~27~

1K 48 7
                                    

  Makan tengah hari menjadi sunyi sepi. Raisya dan Najmi terdiam tidak terkata.Amira juga.Hanis dan Karl hanya merenung mereka.

  "Pft..pft...HAHAHAHAHAHAHAHA."Najmi sudah tidak tahan.Raisya hanya menekup mulutnya menahan ketawa.

  "Kau asal gelakkan aku?"kata Karl yang menahan sakit.Wajahnya yang bengkak dan lebam itu menjadi bahan kutukan Raisya dan Najmi.

  "Hanis kau tumbuk dia pakai kerusi ke,siap lebam bagai"Najmi masih dengan sisa tawanya.Sakit perut melihat wajah Karl yang lebam sini sana.Kuat juga Hanis ni.Hanis juga tidak kurangnya,rambutnya terus serabai.Mulutnya luka teruk.Dia hanya menjeling tajam wajah Karl.

  "Mira...tolong aku ambil ais dalam peti.Aku nak tuam kat luka ni"arah Karl.Amira hanya menurut.Dia siap membalutnya menggunakan tuala.

  Najmi dan Raisya meneruskan makanan tengah hari mereka.Al maklumlah lauk kegemaran mereka iaitu Ikan Baung masak lemak.


  Dina termenung di beranda luar rumahnya. Air matanya tidak berhenti mengalir. Dia masih tidak dapat lupakan kejadian tempoh hari. Tidak di sangka dia kehilangan keluarganya yang bahagia. Ibunya Alia sudah menjadi panas baran dan sentiasa mengurungkan diri didalam bilik. Ayahnya,entah kemana membawa diri. Mungkin ke Johor Bahru mencari Najmi dan Raisya bagi memohon kemaafan.

  Tiba-tiba kemarahan di dalam dirinya mempengaruhi akal dan mindanya. Muka Raisya dan Najmi berlegar didalam kepalanya.

"Heh,aku takkan biarkan korang berdua hidup bahagia.Kau tengok abang Qiem,isteri kau aku akan pisahkan dari kau macam mana kau buat dekat mak dan ayah aku.Bangsat"dia menjegilkan matanya tepat pada langit. Dia kemudiannya tersenyum seorang diri.


   Hanis meminta izin Najmi untuk membawa Raisya keluar mebeli-belah dan bersiar-siar sekitar Bandar Johor untuk melepaskan segala masalahnya yang telah benak didalam kepala. Habis satu mall mereka pusing.

   "Kak Hanis,Tuan Najmi suka warna apa ek?"soal Raisya membelek-belek baju kemeja di sebuah kedai pakaian yang agak high class.Raisya pada mulanya seram hendak memasuki kedai itu kerana dia walletnya hanya ada Rm500 sahaja.

  "Hmm,Tuan suka warna dark blue dan warna hitam.Sebab dia tak suka warna yang terang-terang"ujar Hanis.

  " Warna terang cantik apa.Kulit diakan sesuai pakai warna-warna macam tu"Raisya memberi pendapat kerana sudah berkenan dengan warna baby blue. 

  "Hmm..Dulu masa dia belum jumpa dengan Isya,dia tupanas baran dan cold gila. Sepanjang akak kenal dia dia tak pernah senyum.Ada pun senyum sinis. Nak tercabut kulit akak tengok dia senyum"ujar Hanis sebelum menyambungnya.

  "So,time tu birthday Tuan.Kak Hanis masatu tak tahu pun yang dia minat warna-warna gelap ni. So,akak beli warna merah terang. Isya tahu apa jadi?"soal Hanis.Raisya mengelengkan kepalanya.

 "Dia campak dalam tong sampah.Tahu tak hati akak time tu sakit ya amat. Time tu memang nak je libas kepala dia pakai siku"Kata Hanis memaparkan mukanya yang masih tidak puas hati. Habis melayang duit gajinya yang pertama.

 "Tapi..Isya suka warna ni.Warna dia tenang"Raisya masih memegang baju itu dengan muka sedih.Dia bukan sedih tetapi dia takut suaminya tidak suka.

 "Hm..belilah Raisya.Akak yakin dia suka nanti.Ya la diakan sayang Isya.So akak yakin dia suka punya"kata Hanis tersenyum manis. Entah mengapa hatinya tenang dengan perkara itu. Raisya tersenyum lebar.Dia segera membayarnya. 

  Sedang mereka sedang bergelak tawa.Tiba-tiba Hanis terlanggar seorang wanita. Wanita itu terus menolehnya dengan pandangan yang sebersalah.

  "Ma..maafkan kami berdua.Kami tidak sengaja"Raisya memohon maaf. Wanita itu hanya memaparkan senyuman.

  "Tidak apa.Salah saya juga.Hm..saya pergi dulu"dengan sopan wanita itu terus berlalu pergi meninggalkan Raisya dan Hanis berdua di situ.

  "Baiknya dia.Cantikkan Kak Hanis?"soal Raisya tersenyum tenang. Hanis terdiam seketika.

 "Afiqa.."Hanis menuturkan ata-katanya.

 "Hah siapa?"soal Raisya yang kurang mendengar dengan jelas apa yang disebut oleh Raisya.

 "Raisya.Kita balik sekarang.Ada orang intip kita"Hanis segera menarik lengan Raisya dan segera menaiki lif. Mereka terus berlari sehingga ke kereta.Tercungap-cungap Raisya dibuatnya. 

 "Kak..siapa yang intip kita ni?"soal Raisya masih bingung. Nafasnya dihembus dengan sekuat-kuatnya.

  "Orang-orang Xander. Yang kau langgar tadi tu isteri dia,Bekas tunang Tuan.Dia..dia pengintip"kata Hanis lalu memasuki kereta. Raisya juga turut berbuat begitu. Mukanya menandakan dia tidak faham,

  "Tak apa,sampai rumah nanti akak cerita semuanya"Hanis menghidupan enjin kereta dan terus memecut laju keluar daripada perkarangan mall. Raisya hanya mampu mengucap panjang. Hanis memandunya dengan agak laju. Mahu tercabut jantung dan kulitnya.

  

  "Heh,tak sangka dia masih dendam dengan aku. Xander,Xander apa lagi kau nak"Najmi tersenyum sinis. Raisya hanya membeku di sofa kerana tidak faham dengan apa yang berlaku. Ramai orang suruhan Najmi yang sedang berkumpul di ruang tamu termasuk Hanis,Karl dan Amira. Kira-kira dalam lima belas orang.

   "Qiem aku rasa nyawa isteri kau dalam bahaya ni." UjarKarl memberi pendapat. Najmi hanya mendiamkan diri.Langsung tiada reaksi di wajahnya.Hanya Najmi yang dingin. Semua ada disitu dia membisu.Taku memberi pendapat.

To Be Continue..

Neko rasa cam dah mula mengarut.Hope korang still support la cerita MM ni walaupun tak  best macam novel lain. Maaf ye semua

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now