah sudah,nangis pula.Takkan aku nak peluk dia pula.Kang Najmi balik apa pula dia kata.
"Perempuan tu beria je Isya.Dia sebenarnya memang tak suka Haqiem tu dari kecik.Sebabnya dia tak suka mak Haqiem tu."kata Karl terpaksa menceritkan hal yang sebenar.
"Eh kenapa pula dia tak suka dengan kakak dia sendiri?"Raisya pelik dengan Alia itu.Gila ke apa.
"Hm..Sebab mak Si Haqiem tu kahwin dengan Encik Ismail,bekas tunang Si Alia tu. Itu yang dia dendam dengan Haqiem.Sebab Haqiem ni menunjukkan kemesraan antara Salina dengan Ismail."jelas Karl panjang lebar.Raisya menangguk faham.Tiba-tiba terbit rasa sebersalah dan kasihan dalam hatinya. Tidak dia menyangka kehidupan suaminya tidak seindah novel dan cerita dogeng sejak dari kecil.
"Sebab tu,dia benci Mak Langnya.Yang Si Alia tu pula dapat tahu yang Ismail tu mati sebab nak selamatkan Haqiem,lagi dia berang. Itu yang dia benci sangat-sangat dekat Haqiem"Karl memendekkan cerita. Raisya terdiam.Dia cuba menganalisis setiap kata-kata dripda Karl.Hanis dan Amira juga pernah cerita benda yang sama.
"Oi...kau dengar tak apa aku cakap?"soal Karl sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Raisya. Raisya tersedar daripada lamunannya.Dia dapat menangkap sesuatu yang agak pelik.
"Hah apadia?"Raisya terpinga-pinga.
"Haih kau ni boleh tahan pekak ek.Aku cakap jaga Haqiem tu elok-elok.Dia sayang kau gila-gila tau"kata Karl sebelum memasuki rumah.
"Eh,Isya memang sayang dialah.Sebab tu Isya ambil berat pasal dia. Eh jap,abang Karl tak pergi kerja ke?"soalnya sambil mengekori Karl yang menuju ke dapur.
"Tak,sebab Flight delay.Baguslah tu boleh aku makan banyak-banyak"Katanya sambil membuka peti ais.Hanis yang baru bangun daripada tidur terus menuju ke dapur.Amira awal-awal lagi sudah keluar berdating dengan anak saudaranya ke mall berdekatan.
"OI!!!Suka hati je buka peti ais dalam rumah ni"tempelak Hanis lalu segera menutup kembali pintu peti ais tersebut.
"Suka hati akulah.Ni rumah sepupu aku dan aku juga tau.Aku yang beli peti ais ni"kata Karl dan ingin membuka kembali pintu tersebut.Raisyayang hanya dudk di meja memerhatikan tingkah laku Hanis dan Karl seperti kanak-kanak tadika.
"Dah tu,kalau kau beli peti ais ni pun,dalam barang tu bukannya kau yang beli.Aku tahu tak"Hanis tidak mengalah.
"So what.Do I care.Peti ais ni aku beli,so makanan yang terkandung dalm ni aku punya jugalah.Sebab dah melekat dalam peti ais aku"Karl mula menarik rambut Hanis yang tidak mahu mengalah.
"Sakitlah bodoh. Makanan dalam ni aku yang beli pakai duit aku.Wah kau". Bermulalah aksi tarik menarik rambut antara Karl dan Hanis.Raisya mengelengkan kepala.
Najmi memasuki rumah setelah salamnya tidak berjawab. Dia menanggalkan beberapa butang baju dan menyinsing lengan bajunya hingga ke siku.Mulutnya tidak henti-henti memanggil nama isterinya.
"Pang!!!!"kedengaran bunyi sesuatu barang jatuh dari ruang dapur. Najmi terus berlari menju ke ruangan dapur.
"RAISYAA!!"panggilnya.Namun matanya lebih tertarik untuk melihat aksi pergaduhan antara Karl dan Hanis.Raisya yang sedari tadi mentertawakan mereka berdua terus berlari mendapatkan suaminya.
"Eh abang..bila balik?Sorrylah saya tak jemput abang depan pintu tadi"Raisya terus bersalam dengan suaminya.Najmi terpinga-pinga dengan situasi dahapannya sekarang.
"Apa dah jadi ni?"soalnya masih bingung.
"Biarkanlah dorang dua.Jomlah saya teman awak naik atas. Bersihkan badan dulu"kata Raisya sambil menarik Najmi yang masih bingung naik ke tingkat atas.
To Be Continue..
Sebenarnyakan..Neko dah hilang idea.Hahaahaha takpe-takpe malam ni Neko cari balik idea neko.Sebarang kesilapan tatabahasa mohon dimaafkan. Hhehehe

ANDA SEDANG MEMBACA
MY MR MAFIA
NezařaditelnéAntara dendam dan cinta bukanlah satu pilihan. Dia berusaha menjejaki pembunuh ibu dan ayah serta adik perempuannya. Menjadi mafia bukanlah pilihan hidupnya. Hidupnya penuh sengsara dari kecil. Namun cinta melebihi segalanya. Najmi Haqiem bertemu...