~6~

2K 71 2
                                    

Kereta Buggati milik Najmi dipakir kemas dikawasan perkarangan banglo mewah milik Tengku Syed Shirajuddin. Raisya membeliakkan matanya.

"Wow,besarnya rumah ni" kata Raisya kagum. Najmi hanya tersenyum sinis. Dia membuka sitbeltnya lantas keluar dari kereta. Dia belari anak menuju ke pintu kereta sebelah kiri lalu membukanya. Raisya mengeluarkan kaki kirinya. Kasut tumit tinggi bewarna putih tersegam indah dikakinya.

Raisya akhirnya keluar dari kereta. Gaya lagaknya seperti diva.
"Kau dah kenapa tebiat ke?" soal Najmi. Gadis dihadapannya sungguh menjengkelkan. Namun dia sangat jelita pada malam itu. Raisya tersenyum tersipu-sipu.

"Alamak encik Mafia ni,kantoi" Raisya berkata dalam hati. Sungguh dia malu dengan tindakannya sendiri. Najmi menjulingkan matanya keatas lalu mengorak langkah menuju ke banglo mewah tersebut.
"Eh,encik tunggu saya!!" jerit Raisya sambil berlari anak mengejar langkah Najmi.
"Aduhh,kasut ni. Lecehlah" omel Raisya.

"Weh,kau nampak tak perempuan yang pakai baju biru tu,cantik siut" kata Iqbal.
"Mana?" soal Fikri rakan baik Iqbal.
"Tu la..yang duduk kat meja sana tu" kata Iqbal sambil memuncungkan bibirnya.
Mata Fikri meliar mencari kelibat yang dikatakan oleh Iqbal.
"Oh,kenapa dengan dia?" soal Fikri sebaik sahaja susuk tubuh yang dicari dijumpai.

"Cantik" Iqbal meluahkan perasaannya.
"Dah tu?" soal Fikri kebingungan.
"Aku nak dia" Iqbal meluah berani.
"Kau ni biar betik binti papaya,manalah tau dia tu hak orang ke,kang tak memasal salah check in" kata Fikri melarang. Ya lah,dia tidak kenal perempuan itu lagi,manalah tau dia hak orang aja merana hidup.

"Apa-apa sahajalah,dah la. Aku nak pergi ke bidadari syurga sana. Tata" Iqbal segera meninggalkan Fikri berseorangan. Fikri tidak dapat berkata apa-apa.
"Dasar keras kepala,kalau apa-apa jadi kat kau,jangan harap aku nak tolong" kata Fikri. Iqbal hanya memekakkan telinga dan mengorak langkah menuju ke arah gadis punjaan hatinya.

❄❄❄❄❄

Raisya duduk bersendirian di meja bulat didalam rumah besar itu.
"Manalah Encik Najmi ni?" omel Raisya bersendirian. Tiba-tiba dia disapa oleh suara yang tidak dikenali.
"Hai boleh saya duduk" kata lelaki itu sopan. Raisya buat-buat tidak dengar.
"Sapa pula mamat ni,aduh encik mana" kata Raisya dengan nada perlahan.

"Maafkan saya,boleh saya duduk di sini?" soal lelaki itu sekali lagi. Dia beranggapan bahawa Raidya tidak mendegari panggilannya.
"Oh,maaf. Boleh" jawab Raisya. Kakinya sudah terketar-ketar. Lelaki itu hanya tersenyum lalu menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Raisya hanya membalas senyuman hambar.

"Saya Tengku Syed Mohamad Iqbal,awak pula?" lelaki itu memperkenalkan nama sambil menghulurkan tangganya untuk bersalam. Raisya hanya menyambut dengan senyuman.
"Boleh panggil saya Ana sahaja" kata Raisya.
"Ya Allah,sedapnya suara" kata Iqbal. Orang angau bercinta lagaknya seperti ini. Suara sumbang bak bunyi langau dikatakan merdu.

"Oh,saya dah lama perhatikan awak,awak seorang sahaja ke?" soal Iqbal. Dia memulakan tindak tanduknya untuk memerangkap Raisya ke alam kemaksiatan.
"Tak lah berdua. Saya dengan suami saya" dalih Raisya. Dia tahu lelaki itu miang. Tengok dari gerak gerinya pun sudah tahu. Mamat gersang.

"Oh,dah berkahwin" bisik Iqbal. "Mana suami?" soal Iqbal ingin mendapatkan kepastian. Dia sejujurnya ragu-ragu dengan gadis dihadapannya itu.
"Dia kata tadi nak jumpa seseorang. Tapi entahlah,batang hidung pun tak nampak" kata Raisya. Memang benar dia tidak nampak Najmi sedari tadi. Halimunan ke apa main hilang gitu je.

"Oh,maaf sebab sibuk tentang hal awak. Hari ni Daddy buat majlis makan-makan and perjumpaan dengan bekas kawan-kawan dia masa jadi Navy dulu" kata Iqbal dengan tenang. Dia merenung anak mata milik Raisya yang bewarna coklat cerah itu. Sungguh menawan. Pakaiannya,rambutnya yang diikat rapi,tutur katanya yang sopan itu menggegarkan segenap rusuk kiri milik Iqbal. Dia tersenyum sendirian.

Najmi melilau mencari kelibat Raisya. Dia segera ke arah ruang tamu yang dijadikan dewan makan.
"Mana pula minah pot pet ni?aku suruh tunggu dia tah kemana" omel Najmi sendirian. Matanya segera tertancap pada Raisya yang sedang sibuk berbual dengan gembiranya dengan seorang lelaki.

"Siapa mamat tu?berani sungguh dia curi buah hati,limpa dan pankreas aku." kata Najmi. Hatinya berdongkol geram. Dia segera mengorak langkah menuju ke arah Raisya dan Iqbal.
"HONEY!!" kata Najmi sebaik sahaja tiba di meja tersebut. Tangannya mula memegang bahu Raisya. Nasib baik berlapik. Jantung Raisya mula berdegup kencang.

"Aisehh,crush Mafia call me Honey. OMG!!!" bisik hati Raisya. Dia segera melemparkan senyuman. Iqbal tersentak. Dia tidak menyangka bahawa gadis pujaan hatinya itu adalah milik sepupunya,atau lebih pendek musuh ketatnya. Iqbal hanya tersenyum tawar apabila Najmi melemparkan senyuman kearahnya.

"Im sorry Sayang,I busy hari ni. Are you alringht" kata Najmi dengan semanis-manisnya.
"Oh,isteri kau ke?" soal Iqbal. Hatinya mula dipalit cemburu.
"Yes,why?" giliran Najmi pula menyoal. Dia tahu Iqbal cemburu dengannya. Dasar jantan keparat,tak pernah cukup seorang perempuan. Nafsu kuda betul.

"Tak ada apa-apalah. Ok Qiems aku gerak dulu" akhirnya Iqbal mengalahkan. Dia segera meninggalkan pasangan sejoli itu berdua-duaan.
"Heh,korang jangan ingat aku bodoh. Korang berdua belum berkhawin lagi. Najmi,Najmi,Najmi..perempuan tu akan jadi milik aku yang sah bila aku dah rasa dia sekejap sahaja lagi. Ana tu aku punya,KEPARAT!!!" Iqbal menumbuk dinding biliknya. Dia segera membuka laci mejanya. Dia tersenyum penuh kejahatan.

❄❄❄❄❄

"Eii suka-suka je panggil saya sayangkan." kata Raisya.
"Why,aku just nak selamatkan kau dari buaya bin darat binti laut tu je. Aku tau kau tak suka. Sebab riak wajah kau pon aku meluat tengok jantan tu. Ingat aku nak sangat ke panggil kau 'sayang'. Geli tapak kaki aku je" Najmi beriak selamba.
"Hish!" Raisya mendongkol geram.
"Abistu kau nak aku panggil dia balik,boleh je. Ye la kau kan spesies merenyam." kata Najmi sinis. Orang dah selamatkan dia,bukan nak beterima kasih.

"Nak tolong tu bi..." Raisya memberhentikan kata-katanya apabila dipintas oleh Najmi.
"Kau ni,potpet je dari tadi.Bosan ah. Dah lah aku nak gi toilet kejap. Kau jangan nak pergi mana-mana. Tunggu sini"kata Najmi. Dia segera berdiri lalu mengorak langkahnya menuju ke tandas yang terletak di tingkat dua.

Iqbal menghampiri Raisya dengan dua gelas air oren.
" Nah"Iqbal menghulurkan segelas air oren kepada Raisya.
"Terima kasih. Tapi saya tak dahaga" kata Raisya lembut. Iqbal tersenyum tawar.
"Hm kalau macam tu saya letak balik" kata Iqbal merajuk.
"Eh,tak pelah. Saya dah dahaga balik ni. Terima kasih" Raisya menyambut gelas berisi air oren akibat dia sebersalah dengan Iqbal. Dia mula meneguk sedikit-demi sedikit air oren itu.

Pandangan Raisya menjadi kabur. "Ya Allah ngantuknya mata aku" kata Raisya. Iqbal hanya mengukir senyuman.
"Aa Encik Iqbal,saya nak gi tandas sekejap. Nak basuh muka,ngantuk sesangat ni" kata Raisya. Dia segera mengorak langkah mendaki tingkat dua dengan penuh longlai. Akhirnya dia jatuh tidak sedarkan diri. Iqbal segera mencempung badan Raisya lalu dibawa ke biliknya. Mujur tiada sesiapa yang nampak. Dia mengukir senyuman kasanova kelas rendah dan penuh kejahatan.

"Dia akan jadi pemuas nafsu aku malam ini juga...Padan muka kau Najmi Haqiem"

To be continue..


MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now