~29~

928 42 5
                                    

        Raisya tidak senang duduk. Sebentar tadi dia ke dapur kemudian dia ke bilik.

"Eih,bosannya...!!!" dia membebel sorang-sorang. Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dia bingkas bangun dari katil dan menguak pintu secara perlahan-lahan. Terjengah-jengah kepalanya.

"Apa yang ada kat tingkat atas tu ek?"soalnya sendirian.  Mukanya berkerut-kerut memikirkan apa yang cuba disembunyikan Najmi di tingkat ats itu.

 "Eih,Raisya...Tak boleh. Patuh pada arahan dan suruhan suami."tekadnya. Namun perasaannya membuak-buak ingin tahu.

  "Hmm. Tanya Kak Amira dengan Kak Hanis je la"selepas membuat keputusan dia terus turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Hanis dan Amira sedang membersihkan ruang tamu.

 Mula terbit idea nakal hendak mendengki mereka berdua. Dia jalan terjengkit-jengkit dan bersembunyi di sebalik sofa.

  Baru sahaja kiraannya mencecah angka tiga,Karl menyergah,

  "Oii...tabiat ke?" Karl mengangkat kening. 

  "Oh Mak Kau"latah Raisya. Hanis dan Amira segela menoleh. Karl masihterpinga-pinga.

"Eishh,Abang Karl ni. Buat terbengkalai plan orang je. Baru nak sergah Kak Hanis dengan Kak Amira"omel Raisya. Dia segera menyilangkan kedu tangannya ke dada.

  "Manalah Abang Karl tahu"Karl melabuhkan punggungnya ke sofa. Butang Uniformnya di buka separuh sahaja. Bagasinya di biarkan sahaja di hadapan pintu. Raisya juga turut melabuhkan punggungnya di sofa.

  "Oi..bagasi kau ni nak aku lempar tengah jalan ke?"Hanis bersuara. Keningnya sudah diangkat sebelah.

 "Apa..tolong ah angkat bawa naik atas. Aku penat ni"ujar Karl seraya memejamkan mata.

 "Ingat aku kuli kau ke.Syukur je lah aku basuh baju kau,kemas bilik kau,masak bagi kau cekik. Tu pun malas lagi"bebel Hanis. Raisya dan Amira hanya jadi penonton.

  "Hm..habislah...Perang mulut dah nak mula"Ujar Amira. Raisya hanya tersenyum.

 "Memang kau kuli aku. Dah-dah bawak naik atas bagasi tu" Karl malas nak bertengkar. Dia kemudiannya baring di atas sofa dan melelapkan mata. Hanis terkesima.

  "Eh..dia ni.Ada aku agkat dia lempar dalam tong sampah kang. Orang dah buat semua untuk dia,dia tak nak tolong pulak. Dia tak tahu ke..bla..bla..bla.."Hanis membebel. Namun dia hanya akur dan membawa bagasi itu ke bilik Karl.

 Raisya menggelengkan kepala. Dia kemudiannya teringat tujuan dia turun ke bawah tadi.

"Kak Mira"panggilnya. 

"Isya nak tanya boleh?"soalnya takut-takut.

"Kenapa Tuan tak kasi naik tingkat tiga tu.Ada apa sebenarnya?"soal Raisya. Amira terkejut dengan soalan itu. Tidak dia menjangka apa yang Tuannya cakap seminggu yang lalu akan berlaku hari ini.

 "Em..err tu dekat atas tu..er..."mati kutu dia hendak jawab. Amira menggaru kepalanya.

 "Bilik stor Qiem. Banyak barang berbahaya kat dalam tu. Kau tahukan suami kau tu.."Karl menyelamatkan Amira daripada situasi genting.

"Oh..."Raisya terdiam. Karl segera bengun dari sofa dan menuju ke biliknya.


   "Maaf andai kau terluka..." Karl menyanyi riang. Dia membuka butang bajunya sehingga habis.

  "Krek.." bunyi sesuatu dari bilik air.

"Hm.."Karl merapati bilik airnya. Hanis yang baru selesai membasuh muka ingin keluar dari bilik airnya. Dia terus membuka pintu.

"Arghhhhhh..."Hanis terjerit kecil.

"Kau ni,terkejut aku.Hishh"Hanis memarahi Karl. Dia kemudiannya mengikat rambutnya yang sudah serabai.

"Eh kau pahal. Dah la masuk bilik aku sesuka hati. Lepastu suka hati limpa kau je guna bilik air aku"Karl menyilangkan tangannya ke dada.

 "Er..kau yang suruh aku simpan bagasi kau. Dah ah"Hanis segera melajukan lagkahnya. Namun Karl segera menarik lengan Hanis dan mengunci gadis itu ke dinding.

 "Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau?"Karl tersenyum sinis. Hanis beriak selamba

"Senang. Berambus ah"Hanis menendang kaki Karl dengan kuat. Dia kemudiannya terus beralri keluar.

   Raisya masih tidak puas hati. Dia mahu mengetahui lebih lanjut tentang bilik di tngkat atas itu. Namun wajah suaminya yang bengis bermain di fikirannya. 

"Em..takpelah batalkan je lah niat"ujarnya.Amira yang masih membersihkan ruang tamu terdiam kaku.

  "Perangai Isya sebiji macam dia.Jenis nak tahu sesuatu.Hmm"Amira tersenyum pahit. Cecair jernih memenuhi kelopak matanya.

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now