"PERGI...AKU NAK NAJMI. AKU NAK NAJMI.PERGI" Raisya menghalau semua orang yang ada didalam wad. Dia tidak henti-henti menangis. Dia memeluk erat lututnya.
"Puan.." Amira bersuara simpati. Situasi yang dilihatnya kini pernah berlaku seperti dia pada empat tahun yang lalu.
Hanis masih berlegar-legar di luar pintu wad. Dari tadi dia berulang-alik.
"Hanis..." tegur Najmi yang agak tercungap-cungap.
"Mak ai..Serabai benar mamat ni" Hanis memandang Najmi dari atas ke bawah.
"Mana Raisya?" soal Najmi. Matanya liar mencari kelibat si isteri.
"Puan kat dalam. Dia lagi tadi meraung panggil nama Tuan" Jelas Hanis. Matanya tak lekang memandang Najmi. Kacak.
Najmi terus meredah masuk pintu wad. Doktor Farid dan Amira terkejut dengan terjahan yang dibuat oleh Najmi.
"ABANG!!!!!!" Raisya meluru mendapatkan Najmi. Dia memeluk Najmi sekuat hati.
"Jangan tinggalkan saya"Raisya menangis di dada bidang milik suaminya. Kejadian petang tadi sungguh menakutkan.
"Ya aku janji aku tak tinggalkan kau lepasni" Najmi memberi kata-kata semangat. Dia kemudiannya mengusap lembut belakang isterinya.
"Dah sekarang pergilah rehat." ujar Najmi. Dia mencempung Raisya dan membawanya ke katil. Dia kemudiannya menarik selimut dan menyelimuti gadis itu.
"Teman saya" Raisya bersuara perlahan. Tangan Najmi digenggam erat. Sungguh dia mahu lelaki itu ada disampingnya.
"Ya aku teman kau. Dah sekarang tidur" kata Najmi sambil mengusap lembut kepala isterinya. Senyuman tawar tak lekang dari bibirnya.
Raisya terus dialam mimpi. Terlalu banyak tenaganya digunakan ketika mengamuk tadi.
Setelah memastikan isterinya tidur Najmi perlahan-lahan bangun dari duduknya menuju kearah Doktor Farid,Amira,Hanis dan Karl.
"Apa berlaku,Rid?" soal Najmi. Mukanya yang kelihatan penat dikawal serius.
"Aku rasa dia trauma. Kau kena bawa dia pergi jumpa kaunselor yang boleh pulihkan semangat dia." Doktor Farid melebarkan idea. Karl,Hanis dan Amira mengangguk setuju.
Najmi meraup mukanya. Tiada langsung tanda dia setuju atau tak. Dia kemudiannya menapak semula masuk ke dalam bilik dimana Raisya ditempatkan.
"Ego betul la mamat tu. Aku tampar satgi tau la. Bini dalam masalah kot" Hanis menjulingkan matanya ke atas.
"Hish kau ni. Sabar. Dia memang macam tu. Dia tu sayang Raisya lebih dari nyawa dia" kata Karl memlertahankan sepupunya itu.
Dia tahu mulut Hanis itu tidak dapat dibendung bila memaki. Kisah apa dia,orang tu pangkat tinggi ke rendah,semua dia tibai.
"Doc,bila Puan Raisya boleh keluar?" soal Amira yang sedari tadi menyepi. Bukan apa,dia sedia maklum bahawa Karl dan Hanis memang tidak sebulu dari dulu lagi. Jadi dia malas masuk campur.
"Esok dah boleh discharge" jawab Doktor Farid tenang. Dia kemudiannya memepuk bahu Karl.
"Kalau Tuan sayang bini dia,awak kena lah sayang Hanis ni" Doktor Farid bergurau.
"Haih lah Farid. Jangan cetuskan kekecohan. Ada aku baling dengan handbag ni kang" Amira berbicara didalam hati.
"Eh gurau kasar nampak. Tolonglah minah ni,dah lah mulut macam longkang. Memang tak lah"Karl mergeling. Hanis sudah mengepal penumbuknya.
Amira terus menarik lengan gadis itu keluar dari pemandangan Karl. Butang lif segera ditekan. Sempat lagi Hanis mengeluar jari tengah pada Karl.
"Tak padan dengan perempuan. Rempit" Karl sinis.
Najmi menghempaskan diri pada bangku didalam bilik itu. Muka Raisya yang dialam mimpi ditenung lama.
Dia tersenyum tawar. Otaknya tiba-tiba memproses memori lama.
4 Tahun Lepas..
Rifqie yang terlantar dikatil hospital dipandang sayu. Itu lah orang kata bergurau berpada-pada. Dia tidak sengaja menolak Rifqie dari tebing masa mendaki gunung 2 hari yang lalu.
"Qie,aku minta maaf. Sumpah weh aku tak sengaja" Najmi menggegam erat tangan rakannya itu.
"Ala kau ni rilek sudah lah. Takyah buat drama korea kat sini. Meluat aku" Rifqie menepis. Walaupun kepalanya masih terasa sakit,dia cuba untuk bergurau.
"Ceh aku baru nak acah prihatib terhadap member ku seorang ni" kata Najmi gedik.
"Kau aku tumbuk kang. Takyah nak gay kat sini. Aku ada adik and girlfriend okey" Rifqie menjeling tajam.
"Kau ni,aku gurau je lah. Tapi,sakit lagi ke kepala kau. Dah macam telur aku tengok" Najmi ketawa terbahak-bahak.
"Tak langsung. Aku ni kuat bro. Orang hensem macam aku mana tau sakit" Rifqie memuji diri.
"Perasan. Amira tu pun nyaris-nyaris nak jadi sparepart aku" Najmi bergurau. Dalam tak sempat dia mengelak,Rifqie terlebih dahulu menyepak lelaki itu.
"Kan dah mendapat. Awek aku pun kau nak kebas. Kang ada yang berganti tempat duduk dengan aku ni" Rifqie sudah hilang sabar. Amira juga dia nak kebas. Playboy betul.
"Hahahah,tak rilek lah kau ni" Najmi masih bergurau.
"Memang tak rilek. Amira tu nyawa aku,kau apa tahu. Kau tu awek je keliling pinggang. Setia tak nak juga." Rifqie memperli pedas. Tersentak Najmi dibuatnya.
"Aku nak jumpa yang betul-betul boleh bimbing aku. Bukan macam perempuan yang aku tidur sebelum ni. Dapat sedap,dapat duit pastu tinggalkan aku" Najmi serius. Rifqie mendengar ritihan sahabatnya penuh tekun.
"Habis tu kau dah jumpa siapa perempuan tu?" Rifqie sengaja mahu tahu siapa perempuan lucky tu.
"Dah. Tapi aku takut doh,abang dia garang nak mati" Najmi membuat muka takut.
"Alah setakat abang dia tu,celah gigi je lah aku selesaikan. Kau bagi lah tahu nama,alamat perempuan tu" Rifqie teruja.
To be continue...
Sorry sis lambat update. Maaf tau

ANDA SEDANG MEMBACA
MY MR MAFIA
AcakAntara dendam dan cinta bukanlah satu pilihan. Dia berusaha menjejaki pembunuh ibu dan ayah serta adik perempuannya. Menjadi mafia bukanlah pilihan hidupnya. Hidupnya penuh sengsara dari kecil. Namun cinta melebihi segalanya. Najmi Haqiem bertemu...