Alia terus menarik lengan Raisya. Gadis itu segera bangun sambil mengerang kesakitan.
"Ewah,ewah kau ni. Baru masuk keluarga aku dah berani buat taik. Kau tau tak kaca tu bahaya,kalau anak aku mati tadi tak sia-sia kau masuk lokap. Ah sama lah macam laki kau. Buat onar tak sudah. Nak buat kerja tu biar ikhlas. Kalau taknak berhambus dari sini. Buat sakit mata je tengok." Alia berang terus dia menampar muka Raisya. Ah tak dapat kat laki dia bini dia pun jadilah.
Dina hanya tersenyum kemenangan. Puas melihatnya.
"HOII SIAL KAU" suatu suara menjerkah. Najmi terus meluru mendapatkan isterinya yang dalam kesakitan. Muka Alia ditenung tajam.
"Kau!!" terus sahaja dia menghampiri mak langnya. Leher wanita itu dicekik kuat.
"Apa ni..lepaskan aku. Lepaskan sial. Pembunuh. Lepaskan aku." Alia meronta kesakitan. Saluran nafasnya kini menajadi sempit. Najmi tersenyum. Lagi kuat Alia meronta,lagi ketat dia mecekik.
"Haqiem!!!" suara Opah menerjah. Alia masih dalam genggamannya. Raisya cuba menenagkan Najmi yang sudah tidak terkawal itu.
"Haqiem sudah lah tu. Lepaskan mak lang kamu. Sudah" Opah cuba menarik lengan cucunya itu. Najmi yang baru tersedar melepaskan Alia secara perlahan-lahan.
Alia tercungap-cungap mencari udara. Dadanya turun naik dengan laju. Dina segera mendapatkan ibunya.
Raisya terus memeluk Najmi seerat yang mampu. Najmi terduduk diatas kerusi. Rambutnya diraup kasar. Opah melepaskan keluhan melegakan.
"Dah dah kamu berdua pergi masuk bilik sana. Ni kaca ni biar Hanis yang kemaskan dah. Dah Raisya bawa suami kamu ni masuk bilik. Takpa pinggan kotor ni opah suruh Sofea kemaskan" Opah mengarah. Raisya dan Najmi hanya akur.
Mereka berdua mendaki tangga. Dina hanya memandang dengan ekor mata. Jelas dia amat cemburu buat masa sekarang. Alia merenung tajam ibunya.
"Mak manjakan sangat budak tak guna tu. Ni anak mak ni hampir mati kena cekik. Aku tak faham lah kenapa orang dalam rumah ni sayangkan dia sangat." Alia mendengus geram. Ikutkan mahu sahaja dia mahu berhambus dari situ. Tapi disebabkan suaminya belum balik daripada kebun dia terpaksa duduk dirumah itu buat seketika.
"Baguslah dia cekik kamu,ingat sikit kamu dekat mati" Opah menindas pedas. Hanis yang sedari tadi berdiri memerhati ketawa geli hati.
"Kau asal gelakkan mak aku. Tolonglah aku yang cedera ni" pinta Dina. Hanis hanya menjeling.
"Kau yang cari pasal,kau bangun ah sediri. Nak sangat menggeletis padan muka" Hanis menjelir lidah dan membuat muka mengejek.
"Hanis..dah jangan layan anak beranak ni. Ni tolong opah kutip kaca ni. Kang Tok Wan kamu balik takut dia terpijak. Dia tu rabun tah macam apa. Kemas-kemas" opah menyuruh Hanis.
"Ibuu..tolong Dina bangun." Pinta Dina sambil mukanya berkerut menahan sakit.
"Ha ni lagi sekor,hidup kalau tak menyusahkan aku tak boleh agaknya. Dissbabkan kau,opah kau marah aku. " bebelnya. Dia bangun dan berjalan pantas menuju ke arah anaknya."Auu,perlahan sikit lah ibu. Sakit" ujar Dina apabila Alia memyentak tangannya dengan kuat.
"Awak." Lembut Raisya memanggil Najmi. Najmi yang sedang leka membalut tangan isterinya dipandang serius.
"Apa?" soalnya dingin. Masih nampak riak mukanya tidak puas hati.
"Saya nak minta maaf sebab saya,awak yang kena tanggumg semua ni. Saya betul-betul tak sengaja. Kalau saya cakap elok-elok dekat Dina tadi pasti tak jadi macam ni" ujarnya. Nafasnya tersekat-sekat akibat menangis.
"Hm. Bukan salah kau pun lah. Ni semua salah Dina dengan mak dia yang tak guna tu. Memang wajar kau diam masa dia soal kau tadi. Lepasni abaikan je dia. Anggap dia tak wujud ok" Najmi tersenyum kelat. Wajah isterinya disentuh setelah selesai membalut tangan Raisya.
Raisya hanya diam. Dia melentokkan kepalanya pada bahu suaminya.
"Awak,saya nak tanya boleh?" soal Raisya sambil mendongak melihat suaminya. Najmi menjongket kening kirinya.
"What?"soalnya pelik. Eii comelnya gigit pipi tu karang tau lah.
" Kenapa mak lang gelar awak pembunuh?"soal Raisya ingin kepastian. Najmi tersedak.
"Eh awak sakit ke?maaf lah saya tanya awak macam tu" Raisya menepuk bahagian belakang badan milik Najmi. Dia mengurut dengan perlahan. Mukanya tampak menyesal.
"Tak pa,kita kan dah janji tak ada rahsia antara kau dengan aku. So memandangkan kau dah tanya,aku jawab je lah" Najmi tersenyum hambar.
"Mak lang dengan mak uda gelar aku pembunuh sebab dorang anggap aku yang bunuh kakak dan abang ipar dorang means parents aku" Najmi memberi mukadimah. Raisya tekun mendengar.
"Mak dengan Ayah aku dah meninggal hampir 6 tahun yang lalu masa umur aku 16 tahun. Dorang meninggal sebab nak pertahankan nyawa aku daripada dibunuh oleh Howard iaitu seorang Mafia yang sangat kejam."
To be continue...
![](https://img.wattpad.com/cover/189459970-288-k851657.jpg)
YOU ARE READING
MY MR MAFIA
AcakAntara dendam dan cinta bukanlah satu pilihan. Dia berusaha menjejaki pembunuh ibu dan ayah serta adik perempuannya. Menjadi mafia bukanlah pilihan hidupnya. Hidupnya penuh sengsara dari kecil. Namun cinta melebihi segalanya. Najmi Haqiem bertemu...