~15~

1.6K 53 0
                                    

   "Heii jaga sikit mulut kau tu. Kalau kau nak marah pasal yang lain tu aku tak kesah,but Raisya NO. Dia hak aku yang sah" Najmi meninggikan suaranya sehingga dua oktaf.

   "Heh tak sampai ke akhirnya. Aku akan pastikan dia tetap jadi milik aku walau apa cara sekalipun. Sial" Iqbal masih tidak mahu mengalah.

   "Cari perempuan lain lah TAK GUNA!!!" Najmi terus menumbuk muka Iqbal. Kepala Iqbal terdongak keatas. Hidungnya mula mengeluarkan cecair pekat.

    Namun senyumannya masih kekal. Najmi terus menendang lutut Iqbal dan menyebab kaki kerusi yang diduki Iqbal patah. Lelaki itu terus tersembam ke tanah.

   "Kau kalau nak cari pasal,bukan dengan aku. Aku tak minat manusia yang pendendam macam kau" Najmi meludah. Kolar baju Iqbal ditarik agar kepala lelaki itu memghadapnya.

    "Jangan sesekali ganggu family aku" Najmi menumbuk muka Iqbal bertubi-tubi. Iqbal yang masih tetikat itu hanya mampu bertahan.

   Sudah puas dia membelasah Iqbal,sepucuk pistol dikeluarkan dan ditarik picunya.

   "Qiem,kau jangan lupa. Lambat laun Raisya akan tahu juga kisah silam kau yang hitam tu. Kau bunuh aku pun,Raisya akan dapat tahu juga sebab Rifqie tu abang RAISYA!!!" kata Iqbal walaupun mulutnya telah dipenuhi darah. Tersembur-sembur darah apabila dia menuturkan bicaranya.

   "Apa kau kata. Rifqie?" soal Najmi. Peluh didahi dikesat kasar.

   "Rifqie yang kau bunuh 4 tahun lepas adalah abang Raisya. Abang kandung dia. Kau rasa Raisya akan percayakan kau ke lepas dia dapat tahu" kata Iqbal. Ikatan tali cuba dilonggarkannya.

   Najmi melepaskan tembakan kearah dada Iqbal sebanyak dua kali. Iqbal terkulai layu. Tiada lagi bunyi dengusan nafas yang kasar.

   Najmi meraup kasar mukanya. Dia cuba buang memori kejadian hitam 4 tahun lepas.

   "Tak..tak Raisya tak boleh tahu. Aku tak nak kehilangan dia. Aku tak boleh hidup tanpa dia" Najmi menghentak dinding dibilik itu berkali-kali. Air matanya mengalir. Sungguh kesakitan 4 tahun lepas menyerang kembali.

  Dia kemudiannya terus memulas tombol pintu untuk menuju keluar. Mukanya serius. Pistol yang digunakan tadi dicampak pada Remy.

   "Bersihkan mayat dia. Aku tak nak ada darah orang tak berguna dalam gudang aku" kata Najmi lalu merebahkan diri diatas sofa.

   Dahinya dipicit-picit. Remy dan Dylan segera mengambil plastik hitam dan membungkus mayat Iqbal. Darah dan segala bahan yang digunakan dibersihkan oleh Haziq dan Sam.

   Najmi mengelamun. Fikirannya bercelaru memikirkan kata-kata yang diucapkan oleh Iqbal.

   "Ah tu cuma satu kemalangan" bisiknya. Karl yang melihat gelagat pelik Najmi segera mematikan video gamenya tadi. Cukuplah 2 kali dapat chicken dinner.

   "Kau asal ni,resah semacam je. Kau sedih ke sebab bunuh Iqbal?" soal Karl yang tidak tahu apa-apa. Najmi diam. Tiada jawapan.

   "Kau rasa Raisya sedih tak bila dapat tahu. Dia akan tinggalkan aku ke bro. Kami kahwin tak sampai sebulan lagi bro." ujar Najmi. Suaranya hanya mendatar.

  "Tinggalkan kau. Apa ni?cuba cerita kat aku" Karl pelik. Dah kenapa dia ni. Tebiat ke.

   "Kau ingat tak kawan baik aku 4 tahun lepas" kata Najmi memandang tepat wajah Karl.

  "4 tahun lepas? Em....Rifqie?" soal Karl ingin mendapatkan kepastian.

  "Hm. Dia tu abang Raisya" Najmi tenang menjawab meskipun fikirannya kusut.

   "Kau serius bro?Are you kidding me?How" Karl terkejut dengan kata-kata Najmi.

    "Aku serius. Iqbal bagi tahu aku tadi." ujarnya.

  "Kau ni mudah sangat percaya. Kau tahukan Iqbal tu kaki kelentong. Kau nak percaya asal" Karl cuba positif.

  "Entahlah Karl. Apa pun jadi aku takkan biarkan Raisya pergi dari hidup aku. Dia je yang aku ada. Aku dah tak sanggup nak hilang orang yang aku sayang" kata Najmi panjang lebar. Mukanya masih beriak tenang.

   "Sabar bro. Allah ada dengan kau. Aku kalau ada kat tempat kau aku pun tak tau nak buat apa. Tapi kalau betul Rifqie tu abang Raisya kau kena bagi tahu dia hal yang sebenar bila time kau dah ready. Jangan terjah je" kata Karl lalu menghapiri Najmi dan menepuk bahu sahabat baiknya itu.

   "Thank you bro. Aku hargai jasa kau" kata Najmi dan membalas tepukan dibahu Karl.

  "Most welcome" Karl tersenyum.

   "Ting..ting.." tiba-tiba telefon bimbit milik Najmi berdering.

   Nama Hanis terpampang di medan skrin telefon. Ikon hijau terus ditarik keatas.

   "Hah!!!Ok ok tunggu jap. Lagi 10 minit aku sampai" Najmi terus mematikan telefon. Kunci kereta terus dicapai.

  "Asal?" soal Karl ingin tahu.
"Raisya,dia meracau" kata Najmi dan terus berlari mendapatkan kereta Audinya.

   "Aku follow kau" kata Karl. Dia terus memasuki kereta Najmi. Sempat dia memberi kunci keretanya pada Haziq supaya nembawanya pulang.

   Najmi segera memecut laju meninggalkan perkarangan gudang menuju ke hospital.

To be continue...

MY MR MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang