~18~

1.4K 51 1
                                    

   "Kak Hanis,hish buat terkejut Raisya je" dia membuat isyarat mengurut dada. Najmi beriak selamba. Dia cuba mengawal riak mukanya.

   "Kau bila sampai,tak nampak kereta kau pun?" soal Najmi apabila ternampak kelibat Karl. Dina dihadapannya dijeling sekilas.

   "Aku tumpang orang kampung sini tadi. Kereta aku kat workshop. Boleh pulak dia buat hal" kata Karl seraya menjeling Hanis dihadapannya.

  "Bukannya nak service dulu" Hanis menyampuk. Karl dijeling.

  "Eh,Haqiem bila sampai?" soal Opah dan segera mendapatkan cucunya. Raisya hanya tersenyum.

  "Baru je tadi opah. Opah sihat?Tokwan?" dia bersalaman dengan neneknya itu. Raisya turut membuat sedemikian.

  "Opah sihat,Tokwan kamu pun sihat. Eh ni ke isteri kamu tu aqim. Lawa orangnya" Opah membalas senyuman Raisya.

  "Haa!!!Abang Haqiem dah kahwin ke opah?" soal Dina yang dari tadi menjadi pemerhati. Raisya dijeling tajam.

  "Dah. Yang kamu ni terkejut beruk kenapa?" soal Opah pelik. Gedik nau. Haritu aku dah bagi tahu.

  "Sampai hati abang Haqiem. Dina tunggu abang Haqiem lama tau. Tau-tau abang kahwin dengan perempuan mana tah. Hei pompuan kau ni mesti kaki kikis kan?" Dina menikam tajam mata Raisya. Raisya hanya selamba badak.

  "Dina watch your mouth. Aku lempang kang baru tahu" Najmi memberi amaran keras. Opah sudah menggeleng kepala.

  "Wah,suka hati mak bapak kau je nak lempang anak aku. Hei pembunuh sedar diri sikit kau tu tak layak tunjuk muka kat sini. Dah buat tahi pastu ada hati nak tunjuk muka" suatu suara menerjah perbalahan antara Najmi dan Dina.

  "Alia,jaga sikit mulut kamu. Inikan anak sedara kamu. Patutnya kamu bagi kata-kata semangat. Dia baru je sampai" Opah cuba meredakan persengketaan.

  "Betul la apa yang Lia tu cakap mak. Orang macam ni patutnya tak layak panggil cucu or keluarga. Buat malu je" kalini giliran Sofea pula,Mak Uda kepada Najmi.

   "Heii,korang kalau setakat nak sakitkan hati cucu aku,baik balik. Aku pun menyampah dah dengan korang berdua. Ada ke takda korang berdua,kenduri ni tetap jalan" Opah segera menarik lengan Najmi yang sudah berwap-wap menahan marah.

   Raisya terkesima dengan situasi sekarang. Hanis terus menarik lengan Raisya dan menuju masuk ke dalam rumah.

   "Kamu sabar eh aqim. Mulut orang ni kita tidak boleh nak tutup. Biarkan" Opah cuba menenagkan Najmi.

  "Tak apalah opah.Aqim pon dah lali kena maki" Najmi memberi senyuman tawar pada opahnya.

  "Ni kamu berempat dah makan. Opah ada buat ayam masak merah dengan kerabu mangga kat dapur. Jom lah makan" Opah mempelawa.

  "Boleh juga opah. Karl pun lapar dah ni. Ada orang tu tadi habis melantak semua makanan dalam kereta" Karl menjeling Hanis yanh dari tadi hanya membisu.

  "Dah aku mabuk,aku makan la. Bukan duit kau pun aku guna" Hanis segera menuju ke dapur. Dia dah biasa dengan rumah Opah dan Tokwan sebab dorang anggap Hanis sebagai cucu mereka.

   "Kot ye pun duit kau,bagi la aku sikit. Jauh tau aku drive dari JB nak ke Muar ni" Karl mendencit geram. Eihh ni kalau aku dapat dia ni,memang habis aku smackdown.

   Raisya ketawa hambar. Fikirannya masih ligat menganalisis kejadian tadi. Bunuh?ape semua ni. Ah papejelah. Yang penting makan. Lapar.

   Seusai makan Najmi terus ke kereta untuk mengambil bagasi dan segala barang yang dia bawa. Karl pula sudah keluar nenaiki motor Ex5 datuknya menuju ke workshop untuk melihat keretanya.

   Hanis pula menolong opah diluar mengupas bawang. Raisya masih didapur mengemas pinggan kotor. Ye lah,rumah orang kenalah tunjuk rajin.

  "Oi. Macam mana kau boleh kahwin dengan abang Haqim?" soal Dina yang baru keluar bilik.

  Raisya buat-buat tak dengar. Malas nak layan. Dia terus membasuh pinggan kotor.

  "Oi aku tanya kau ni. Hak alah mak ai baru masuk keluarga aku dah berlagak. Ke kau pekak?" Dina sudah hilang sabar. Dia mendekati Raisya dan menolak gadis itu jauh dari singki.

  "Apa ni,tak nampak ke orang tengah basuh pinggan. Tepilah"Raisya menepis tangan Dina dan kembali pada singki. Minah ni kang ada aku hentak pakai gelas ni kang. Psiko tak sudah.

   "Kurang ajar. Hei pompuan jalang" Dina menarik rambut Raisya dari belakang. Raisya terkejut dan dengan tidak sengaja dia terlepas gelas kaca tadi ke lantai. Dina dengan sengaja memijak serpihan kaca itu.

   "Ibu....Tolong!!"Dina pura-pura menangis. Raisya yang panik terus mengutip serpihan kaca yang bertaburan atas lantai. Tanpa disedari tapak tangannya juga turut tercedera. Dia mengerang kesakitan.

   Alia yang mendengar suara anaknya itu terus bergegas ke dapur. Dia menuruni anak tangga dengan pantas dan mendapatkan anaknya yang cedera.

   " Dina kenapa ni,apa yang jadi?"soal Alia kabut. Darah yang keluar dari tapak kaki anaknya tidak henti-henti keluar.

   "Dina nak tolong dia basuh je,tetiba dia tolak Dina sampai Dina terlepas gelas. Dina nak bangun pastu tiba-tiba terpijak kaca tu. Ibu..sakit" Bohong Dina.

   Alia segera bangun dan mendapati Raisya yang terkejut dengan kata-kata Dina

To be continue..

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now