~14~

1.6K 57 4
                                    

    Raisya yang terlantar sepi itu dipandang sayu. Tangannya kuat mengenggam tapak tangan milik isterinya.

   Sedang dia khusyuk mengalamun telefon bimbitnya berdering. Nama Karl terpampang di medan skrin telefon.Ikon hijau ditarik keatas

   "Hm 10 minit lagi aku sampai. Ikat dia dulu" ujarnya dan mematikan panggilan. Wajah tenang Raisya dipandang.

   "Abang dah jumpa siapa yang buat sayang sampai jadi macam ni. Abang pergi dulu tau." satu kucupan yang agak lama singgah di dahi si isteri. Benar-benar dia amat mencintai gadis itu.

   "Mira,Hanis aku nak kau berdua jaga dia. Jangan sesekali bagi dia keluar dari wad ni. Kalau ada apa-apa yang berlaku call aku." Najmi memberi arahan. Amira dan Hanis hanya patuh arahan dan terus menguak pintu wad yang menempatkan Raisya.

    Kereta Najmi meluncur perlahan memasuki kawasan gudang yang disimbahi lampu-lampu yang agak malap cahayanya.

    Topeng Joker diambil lalu diikat pada muka. Dia kemudiannya keluar daripada kereta dan terus memasuki gudang.

   Siulannya yang menggerunkan kedengaran luas diseluruh gudang.

   "Tegak bodoh segala bulu kat badan aku dengar Tuan bersiul" ujar Remy yang sudah pun pucat. Haziq hanya diam tanpa berkutik. Sudah pastinya dia menggigil. Segala dokumen diselit rapat di bawah pelipat lengannya.

    Najmi berjalan selamba. Tanganya memusing-musingkan perengkuh paip.

   "Mana dia?" soal Najmi sebaik sahaja berhadapan dengan Karl.

  "Dalam sana" Karl memuncungkan bibir. Tugasnya telah selesai. Kini giliran Najmi untuk beraksi.

   Dia memulas tombol pintu yang menempatkan musuh ketatnya terbiar kesejukkan.

   Matanya yang tajam tepat singgah pada figura yang sedang menghampirinya. Dadanya berombak kencang. Manusia dihadapannya itu sungguh mengerikan.

  Sam segera nengambil kerusi kayu apabila Najmi memberikan isyarat tangan. Dia meletakkan kerusi itu betul-betul dihadapan manusia yang paling Najmi kehendaki.

   "Seronok duduk sini?" soal Najmi. Topeng Joker itu dibiarkan sahaja lekat dimukanya.

  "Siapa kau?Apa kau nak?" soal lelaki itu bertubi-tubi. Najmi beriak tenang.

   "Kau dah tahu siapa aku. Aku cuma nak sakiti kau je" Najmi memberi jawapan yang cukup ringkas.

   "What?apa salah aku kat kau. Aku tak kacau life kau pun.SHIT" lelaki itu meludah. Najmi tersenyum sinis dibalik topeng yang dipakai.

   "Eh,kau ada kacau life aku lah. Tengku Syed Mohamad Iqbal bin Tengku Syed Shirajuddin" Najmi menuturkan kata-katanya dengan tenang.

   Iqbal menelan air liur. Sungguh jantungnya ingin terkeluar saat ini.
   "Macam mana kau tahu nama aku,kau siapa?" soal Iqbal inginkan kepastian. Nalurinya kuat mengatakan lelaki dihadapannya amat dikenali.

    "Hahahahahahaha,bro. Ni kawasan aku. Aku tahu siapa yang buat onar dekat aku,kawasan aku." Najmi menjawab soalan yang tidak langsung berkaitan dengam soalan Iqbal.

   "Kawasan kau?Kau..." Iqbal dapat tangkap butir-butir bicara lelaki dihadapannya itu. Kini dia sudah pasti siapa lelaki yang berhadapan dengannya sekarang.

   Najmi menanggalkan topeng mukanya. Muka bengisnya jelas terpampang.

   "Haqiem..." Iqbal terkejut. Dia benar-benar terkejut. Dia kini berhadapan dengan satu raksasa yang amat ditakuti oleh semua samseng yang berada di ibu kota Johor Bahru.

   "Yes. Asal muka kau pucat?takut?" Najmi menyoal Iqbal yang sudah pun hampir kehilangan nyawa.

  "Heh. Takut?dengan kau. Sorry bro tu bukan aku" Iqbal masih riak meskipun dia hampir terkencing didalam seluar.

  "Kau tahu apa salah kau?Kau tahu kenapa kau ada kat sini?" Najmi masih mengawal tutur katanya. Dia masih belum panaskan badan untuk beraksi malam ini.

   "Nope. Kau yang culik aku. So that why im being here" Iqbal masih lagi mahu pertahankan diri walaupun dia sudah tahu kesalahannya sudah dihidu oleh Najmi.

   "HAZIQ!!!!MASUK" arah Najmi. Dia masih merenung lelaki di hadapannya itu.

   "Baik Tuan" Haziq terkoncoh-koncoh memulas tombol pintu. Dokumen yang dibawanya diserahkan pada Najmi.

   Dia kemudiannya berlari keluar. Pintu bilik itu ditutup rapi.

   "Fuhhh nasib baik. Kalah tak tadi aku dah tengok adegan ngeri Tuan" ujat Haziq sambil mengurut dada. Remy,Sam dan Dylan sudah pun ketawa terbahak-bahak melihat wajah pucat Haziq.

   Karl yang sedang khusyuk bermain PUBG di telefon bimbitnya tersenyum sinis. Dia sudah maklum bagaimana Najmi menyiksa musuh-musuhnya itu.

     Najmi mencapak kepingan-kepingan gambar yang diperolehi daripada CCTV yang diperiksa oleh kuncu-kuncunya dihadapan Iqbal. Iqbal masih beriak selamba.

   "Ni kau kata tak buat apa-apa. Hei bila kau nak berubah. Raisya tu dah jadi hak milik aku yang sah. Apa lagi yang kau dendam dengan aku ni. Bangsat" Najmi sudah hilang sabar. Dia kemudiannya menghempas kerusi kayu yang di duduki tadi.

   "Heh. Kau nak tahu sebab apa aku dendam dengan kau. KAU RAMPAS SEGALANYA DALAM HIDUP AKU. KAU RAMPAS PAPA DAN MAMA AKU. KAU RAMPAS KERJAYA AKU. KAU RAMPAS RAISYA DARI HIDUP AKU. KAU..KAU TU YANG BANGSAT." Iqbal menengking Najmi. Segala yang terbuku dijiwanya selama 15 tahun diluahkan jua.

To be continue..

Ayok ape jadi lepas ni..


MY MR MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang