~12~

1.7K 72 2
                                    

Raisya terjaga daripada tidur. Wajah serabai milik Najmi yang masih diulit mimpi dipandang dengan gembira. Kacak!

Dia segera bangun sambil mengutip pakaian yang bertaburan diatas katil dan lantai. Tubuhnya hanya dibaluti comforter. Dia terus berlari anak menuju ke bilik air dan menyucikan diri.

Rambutnya yang masih basah dibiarkan sahaja. Seusai memakai baju serta seluar dia terus meluru kearah Najmi yang masih dialam mimpi.

"Abang...abang..bangun. Solat Subuh" kejutnya perlahan.
"Hermmmm..ye sayang" Najmi menguap sambil mengeliat membetulkan sendi-sendi yang kendur. Sesekali terdengar bunyi tulangnya berdetap-detap.

"Pukul berapa ni?" soalnya. Matanya masih tidak boleh dibuka. Ngantuk sangat.

"5.30 pagi. Dah dah pergi mandi. Bersihkan diri" ujar Raisya sambil menarik lengan si suami.

"Lambat lagi. Waktu Subuh 30 minit lagi. Bagilah aku tidur sekejap. Game semalam penat sangat. Aku letih" ujar Najmi lalu merebahkan diri semula ke tilam.

"Eii apa awak ni. Takdanya pergi mandi. Saya nak ajak awak berjemaah sekali dekat masjid. Cepatlah..bangun mandi" paksa Raisya. Lengan Najmi ditarik memaksa lelaki itu bangun.

"Hm ya lah. Aku gi mandi" Najmi segera mencapai tuala berwarna biru.

"Tapi..aku nak kau teman. Malam tadi tak puas la sayang" Najmi tersenyum nakal. Mamai pun masih nakal suami aku ni.

"Ah takda-takda. Pergi mandi. Saya malas nak layan awak. Kang solat tah kemana,masjid tah kemana" ujar Raisya sebelum mengambil tempat di meja solek.

"Ala..." Najmi meleretkan suaranya. Mahu menarik perhatian si isteri.

"Awak...sebelum saya baling dengan perfume bottle
ni baik awak pergi mandi." Raisya memberi amaran.

Najmi terkoncoh-koncoh masuk dalam tandas. Sebelum Raisya mengamuk baik aku larikan diri dulu.

Pintu kereta dibuka. Najmi yang lengkap berbaju melayu dan kain pelekat itu menanaskan enjin kereta. Songkok di kepalanya di betulkn sedikit.

"Haih la Raisya ni. Tadi suruh aku siap cepat. Ni dia pulak yang lambat. Kang tak dapat solat berjemaah bersama-sama" bebelnya didalam kereta.

"Pin..pin" hon kereta ditekan sebanyak dua kali. Raisya berlari-lari anak keluar dari rumah. Dia terus menerpa pintu kereta.

"Eii lambatlah sayang ni. Tadi suruh kita cepat siap. Pastu dia yang lambat" Najmi menyambung semula bebelan tadi.

"Heee,saya minta maaf. Tak tahan sakit perut" ujar Raisya bersalah. Dah time tu juga perutnya nak memulas.

"Hmm. Ya la sayang" kata Najmi sebelum mengundur kereta keluar daripada perkarangan rumah.

   Seusai solat Subuh,Raisya bersalaman dengan makcik-makcik yang ada disitu. Dia kemudiannya mengambil surah Yassin dan membaca seiiringin dengan Pak Imam dihadapan.

    Setelah habis bacaan Yassin dan doa,kini giliran Ustaz Fadhil memberi ceramah.

   "Baiklah abang-abang,kakak-kakak semua. Alhandullilah pagi yang diberkati Allah SWT ini saya diberi peluang untuk memberi sedikit ceramah mengenai isu rumah tangga. Ha..pagi-pagi lagi saya dah bincang bab ni" ujar Ustaz sambil bergurau senda.

   Satu masjid ketawa dengan jenaka ustaz yang dalam lingkungan 40-an.

   "Ok tajuk yang saya nak bincangkan hari ini ialah ' TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI'. Ok tajuk ni sangat mudah saya nak kupas memandangkan semua yang ada di sini sudah yang berkhawin." ujar ustaz itu lagi dengan jenakanya. Najmi tersenyum hambar.

    Dia kemudiannya menoleh je arah Raisya yang berada di saf perempuan.

   "Patutlah beria ajak aku datang masjid. Rupanya kau nak perkenakan aku.." Najmi mengomel didalam hati.

   Raisya yang berada di saf perempuan memandang Najmi sambil tersenyum penuh makna. Dia kemudiannya menumpukan perhatian dan pendengaran pada ceramah yang diutarakan oleh Ustaz Fadhil.

    Seusai ceramah dan selawat Raisya terus menuju ke kereta. Kelihatan Najmi berbual dengan beberapa orang yang tidak dikenali.

    "Ok bro. Nanti kita jumpa kat tempat biasa. Wife aku dah datang" kata Najmi dan bersalaman dengan mereka.

   "Siapa tu?" soal Raisya kebingungan.
"Tak ada siapalah. Dah jom balik" kata Najmi sambil meng'unlock' keretanya.

   "Ok." jawab Raisya pendek. Dia malas nak ambil tahu. Mungkin itu rakan sekerja Najmi.

   "Ni aku nak pesan dekat kau. Jap lagi aku tak ada kat rumah. Kunci pintu semua. Kalau ada sesiapa yang datang jangan buka pintu walaupun Mama dengan Papa"Najmi memberi pesanan keras.

   " Kenapa pula,Mama dengan Papa je?bukan orang asing"soal Raisya bingung. Dah kenapa pula dia ni tak bagi.

   "Ada orang tengah cari kau sekarang ni. Diorang nak bunuh kau" ujar Najmi. Brek kereta ditekan laju.

  "Hah?bunuh?kenapa pula. Saya tak buat apa-apa pun" air matanya sudah bergelinangan. Siapa yang nak bunuh aku, Kenapa. Apa salah aku.

    Najmi memberhentikan kereta diluar pintu pagar rumahnya. Kelihatan Amira dan Hanis sudah pun menunggu dirinya diluar.

   "Aku tengah siasat perkara ni. Jangan risau,aku ada dengan kau. Dah pergi masuk sekarang. Jangan toleh kiri kanan." arah Najmi segera. Satu kucupan kasih sayang singgah didahi Raisya.

   Raisya membuka pintu kereta dengan pantas dan berlari secepat mungkin masuk ke dalam perkarangan rumah.

    Amira dan Hanis segera nenadapatkan Raisya dan menyuruhnya masuk segera ke dalam rumah.

   Mujur dia sempat menyalin pakaiannya. Hoodie hitam dan Jeans biru tersegam indah di badanya. Rambutnya dibetulkan sedikit.

     Setelah memastikan keadaan Raisya selamat,dia terus memandu laju keretanya menuju ke tempat yang tidak diketahui.


To be continue..

Best tak chap ni. Author pon tak pasti. Its up to readers,kalau best best kalau x best author tak boleh buat apa..

Kalau ada typo tu maaflah ya. Author manusia biasa

Jangan lupa vote..

  

  

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now