~25~

959 48 24
                                    

   "Ah apa-apa sajalah. Dia memang tak ikhlas.Eh pompuan kau ni menyusahkan aku tak.Selama kau ada kat sini,banyak malapetaka datang.Kau ni memang bawak sial eh sama macam suami kau"Alia memaki hamun.

  "Qiem,asal riuh semacam je kat tempat yassin perempuan?"Karl memuncungkan bibir.Najmi mengerutkan dahinya.Alunan bacaan Yassin terhenti apabila terdengar jeritan Alia yang menggila.

  "Haqiem,Pak Usu rasa mak lang  tengah mengamuk dekat isteri kamu tu.Baik kamu pergi tengok"ujar Ecik Rizal.Karl mengangguk tanda setuju. Najmi bingkas bangun dan menuju ke tempat Yassin perempuan.

   Kelihatan tudung yang di pakai Raisya sudah ditarik oleh Alia. Hanis yang cuba menolong dihalang kasar oleh Dina. Orang kampung yang ada di situ mahu menolong tetapi di halang Sofea.

  "BANGSAT KAU!!!"Najmi menghampiri mak langnya.Wajah wanita itu dilempang sekuat hati. Terjatuh Alia dibuatnya. Opah dan Puan Hanani yang mendengar pertelingkahan di dapur segera menaiki tangga menuju ruang tamu.

  "Ibu..."Dina segera mendapatkan ibunya. Najmi membantu Raisya bangkit dan mengusap lembut kepala isterinya. Matanya yang tajam terus menikam mata Irdina dan mak langnya dengan penuh dendam.

  "Ya Allah,apa dah jadi ni.Haqiem,Alia?"soal opah sambil menolong Alia bangun.

  "Perempuan tak guna ni,dah seksa bini Qiem depan orang ramai.Mak cik apa dia ni opah.Perangai macam binatang"Najmi menundingkan jarinya ke arah mak langnya.

  "Kau tu yang macam binatang.Kau yang bunuh kakak aku 6 tahun lalu"Alia masih mahu menegakkan kebenaran yang terang-terang salah.

  "Aku tak bunuh dorang pun lah sial"Najmi menghampiri mak langnya.Habis dicekik leher wanita itu dengan penuh dendam. Hatinya begitu sakit,sakit yang amat sangat. Kenapa semua orang perlakukan dia begini.

   "Qiem...Qiem..dah tu.Dah...."Karl yang melihat adegan itu terus menarik Najmi daripada Alia yang sudah seeparuh nyawa itu. Sofea yang melihat dari jauh,menelan air liurnya. Tak sangka anak saudaranya benar-benar menakutkan.

  "Lepaskan aku Karl.Biar aku ajar perempuan sial ni apa tu erti hidup dan mati."Najmi meronta minta dilepaskan. Tenaga Najmi yang kuat itu telah menyebab Karl hampir terjatuh.Namun Pak Langnya sempat menyambut.

  "Kuff..kufff..kufff"terbatuk-batuk Alia dibuatnya.Matanya terus memerah.Dina sudah pucat wajahnya.Tidak dia menyangka Haqiem seperti itu.

  "SUDAHHH!!!!"akhirnya Encik Hasbullah bersuara.Dia sudah menggelengkan kepala. Orang kampung yang melihat adegan itu mula berbisik. Raisya masih ditenangkan oleh Hanis dan Mak Usunya. Menggigil Raisya dan wajahnya bertukar pucat.

  "Rizal..bawa semua orang turun dan makan"arah Encik Hasbullah dengan tenang.Rizal segera menjemput semua orang kampung menjamu selera di bawah. Sofea juga membuat demikian.Tidak sanggup dia melihat Najmi yang sudah bertukar menjadi raksasa.

  Najmi menghembuskan nafasnya dengan kasar.Seperti mendengus akibat menahan marah. Matanya masih tidak lekang memandang wajah dua beranak itu. Pak Langnya memandang isterinya menggelengkan kepala. Dia meraup lembut wajahnya.

  Dina hanya mendiamkan diri melihat reaksi ayahnya. Sungguh wajah lelaki itu kecewa.Begitu juga dengan wajah Tok Wan dan opah.

 Najmi segera melepaskan tubuhnya daripada genggaman Karl dan Pak Langnya.Wajah Alia dan Dina dijeling tajam sebelum memasuki bilik.

 "Alia..apa yang kamu buat ni nak.Kenapa tak habis-habis nak buat kecoh.Budak tu dah lah jarang balik.Bila dia balik kamu buat dia macam orang asing."Tok Wan berkata lembut dan tenang.

  Najmi terus keluar dari bilik.Di tangannya sudah di penuhi dengan bagasi.                                              "Aku takkan jejak lagi kampung ni.Mulai saat ni anggap je Haqiem dah mati.Apa nak jadi,jadilah"katanya penuh marah.

 "DINA!!!"panggilnya dengan nada keras. 

"Mulai saat ni,berhentilah kejar aku.Aku dah bahagia dengan isteri aku dan aku takkan pandang kau.Pak Lang..nasihat isteri Pak Lang tu supaya hormat orang. Aku bagi peluang orang dalam rumah ni,aku dah banyak bersabar. Kau suka-suka hati sentuh isteri aku,buat dia sakit sampai cedera sepanjang dia kat sini. So aku dah buat keputusan,Opah Tok Wan.."Najmi menghembuskan nafasnya panjang.

  "Maafkan Haqiem,Haqiem bukan lagi ahli keluarga Opah dan Tok Wan"Najmi segera menyerahkan bagasinya kepada Karl yang terpinga-pinga.

 "Bawakan bagasi aku masuk kereta.Rumah ni dah macam neraka buat aku dan Raisya."Karl terus membawa turun bagasi tersebut.

  "Hanis..hidupkan enjin kereta. Aku nak balik JB malam ni juga"katanya sambil mencempung isterinya. Hanis akur.

  "Qiem..Qiemm tunggu dulu nak.Opah..opah minta maaf bagi pihak mak cik kamu"opah segera mendapatkan cucunya.

  "Dah lah opah,opah tak ada salah pun.Haqiem balik dulu Tok Wan,opah"katanya dengan nada yang mendatar. Dia terus memasuki kereta di bahagian sit belakang. Dia menyuruh Karl yang memandu keretanya. Dia mahu menenangkan isterinya yang trauma di belakang.


 Encik Habullah memejamkan matanya.Semua yang berada di dalam rumah terdiam sepi.Alia juga.Dina jatuh terduduk. Encik Omar iaitu suami Alia berdiri di hadapan isteri dan anaknya.

 "Apa yang awak buat ni Alia.Awak dah malukan nama keluarga kita depan orang kampung.Awak dah buat dua jiwa berdendam dengan awak.Awak puas..puas sebab awak menang dan suruh Qiem tu keluar dari rumah ni kan.Awak puas dah malukan dia depan orang ramai.Awak puas..."Encik Omar kecewa dengan isterinya yang keras kepala dan susah dibentuk itu.

 "Tapi..memang betulkan dia pembunuh"Alia masih degil dan tidak serik.

"Astagfirullah Haladzim.Berubah lah Alia,sampai bila kamu nak tuduh dia macam tu.Siapa kamu nak hukum dia macam tu.Kamu Tuhan ke?"soal Tok Wan.Susah nak membentuk anak perempuannya itu.Terlalu susah.

  "Alia awak dah melampau..dia tu anak saudara saya.Kalau awak tak terima dia,maafkan dia sudahlah"kat Encik omar kecewa. Akal dan hatinya sudah membuat keputusan.

 "Ah..awak sayang sangat dia..awak gi la jaga dia.Saya serabut la dengan orang dalam rumah ni.Tak habis-habis backup budak tu"kata Alia seraya bangun ingin masuk ke bilik.

  "NURSYALIA BINTI HASBULLAH..AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK SATU"omar melafazkan talak cerai itu di hadapan ahli keluarganya. Dia sudah tekad.


To Be Continued..


Neko nak tanya boleh?korang tahu tak apa-apa apps untuk buat komik selain ibis paint dengan medibang. Neko rasa nak buat komik lepasni.Kalau ada boleh tinggalkan dekat ruang komen

Arigatougozaimas...

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now