Najmi bingkas bangun dari tidurnya,apabila terlihat Raisya tiada di atas katil.
"Raisya!!!Raisya!!!" Najmi memanggil. Puas dia menoleh kiri dan kanan. Mujur kepalanya tidak terputus.
"Ya??"terjengah Raisya daripada bilik air." Huh!kau buat apa?"soal Najmi kebingungan. Jam sudah nenunjukkan 5:58 minit pagi.
"Saya.." kata-kata Raisya terhenti apabila Najmi memintas.
"Aku ada sentuh kau ke malam tadi. Tapi rasanya aku tidur kat bawah" Najmi berseloroh. Raisya menjulingkan matanya keatas."Saya mandi sebab nak solat Subuh" kata Raisya sambil mengorak langkah ingin keluar dari bilik Najmi.
"Oh solat Subuh......" Najmi meleretkan sedikit kata-katanya. Dia tersenyum kerang. Sudah lama dia neninggal perkara wajib itu. Sudah lama dia tidak mengendahkan Allah selepas kematian adiknya."Raisya!!!" Najmi memanggil. Raisya memeberhentikan langkahnya lantas menoleh Najmi.
"Kau nak pergi mana?" Najmj menyoal.
"Saya nak pergi bilik saya lah. Telekung saya dekat bilik." Raisya tersenyum lembut seperti tiada apa yang berlaku dua hari yang lepas."Em...,kita solat sama-sama." Najmi tersenyum.
"Tapi telekung saya dekat dalam bilik" Raisya menundingkan jari telunjuk ke biliknya.
"Takpe dalam bilik aku ada telekung. Pergilah ambil. Dalam almari sana" Najmi memuncungkan bibirnya dan terus menuju ke bilik air untuk memgambil wudhuk."Fuyoooo. Mr.Mafia ajak solat la." Raisya tersenyum kambing. Dia lantas menuju ke almari dan segera menyarung kain telekungnya.
"Oh mak kau" Raisya terlatah apabila Najmi tiba-tiba sahaja menjerit.
"Hish,encik ni kenapa. Terperanjat saya tau tak" kata Raisya sambil mengurut dadanya.
"Dah kau tu yang tak guna. Aku ingat hantu tadi. Hishh dah la jom solat. Kang habis waktu" kata Najmi. Sejadah di bentang menghadap kiblat. Raisya tergelak kecil.
"Mr.Mafia pon takut hantu."Raisya memperli." Diam lah. Aku potong lidah tu tau la.."kata Najmi dan mereka terus mendirikan saf. Mereka segera bersujud kepada Sang Pencipta.
❄❄❄❄❄
"Encik Najmi nak bawak saya pergi mana ni?" soal Raisya sebaik sahaja Najmi meberhentikan keretanya apabila lampu isyarat merah.
"Pergi jumpa tok kadi. Kau kan gatal sangat nak kahwin dengan aku yang hensem ni" kata Najmi sinis dalam masa yang sama perasankan diri.
"Hah?biar betul. Bila pulak saya nak kahwin dengan encik. Saya takda cakap apa-apa pun" sanggah Raisya.
"Alah kau,macam aku tak tau je kau borak dengan Hanis pagi tadi. Aku dengar semuanya lah." jelas Najmi sambil menolak brek kereta ke depan dan kebelakang.
Raisya membeliakkan matanya sebesar mungkin.
"Alamak,dia dah tahu ke?" kata Raisya didalam hati. Mujur Najmi tidak perasan yang dia sedang terkejut Kera. Kalau tak mahu sahaja dia kena bahan."Diam je. Betul la tu apa yang aku cakap. Kau suka aku kan?" soal Najmi mengusik.
"Hishh,mana ada." bantah Raisya.
"Ya"
"Tak"
"Ya"
"Tak"
"Ya"
"Ya""Eh tak tak tak" kata Raisya apabila menyedari dia tersasul.
"Ha aku dah agak dah. Kau suka aku" kata Najmi mengusik."Hishh menyampahlah dia ni. Ada je modal nak usik." kata Raisya sambil menjulingkan matanya ke atas. Najmi tersenyum kemenangan.
Kereta Buggatti milik Najmi meluncur laju memasuki perkarangan rumah yang besar serta mewah. Raisya terpegun.
"Mafia ni memang kaya ke apa?Ayah dulu takda pun sekaya ni. Pelik?Ayah?" Raisya terdiam apabila tiba-tiba wajah Dato' Radhin menyerang fikirannya."Ah...aku tak ada ayah." bentak Raisya didalam hati. Wajah ayahnya dibuang jauh-jauh. Dia memandang muka Najmi yang tiba-tiba sahaja serius.
"Jom turun" Najmi segera membuka pintu kereta. Raisya juga membuat perkara yang sama. Mereka berdua segera menghampiri pintu masuk. Najmi menguak pintu besar itu.
"Oh kau rupanya. Tahu pulak jalan balik. Ingat dah lupa" sergah suatu suara.
"Oh Datin Qie pisau cukur. Aku ingat siapa la tadi. Lantak lah rumah mak ayah aku. Kau sibuk asal" kata Najmi sinis."Eh kurang ajar betul mulut kau. Eh budak hingusan,aku ni mak kau tau. Hormat. Biadap!!" kata Datin Qie atau Rokiah.
"Eh perempuan,mak aku dah lama meninggal. Tak ada sesiapa yang boleh ganti tempat dia lagi-lagi perempuan tak guna macam kau." Najmi mendekatinya dengan muka serius.
Datin Qie segera mengundurkan diri sedikit kebelakang. Dia takut akan Najmi yang sedang berwap-wap kepanasan.
"Dah la Raisya,jom naik atas. Layan perempuan tak sedar diri nak mampus ni buang masa je. Bukannya ada faedah" kata Najmi lalu menarik lengan Raisya menyuruh mengikut jejak langkahnya.
"Heh,tak guna. Anak,mak,bapak sama je menyusahkan aku" kata Datin Qie lalu menghentak tangannya ke pemenggang tangga.
❄❄❄❄❄
Raisya mendiamkan diri. Dia berfikir sejenak. "Siapa perempuan tu,bukan main berang lagi dia bila nampak muka mamat ni. Haish" Raisya mengeluh panjang."Kau tercegat benda kat situ. Meh sini" Najmi memanggilnya. Raisya terus berlari anak menuju ke arah Mafia itu. Sekali lagi Raisya terpegun melihat bilik tidur milik Najmi.
Biliknya menggambarkan suasana gelap dan sedih. Ini menggambarkan kehidupan Najmi tidak secerah yang Raisya sangka. Lelaki yang selalu baran,bekerja sebagai Mafia,kaki dengki no 1 dihadapannya itu tidak pernah merasai kegembiraan mungkin sejak kecil lagi.
Najmi terus membuka almari bajunya yang agak berhabuk. Raisya hanya duduk memerhati di birai katil.
"Nah!!!" Najmi mencampakkan sehelai baju kurung bercorak bunga bewarna cream ke arah Raisya."Baju pengantin?Encik nak buat apa?" soal Raisya. Najmi diam dan tidak menjawab. Dia masih tercari-cari sesuatu di dalam almari.
"Hah?ada pun" katanya sambil membawa keluar Baju Melayu bewarna cream yang masih elok seperti baru dibeli."Ni baju nikah arwah ayah aku dan tu baju nikah mak aku. Dulu masa arwah mak aku hidup,dia nak hadiahkan baju ni kat adik aku masa hari pertunangan dia. Tapi.." Najmi menghentikan kata-katanya. Dia merenung baju Melayu itu dengan sebak.
"Tapi apa encik?" soal Raisya apabila melihat Najmi tidak nenghabiskan ayatnya.
"Tapi,Allah lebih sayangkan dia. Dia dibunuh dengan kejam oleh binatang sial kat luar sana" kata Najmi. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Dia terus jatuh terduduk dan menangis. Raisya tersentak."Ya Allah,ujian dia sungguh berat daripada aku. Aku cuma kehilangan abang dan mama tetapi masih mempunyai ayah,tetapi dia. Dia kehilangan ahli keluarganya yang dia sayang. Sungguh perit derita yang perlu ditanggung" kata Raisya didalam hati.
Raisya menghampiri Najmi. Dia takut namun terpaksa menenangkan Najmi sambil mengalirkan air mata. Dia berasa kesal kerana melarikan diri dari rumah dan meninggalkan ayahnya.
Kini Raisya faham,kenapa Najmi bersifat demikian. Dia ingin membalas dendam atas kematian ahli keluarganya yang menyayat hati.
To be continue...

YOU ARE READING
MY MR MAFIA
RandomAntara dendam dan cinta bukanlah satu pilihan. Dia berusaha menjejaki pembunuh ibu dan ayah serta adik perempuannya. Menjadi mafia bukanlah pilihan hidupnya. Hidupnya penuh sengsara dari kecil. Namun cinta melebihi segalanya. Najmi Haqiem bertemu...