~22~

1K 44 4
                                        

   Angin subuh yang dingin terus memasuki jendela rumah kayu itu. Raisya membuka perlahan matanya. Jam di skrin telefon di pandang sekilas.

   "5.30 pagi dah?"Raisya lantas bangun dari katil hendak menuju ke bilik air yang ada di bahagian dapur. Semasa dia ingin memulas tombol pintu bilik baru dia sedar bahawa dia tidak memakai apa-apa benang di badan.

  "Allah.Ni dialah ni.Eishh"Raisya segera mengutip segala pakaian yang bertaburan di lantai dan memakainya semula. Mukanya membahang sendiri.Kejadian malam tadi cuba dihapuskan dari fikiran sejauh mungkin.

  Najmi yang masih lena diulit mimpi dibiarkan sahaja.Dia kemudiannya memulas tombol pintu bilik dan terus menuruni anak tangga menuju ke bilik air. Belum sempat dia ingin memasuki pintu tandas,suatu suara menjerkah.

  "Awalnya bangun.Mana Qiem?"soal opah yang baru sahaja selesai membersihkan kawasan dapur.

   "Nak terkencing opah.Qiem ada dekat atas"jawab Raisya sambil membetulkan tuala yang melilit kepalanya.Bukan apa,dia malu akan kesan lebam-lebam cinta yang dibuat oleh Najmi malam tadi.

   "Ha pergilah,nanti dah selesai pergi kejut Qiem bangun solat Subuh.Kita solat berjemaah hari ni"Opah tersenyum manis.Kedutan di wajahnya kian jelas.


    Seusai solat Subuh Raisya mengikuti Opah dan Hanis ke pasar borong untuk membeli lauk-pauk untuk dimasak pada hari esok. Hanis menggunakan kereta Proton Saga milik datuk angkatya itu dengan berhati-hati.

   "Opah,best la suasana kat sini. Dah lama Isya tak rasa kenduri macam ni.  Last Isya rasa kenduri macam ni 6 bulan yang lalu.Itupun masa kenduri arwah mama"Katanya luruh. Dia membuang pandangan pada sawah yang terbentang luas di sisi jalan belah kirinya.

  Hanis tersentak dengan kata-kata Raisya. Dia cuba berlagak biasa meskipun fikirannya sekarang mahu sahaja dia berjumpa dengan Najmi untuk memberitahu hal ini.  Wajah opah berubah seratus peratus.

    "Oh...Innalilah.Opah tak tau,Haqiem tak bagi tahu opah pun pasal ni"Opah simpati melihat cucu menantunya itu. Perjalanan ke pasar menjadi sunyi sepi.Masing-masing cuba menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh mereka sendiri.


    Najmi duduk termenung di pangkin luar rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kelibat kereta dan isterinya masih belum kelihatan. Terbit rasa rindu di hati.

  "Woiiiii!!!"Sergah Karl sambil membawa segelas air teh yang sudah separuh sudah pun diminum.

   "Benda nak?"soal Najmi dingin. Sifat semulajadi dirinya. Karl menyengih seperti kerang busuk.

  "Saja. Ni Tok Wan suruh cari kayu untuk esok. Kau nak ikut tak?"Karl mengangkat keningnya berulang kali.

  "Malas ah"ujarnya. Entah mengapa moodnya swing hari ini. Karl terputus kata. Dia kemudiannya terus masuk ke dalam rumah. Dia tahu kenapa mood sepupunya itu swing semacam,rupanya Dina sudah pun tersenyum ke arahnya.

   "Abang Qiem,abang Qiem boleh tak tolong balutkan luka kat tangan Dina ni. Boleh pulak dia tercabut masa Dina nak tukar kain langsir"ujar Dina meminta simpati. Hatinya girang kerana Najmi hanya keseorangan. Kalau tidak asyik nak berkepit dengan isterinya sahaja.

   "Boleh"jawab Najmi selamba. Puan Hanani iaitu ibu Karl melihat keletah Dina yang seperti ulat bulu itu dari pintu dapur. 

    "Hah terima kasih..."belum sempat Dina habiskan kata-katanya Najmi memintas.

   "Boleh blah. Semak je kau ni"kata Najmi seraya bangun dan berlalu dari situ. Dia terus menghampiri Karl dan Pak Usunya.

"Aku nak join."katanya sambil menepuk kuat bahu Karl.

"Ceh.Tadi tak nak ikut"Karl memperli. Dia sudah tahu sebabnya.Bukan ibunya sahaja yang nampak malah dia dan ayahnya juga nampak kisah sedih ringkas itu.

"Tu tadi. Tapi sekarang nak sebab ada pelesit sesat kat rumah ni"Kata Najmi dingin. Dia terus memasuki kereta Proton Saga lama milik datuknya ini.

  Dina mengetap bibir. Hatinya panas selepas ditolak mentah-mentah oleh Najmi. Dia kemudianya terus memasuki rumah melalui pintu dapur dengan perasaan yang sebal. 

   "Orang dah tak nak tu dah lah. Tak sedar diri ke orang tu dah ada isteri"sindir  Puan Hanani pedas. Dina tersentak.Dia menjeling tajam Mak Usunya.

  "Dah tak laku buat cara tak laku.Ada hati nak suami orang"sindir Mak Usunya lagi. Dina hanya memekakkan telinga. Dia terus masuk ke bilik dan mengamuk sendirian.

  "Sampai hati Abang Qiem tolak Dina mentah-mentah. Ni semua sebab perempuan tak guna tu kan. Dasar sundal kalau tak Abang Qiem dah tentu sah-sah suka dekat aku. Kau tunggu,kau jangan main gila dengan aku. Kau tak kenal aku siapa"Dina sudah mengeluarkan dirinya yang psiko. Dia ketawa seorang diri.


To Be Continue..

im sorry don't leave me

i want you here with me

i know that your love is gone..

Sorry author lambat update sebab ingatkan SPM rupanya extend tahun depan bulan 2.

  


MY MR MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang