~23~

990 46 6
                                    

    Rumah Encik Hasbullah begitu sibuk sekali. Semua ahli keluarganya sibuk bergotong-royong bersama orang kampung untuk menjayakan majlis kenduri malam ini. Najmi dan Karl sibuk mengangkat periuk dan mengisi air ke dalamnya untuk merebus daging. Raisya dan Hanis pula sibuk mengemas ruang tamu.

    Dina hanya berpeluk tubuh di ruang tamu sambil bermain telefon bimbit. Tidak habis-habis membuat LIVE di Instagram miliknya.

   "Hello,everyone.Goodmorning.Harini rumah atok I ada buat kenduri tahlil pakcik dan makcik I serta majlis kesyukuran sempena...apa ek? Nevermind benda tu tak penting pun. So,semua orang bisy kemas rumah. I juga bisy ni,kena tolong sepupu I pasang langsir"katanya dengan membuat muka comel.

  Hanis yang sedang  memasang sarung kuisyen menjeling tajam. Raisya hanya tersenyum hambar. Malas hendak kisah. Dia hanya tekun memasang langsir.

   "Bilanya kau tolong kitaorang. Menipu je kerja kau"Hanis sinis. Dina hanya memekakkan telinga.

  "Sorry guys. I terdengar bunyi cengkerik la tadi. Al maklumlah rumah kampung banyak serangga"Dina memperli pedas.

  "Sorry guys..sorry guys..kepala mak kau la.Kau kalau pemalas kelebang* tu cakap je la jujur. Dasar attention seeker"Hanis membidas. Dina segera mematikan video LIVEnya itu. Dia menghampiri Hanis.

   "Kau asal eh tak puas hati dengan aku. Aku tak kacau hidup kau,jangan nak ganggu aku lah"Dina menolak bahu Hanis dengan kasar.

   "Eh kau kacau hidup aku la,tergedik sana sini pastu bohong orang.Kau fikir aku tak rimas. Macam pelesit"Hanis segera bangun. Eih ada aku ledak tengkuk perempuan ni kang.

  Raisya yang mahu menolong menghentikan perbalahan itu dengan tidak sengaja menyiku kepala Dina.

   "Ma..ma..maaf. Kak Isya tak sengaja" Raisya sebersalah.

   "Auch...sakitlah bodoh. Kau ni mata letak mana"Dina terus menendang kerusi.Raisya yang hilang keseimbangan badan terjatuh ke lantai.

  "Raisya..."Hanis menjerit. Semua yang ada di ruang dapur terkejut kerana terdengar bunyi hentakkan yang kuat.

  Dina yang rasa sebersalah terus berlari memasuki biliknya. Dia terus mengunci pintu biliknya. Hanis segera memapah Raisya untuk bangun. Puan Hanani yang mendengar bunyi hentakkan itu segera mendaki nai menuju ke ruang tamu.

  "Ya Allah,Isya..kenapa ni?"soal Puan Hanani dan terus berlari menolong Hanis memapah Raisya.

   "Aw..aw..aw..."Raisya menahan sakit pada buku lalinya. Puan Hanani segera menyuruh Hanis memanggil Najmi.

   "Ya Allah,kaki Isya terseliuh ni. Allah Isya macam mana boleh jadi macam ni"Puan Hanani risau. Risau dengan kecederaan Raisya dan risau dengan panas baran Najmi. 

  "Sayang!!!"Najmi segera memapah Raisya dan menyuruhnya duduk di kerusi. Jelas mukanya nampak risau dan marah.Namun disembunyikan.

  "Hanis,cerita kat aunty sekarang macam mana boleh jadi macam ni" Puan Hanani menikam anak mata Hanis.

   "Tu Si Kambing kat dalam bilik tu yang buat.Lepastu sembunyikan diri"Hanis memuncungkan bibirnya kearah bilik Dina. Puan Hanani mendengus geram.

   "Mak Su,Qiem rasa kena bawak Isya gi klinik ni. Kaki dia terseliuh teruk ni"kata Najmi risau. Raisya sudah menangis kerana ngilu di kakinya. Jelas kelihatan membengkak.

  "Okay,okay.." Puan Hanani segera menolong Najmi memapah Raisya.

"Aw...awak..saya tak boleh jalan..sakit"rintihnya. Najmi tiada pilihan lain selain mencempung isterinya lalu memasuki kereta. Enjin keretanya dihidupan dan beredar daripada kawasan rumah.


   Raisya berjalan terdengkut-dengkut selepas kakinya disapu ubat dan dibalut. Mujur ujian X-ray tadi tidak menunjukkan kesan patah. Najmi tidak berkutik satu ayat pun selepas keluar dari klinik.

  Raisya mula dihurungi rasa bersalah. Dia cuba memulakan perbulan dengan nada yang mendatar.

"Emm..awak..s..sa..saya minta maaf. Saya tahu saya salah.Lepasni saya janji saya behave"ujar Raisya pahit. Namun Najmi tidak membalasnya. Masih beku. Raisya membuangkan pandangannya ke sisi tepi jalan. Najmi hanya menjeling tajam isterinya.

   "Kau tahu tak,nak luruh jantung aku tadi dengar kau cedera. Lain kali tak payah masuk campur urusan orang. Kau pun tahu Dina tu macam mana,so biarlah Hanis yang settlekan" bebel Najmi panjang lebar.Wajahnya masih menayangkan wajah masam mencuka.

  "Tapi..ssaya cuma tak sengaja tersiku kepala Dina. Sumpah demi Allah"Raisya mengatakan perkara yang benar.Cecair jernih mula memenuhi kelopak matanya.

  "Hm..aku percaya cakap kau. Dah lepasni aku nak kau duduk je dalm bilik.Tak payah nak rajin sangat tolong orang dalam rumah tu. Nanti aku suruh Hanis jaga kau. Aku bisy hari ni"pesan Najmi. Raisya ingin membantah namun anak mata Najmi telah mematahkan kata-katanya. Najmi segera membelokkan keretanya kekiri dan menghentikannya ke kekiri sisi jalan.

  "Kau nak minum dengan makan apa-apa tak?"soal Najmi. Ini sahaja dia dapat memujuk isterinya. Dia tahu Raisya kuat makan,namun di sebabkan di rumah opahnya Raisya terpaksa berpuasa kerana segan.

   "Saya nak Kueh Teow basah dengan Milo Ais"pesan Raisya semangat.

"Kau ingat ni kedai acik kau. Ni gerai je lah. Ada jual nasi lemak,karipap dengan donut. Air ada air kelapa je"ujar Najmi menahan kepanasan. Mujur dia memakai cermin mata bewarna hitam.

"Saya nak karipap Rm2 dengan air kelapa satu"pesan Raisya sambil menyengih.

"Mak ai,banyak betul. Ha ye lah"Najmi segera membuat pesanan. Seusai membayar makanan tersebut segera diberikan kepada Raisya. Raisya segera mengambilnya dan memakan dengan pelahap.

 "Makan tu perlahan-lahan sayang. Kang tercekik. Tak ada siapa nak rebut makanan tu dengan awaknya lahai"ujar Najmi.Raisya tersenyum dan segera mengunyah karipap tadi dengan perlahan.

  Najmi teruskan perjalanan dan membelok ke kanan untuk kembali ke rumah opahnya,


To Be Continue...


MY MR MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang