Flashback 6 tahun yang lalu..
"Ina malam ni abang balik lambat sikit,Si Radhin nak jumpa. Katanya rindu" ujar Dato' Ismail sambil melipat hujung lengan bajunya hingga ke siku.
"Hm yelah tu,cakap je la nak pergi bangsal lama kat hujung jalan tu. Macam ina tak tau je" Datin Salina mengerling tajam. Senduk ditangannya digenggam erat.
"Hehehe,ni Najqim mana. Dari tadi saya tak nampak?" soal Dato Ismail sambil merapati isterinya.
"Apa awak ni?nama anak kita Najmi Haqiem,bukan Najqim. Hishh..Dia ada dalam bilik. Baru lepas kena marah dengan saya sebab pergi pukul Najihah" bebel Datin Salina.
"Hah?dia pukul Jihah. Haih budak ni,samseng. Ikut perangai siapa la ni?. Mesti ikut mama dia" satu kucupan singgah dipipi wanita itu.
"Eh saya pula,awak lah. Ketuk pakai senduk ni kang baru tahu" Datin Salina mengacah mahu pukul.
"Eh,mana ada. Ni Najihah mana,batang hidung pun tak nampak?" soalnya lagi. Matanya melilau mencari kelibat anak gadisnya.
"Tah dalam bilik,tidur agaknya. Biarlah dia. Ni ada kes baru ke?" soal Datin Salina juga. Wajah suaminya dipandang sepi.
"Adalah kot,Si Radhin tu beria ajak,dah lama kot abang tak beraksi. Tapi abang ada permintaan ni" satu keluhan besar dilepaskan.
"Apa dia" segera Datin Salina menutup api gas seusai masak tom yam.
"Nak kiss" Dato Ismail memuncungkan bibirnya. Datin Salina mengerling tajam.
"Tebiat ke apa,kang anak kita nampak apa pula dorang kata" Datin Salina menampar lembut lengan suaminya.
"Tak lah,cepatlah nak satu je." segera dia menarik lengan wanita itu dalam pelukan. Ah dapur pun dapur lah. Bibir dilema isterinua dicium lama.
"Abang nak Ina tahu,abang sayang dekat Ina." ucap Dato Ismail ssbaik sahaja ciuman dilerai. Anak mata isterinya ditenung lama.
"Ina pun nak abang tahu,yang Ina pun sayang abang sepenuh hati Ina" Datin Salina memeluk isterinya erat.
"Ehemmm" Najmi berdehem kuat apabila ternampak ibu dan ayahnya beromantik di dapur.
Datin Salina dam Dato Ismail segera meleraikan pelukkan.
"Sorry ganggu,Qiem haus." ujarnya selamba. Dia segera mendekati peti ais.
Muka Datin Salina berona merah menahan malu. Dato Ismail beriak selamba.
"MAMA!!!PAPA!!!TOLONG!!!" tiba-tiba suara Najihah bergema satu rumah. Najmi yang sedang minum air tersedak. Dato Ismail segera melangkah pantas menuju ke bilik anak gadisnya itu.
Pintu bilik dikuak ganas. Alangkah terkejutnya dia apabila pisau belati kini berada betul-betul dileher anaknya.
"Siapa korang,lepaskan anak aku" peluhnya mula menitik. Najihah yang sudah pucat mukanya disuruh bertenang.
"Abang!!!TOLONG INAAAAA!!!" Kini suara isterinya pula memenuhi segenap ruang.
"Siapa korang,apa korang nak. S..siapa yang hantar korang?" bertubi-tubi dia menyoal. Seorang lelaki bertopeng menyergah masuk ke dalam bilik.
"Turun,Aku kata turun" dia menarik kolar baju Dato Ismail dan mengheret lelaki itu turun menuju ke ruang tamu.
Alangkah terkejutnya dia melihat hampir 15 orang memenuhi ruang didalam rumahnya.
"Apa ni,siapa korang. Lepaskan anak bini aku" Dia sudah hilang sabar. Dah lah tak diundang,lepastu jadikan keluarga aku tebusan.
"Well,well. Terkejut."suatu suara memecah masuk. Najihah yang diheret meneruni anak tangga dipandang sekilas.
"Papa...." perlahan Najihah memanggilnya. Tangan gadis itu keras memegang pisau daripada menusuk lehernya.
"Howard.." mendatar suara Dato Ismail memanggil. Sungguh lelaki dihadapannya itu sangat dikenali.
"Mail. Long time no see." ujar Howard sambil menghisap pipe. Wajahnya tenang melihat keluarga dihadapannya.
"Papa..siapa dia ni?" soal Najmi yang sudah tertiarap diatas lantai. Mukanya penuh dengan luka akibat bergelut tadi.
"Oh anak kau. Aku perkenalkan nama aku Darwish Howard ketua Mafia Black Yakuza" ujar Howard tenang. Dia duduk diatas sofa dan menyilangkan kedua kakinya. Najmi yang sedang merenungnya di pandang sekilas.
"Kau..kau nak apa. Lepaskan anak bini aku BINATANG" Dato Ismail sudah hilang sabar.
"Rileklah kawan. Aku cuma nak bagi kau rasa macam mana arwah kakak aku rasa." tenang sahaja lelaki itu berkata.
"Apa ni abang..kakak. Siapa?" Datin Salina bingung dengan situasi sekarang. Wajah suaminya ditenung untuk mendapatkan kepastian.
"Ar...ermm." Dato Ismail hilang kata-kata. Apa aku nak jawab ni.
Howard segera bangun dan mendapati Datin Salina. Rambut wanita itu direntap kuat.
"Kau nak tau siapa kakak aku. Kakak aku Delisya Balqis yang laki kau bunuh sebab kau perempuan BODOH!!". Howard menolak kepala Datin Salina hingga wajah wanita itu tersembam ke lantai.
" MAMA!!"serentak Najmi dan Najihah memanggil. Dato Ismail merenung tajam anak mata Howard.
Howard menarik kembali rambut Datin Salina. Cecair pekat yang keluar daripada hidung dan dahi Datin Salina dijeling sinis.
"Sekarang aku nak kau rasa macam mana kakak aku rasa. Bangsat seluruh keturunan kau aku bunuh. Dasar perempuan pembawa malang". Habis wajah Datin Salina dilempang sekuat hati. Amarahnya menggunung.
Dato Ismail sudah hilang sabar. Orang-orang Howard ditumbuk penuh dendam. Dia kemudiannya meluru mendapatkan Howard yang sedang menggila.
"Bangsat kau,pergi jahanam" satu tumbukkan mengenai rahang Howard. Terteleng kepala lelaki itu kekiri.
To be continue..

YOU ARE READING
MY MR MAFIA
SonstigesAntara dendam dan cinta bukanlah satu pilihan. Dia berusaha menjejaki pembunuh ibu dan ayah serta adik perempuannya. Menjadi mafia bukanlah pilihan hidupnya. Hidupnya penuh sengsara dari kecil. Namun cinta melebihi segalanya. Najmi Haqiem bertemu...