~4~

2.2K 74 4
                                    

    Raisya termagu didalam kereta. Dia membelai tangannya yang masih dibaluti dengan simen. Matanya masih meliar mencari seseorang. Matanya menangkap suatu tubuh yang berjalan melepasi bahagian belakang kereta.

   "Encik Najmi,kita nak pergi mana ni?" soal Raisya sebaik sahaja Najmi memasuki perut kereta. Najmi hanya endah tidak endah dengan persoalan yang diajukan Raisya. Dia terus merevers kereta Audinya dan terus menekan minyak menuju ke sesuatu tempat.

   "Encik,kita nak pergi mana ni?" soal Raisya sekali lagi apabila Najmi tidak menjawab soalan mudahnya tadi.
"Hish!!kau ni macam mak neneklah. Potpetpotpet dari tadi. Kau kata nak pergi shoppingkan semalam. So,aku nak temankan kau pergi shopping." terang Najmi panjang lebar. Dia kemudian terus menoleh ke hadapan takut-takut terlanggar orang atau kereta lain.

   "Lah..saya boleh pergi sendirilah." kata Raisya sambil tersenyum. Najmi memandangnya sekilas.
"Umur baru 20 dah nyanyuk. Kan aku ada bagi tahu hari tu,kalau nak keluar pergi mana-mana kena aku yang teman. Kau tau kan dunia luar ni bahaya. Lagipun,tangan kau tu patah,larat ke nak pegang barang banyak-banyak" Najmi terus membrek kereta. Raisya beregerak sedikit kehadapan.

   "Auu,encik ni..kalau saya tercium cermin depan ni tadi macam mana. Mujurlah ada sitbelt ni kalau tak muka saya pon kena simen" kata Raisya seloroh. Najmi hanya ketawa.
"Kau ni kelakarlah" kata Najmi lalu terus membuka pintu kereta. Raisya juga berbuat demikian. Senyuman masih tak lekang dibibirnya.

   Najmi terus memegang tangan Raisya tanpa segan silu. Raisya membulatkan matanya lalu menarik tangannya dari genggaman Najmi.
"Eh apa ni,tak malu ke main pegang tangan anak dara orang" Raisya memandang tajam pada Najmi. Najmi membuat muka tidak kesah. Dia bersiul dengan tangan kirinya masuk ke dalam kocek seluar.
"Aku yang bawak kau shopping so follow my rules" Najmi menarik tangan Raisya dan segera membawanya masuk dalam Aeon Mall.

❄❄❄❄❄

  Raisya ingin masuk ke Watson namun ditegah oleh Najmi.
"Aku ikut kau" kata Najmi sambil memperketatkan lagi genggamannya.
"Biar papaya binti betik,encik nak ikut saya masuk dalam ni. Jarang tahu lelaki nak ikut sekali masuk Watson" Raisya tergelak kecil. Ketika Raisya ingin melangkah masuk,Najmi menarik tanganya.
"What?" soal Raisya pelik.
"Call me hubby" bisik Najmi di telinga Raisya. Raisya membeliakkan matanya.

    "Encik ni dah buang tabiat ke?" Raisya membuat muka geli.
"Alah aku suruh tu buat je lah" Najmi sedikit tegas. Raisya melepaskan satu keluhan kecil. Dia terus melangkah masuk ke dalam Watson dan ditemani oleh Najmi.
Sedang Raisya ralit memilih barang,seorang perempuan menghampiri Najmi.

   "Eh,Najmi. You buat apa dekat sini?" soal wanita itu dengan gediknya. Najmi tersenyum sinis.
"Eh,Fiqah. Aku tengah menjala ikan ni,you tak nampak ke?"kata Najmi sambil matanya meliar mencari kelibat Raisya.
" Amboi,dah pandai bergurau eh sekarang ni dengan I" Fiqah tersenyum-tersenyum sambil jari telunjuknya berjalan-jalan pada lengan  sasa milik Najmi.

   "Eii gelilah sial. Berambus. Nanti suami kau nampak habis aku" kata Najmi dan menepis tangan Fiqah.
"Ala...biarlah. You kan I punya. Dia tu lantak lah" Kata Fiqah sambil memeluk lengan sasa Najmi.

    Raisya memandang dari jauh. Hatinya mendongkol geram."Perempuan miang mana ni yang tergedik mengalahkan cacing kepanasan dengan crush aku tu"kata Raisya dalam hati. Raisya segera menghampiri dua tak sejoli itu. Dia mula menghampiri Najmi sambil menjinjing beg plastik.

  "Hubby tolonglah Sayang. Barang ni berat. Sayang tak boleh nak bawa" kata Raisya sambil menyerahkan beg plastik pada Najmi.
"Alololo. Kesian Honey saya ni. Meh,Hubby bawakan" kata Najmi lalu menolak lengan Fiqah yang sedang terbeliak mata.

   "Haqiem,siapa perempuan ni?!!!" soal Fiqah marah.
"Lah yang kau nak marah ni kenapa?dia ni Isteri aku Raisya" kata Najmi memperkenalkan diri Raisya.
"Hubby,perempuan tua ni siapa?" soal Raisya sinis. Fiqah terkejut dengan soalan Raisya.
"Tua kau panggil aku. Aku muda lagi tau" monolog Fiqa dalam hati.

   "Oh I Fi..." belum sempat Fiqa menjawab soalan berapi Raisya,Najmi memintas.
"Tak payah tahulah sayang. Tak penting pon. Lagipun,dia tak menarik" kata Najmi lalu menarik lengan kiri Raisya untuk keluar dari Watson. Raisya meleretkan senyuman kemenangan.

  "Tak guna punya perempuan. Kau sihir apa dekat kesayangan aku,sampai dia tunduk dekat kau. Dasar sundal punya perempuan" Fiqa merengus geram. Dia terus berlalu meninggalkan Watson.

   "Yes,akhirnya kau panggil aku hubby juga." Najmi melepaskan kelegaan.
"Tak ingin saya nak panggil encik hubby,geli  tapak kaki je nak panggil" kata Raisya lalu menjulingkan matanya keatas.

   "Eleh..kau cemburukan tadi. Macam aku tak tau je." Najmi meleretkan senyuman sambil membuka lock kereta.
"Tolonglah jangan perasan,saya ni lemah tengok perempuan gedik dengan lelaki ulat bulu ni,so saya tegurlah" kata Raisya lalu membuka pintu kereta.

   "Eleh,tengok pandangan mata kau je aku tahu kau cemburu tadi. Kau sebenarnya suka dekat aku kan,sejak peristiwa hari tu kan" kata Najmi nengusik.
"Perahsantan betul la encik ni. Kejadian yang haritu,saya dah buang jauh-jauh" kata Raisya lalu memasuki perut kereta.

   "Ini lah perempuan, dah suka dekat kita tak nak mengaku" kata Najmi lalu segera memasuki kereta dan terus memecut laju ke sesuatu tempat.

   "Memang aku tak nak mengaku. Kalau aku mengaku,kau mesti tak suka aku. So,kau jadi crush aku je la sampailah aku dah kahwin nanti. Hai lah Encik Najmi Haqiem kenapalah kau hensem sangat. Macam mat salleh gitu" kata Raisya sambil merenung tepat pada wajah Najmi yang sedang memandu.

   "Tahu lah aku ni  kacak,bergaya,smart,hensem tak payah lah tenung aku lama-lama. Nanti kau tergoda kat aku kan susah"kata Najmi mengusik. Dia perasan akan Raisya yang sedari tadi asyik merenungnya.

   " Aduh,susahlah dapat orang perasan macam ni."kata Raisya lalu melemparkan pandangannya ke luar. Najmi segera memberhentikan keretanya.

  "Hahahaha. Aku nak pergi office sekejap sebab nak ambil barang. Kau tak payah ikut,tunggu je dalam kereta" kata Najmi lalu segera keluar dan terus memasuki pejabatnya.

  "Aik,boss pun ada kerja ke. Setahu aku,boss ni goyang kaki je" Raisya menjuihkan birbinya ke depan. Raisya teringatkan satu hal yang diberitahu oleh Najmi tempoh hari.

  "Untuk makluman kau,aku seorang Mafia. Bukan Mafia biasa-biasa tetapi ketua Mafia. Aku buat semua benda,aku bunuh orang,jual dadah tapi tak hisaplah,belasah orang yang cari pasal dengan aku or orang yang aku rapat dan bersetubuh dengan wanita?aku rasa tak lah. Perempuan je yang beria nak teruna aku. So aku bagi jelah,rugi wooo kalau lepaskan" itulah ayat yang tergiang-giang di fikiran Raisya. Dia menggelengkan kepala seraya memejamkam matanya. Dia berusaha sedaya upaya untuk melupakan ayat itu dan dia ingin bersangka baik terhadap lelaki yang berjaya meragut,merompak,menculik,meng- kidnap hatinya itu.

To be continue...
Idea kering terokss

  

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now