"Pangggg!!" habis berkecai gelas kaca yang dipeggang oleh Dato' Radhin. Dia memegang dadanya yang berdegup kencang. Keringat mula keluar dari segenap mukanya.
"Astagfirullah haladzim,papa kenapa ni?" Soal Raisya sebaik kakinya melangkah masuk ruang dapur. Dia segera menghampiri ayahnya.
"Kenapa ni papa?Papa tak sihat ke?" Raisya segera memapah ayahnya menuju ke ruangan makan. Dato' Radhin tidak berkutik sepatah jawapan untuk semua persoalan anak gadisnya itu. Raisya menyuruh ayahnya duduk sebentar di kerusi sementara dia menuju ke kabinet mencari sebalang ubat untuk ayahnya. Dia kemudiannya segera menelefon bodyguard ayahnya itu menyuruh mereka memasuki rumah.
Raisya menuangkan segelas air kosong dan dihulurkan kepada ayahnya dengan dua biji caplet. Dato' Radhin menolak dengan lembut tangan anak gadisnya.
"Papa tak nak". Tangannya masih memegang dada. Mukanya tampak risau akan sesuatu.
" Isya,mama mana?"soal Dato' Radhin dengan kerisauan.
"Mama keluar sekejap. Dia kata tadi nak pergi bank. Kenapa?" Raisya memandang muka ayahnya itu dengan pelik.
"Papa rasa tak sedap hatilah. Kamu cuba telefon mama" arah Dato' Radhin. Matanya hanya tertumpu kepada Raisya.
"Erm..." muka Raisya berubah. Pelbagai soalan bermain dikepalanya. Dia segera mendail nombor telefon ibunya dan segera membuat panggilan."Hello..mama" kata Raisya sebaik sahaja panggilannya dijawab.
"Hello sayang. Kenapa tiba-tiba telefon mama ni?" soal Datin Diana pelik.
"Bagi papa cakap dengan mama kamu" kata Dato' Radhin sambil tangganya menghulur kehadapan meminta telefon.
"Papa nak cakap dengan mama" kata Raisya lalu menyerahkan telefonnya segera kepada ayahnya.
"Hello Ana..sayang dekat mana?"soal Dato' Radhin dengan kerisauan.
" Oh abang..saya dekat tempat letak parkir kereta ni. Kenapa?"soal Datin Diana sekali lagi."Tak ada apa,abang cuma tak sedap hatilah" kata Dato' Radhin menjelaskan perasaannya kepada Datin Diana.
"Cehhh,harap sahaja ketua mafia. Tapi takut. Apalah papa ni" kata Raisya didalam hati. Dia hanya tersenyum kecil.
"Lahhh apalah abang ni,saya ni keluar dari rumah tak sampai setengah jam lagi abang dah risau. Saya okay la." kata Datin Diana tersenyum kecil sambil tangannya ligat menekan punat lock untuk mengunci kereta. Dia kemudian menyimpan kunci tersebut ke dalam handbagnya.
"Memanglah saya risau,awak tu isteri saya. Kalau apa-apa berlaku dekat awak,saya juga yang sakit" kata Dato' Radhin romantik. Raisya yang mendengarnya segera mengangkat punggungnya berlalu ke ruangan dapur.
"Eiii,gelilah papa ni. Berkerengga aku duduk kat meja tu. Dengar papa sweet-sweet tadi haus tekak aku" kata Raisya sambil mengambil gelas dari kabinet lalu menekan punat pada water-cooler untuk memgeluarkan air. Dia segera meminumnya.
Datin Diana hanya ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya. Sedang dia ingin melintas jalan raya menuju ke Maybank satu cahaya kuning memancar tepat kepadanya.
"Arrrrrghhhhh" jerit Datin Diana sebelum rebah di atas jalan raya.
"Ana..Ana...Ana..DIANA!!!" Dato' Radhin segera menjerit memanggil nama Datin Diana berulang kali. Raisya yang berada di dapur terkejut dengan jeritan ayahnya segera berlari ke ruangan makan dengan cemas."Papa..kenapa?" soal Raisya risau. Muka ayahnya berubah menjadi pucat lesi. Dato' Radhin hanya memandang anak gadisnya itu dengan pandangan sedih. Hatinya remuk,berkecai. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu anaknya.
"Mama..." itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Dia kemudiannya segera mengambil kunci kereta. Raisya membuntuti langkah ayahnya itu dengan dua lagi bodyguard ayahnya menuju ke kereta. Toyota Alphard meluncur laju menuju ke Maybank Pasir Gudang.
"Ahh Dato' ni suami kepada Datin Diana ke?" soal salah seorang anggota polis.
"Ya saya..emm boleh saya tahu apa yang berlaku disini?" soal Dato' Radhin apabila terpandang sekelompok darah yang masih baru di atas jalan raya. Hatinya tahu apa yang berlaku tapi dia mahukan kepastian dari pihak polis."Isteri Dato' terlibat dalam kemalangan langgar lari sebentar tadi. Isteri Dato' kini dikejarkan ke hospital"jelas anggota polis tersebut dengan berat.
" Allah,Ana...."itulah yang terkeluar dari mulut Dato' Radhin selepas mendengar berita yang disampaikan. Lututnya terasa lemah. Air matanya tidak henti keluar. Dia kemudiannya menyuruh bodyguardnya segera memecut laju ke hospital.
"Maafkan kami Dato',isteri Dato' tidak dapat diselamatkan. Isteri Dato' meninggal semasa dalam perjalanam ke hospital sebentar tadi" Kata Dr. Tain sambil menundukan kepalanya. Berat rasanya ingin memberi tahu perkara sedemikian rupa kepada ahli kaporat itu.Raisya jatuh terduduk dan mengalirkan air matanya yang turun tidak terhenti. Kakinya terasa amat rapuh untuk berdiri. Dia menangis semahu-mahunya. Insan yang paling berharga buatnya kini telah dijemput Ilahi. Dato' Radhin terus memasuki wad yang menempat mayat isterinya yang tercinta itu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya,betapa hancurnya hati dia sekarang. Orang yang setiap hari menceriakan hidupnya kini terbaring kaku diatas katil hospital. Kedua bodyguard Dato' Radhin menundukkan kepala mereka. Mereka juga tidak dapat menerima atas pemergian Datin Diana yang baik hati itu. Mereka telah menganggap Datin Diana sebagai ibu kandung mereka sendiri.
Raisya yang jatuh terduduk tadi segera mengagahkan kakinya lalu berjalan longlai mendapatkan arwah ibunya. Dia menangis semahu-mahunya. Dato' Radhin segera memdapatkan anak gadisnya itu untuk menenangkannya. Dr. Tain dengan berat hati menarik selimut lalu menutupi mayat Datin Diana dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Raisya menjerit pekik didalam wad. Dia bertindak agresif. Dr. Tain segera menyuruh jururawatnya membawa Raisya keluar dari wad agar perkara yang tidak diingini berlaku. Dato' Radhin hanya meratapi kain selimut putih yang menutupi sekujur tubuh isterinya itu.
❄❄❄❄
Raisya hanya merenung tanah kubur ibunya yang masih merah. Seledang hitam yang menutupi kepalanya dijadikan kain pengelap air mata.
"Mama..kenapa mama buat macam ni dekat Raisya. Mama tak sayangkan Raisya ke?Kenapa Mama nak tinggalkan Raisya macam mana Along tinggalkan kita dulu." Raisya sebak apabila teringat akan arwah abangnya Rifqie yang meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan setahun yang lalu.
"Lepasni dengan siapa Raisya nak cerita kisah sedih,dengan siapa Raisya nak cari gaduh,dengan siapa Raisya nak ajak bergurau,dengan siapa Raisya nak bermanja,dengan siapa Raisya nak ajak ketawa bersama." katanya lagi. Ain yang memerangkap sebagai sepupu Raisya menghampirinya dan segera menenangkan sepupunya itu.
"Dah la tu Isya..jaganlah macam ni,akak Ain sedih tengok Isya macam ni. Mama Isya pun sedih tengok Isya macam ni. Dah lah tu mari kita balik" kata Ain sambil memeluk bahu Raisya. Raisya redha akan perkara yang berlaku.
"Mama Isya balik dulu,nanti Isya datang lagi tau mama. Assalamualaikum" katanya dan segera membuntuti langkah Ain menuju ke kereta.Ain hanya memberi senyuman tawar. Dia kasihan melihat sepupunya itu. Dia tidak pernah melihat Raisya sedemikian rupa. Mungkin kematian Datin Diana mendatangkan impak yang besar dalam hidup Raisya. Raisya hanya termenung memandang kearah jalan raya.Mereka terus pulang kerumah dengan perasaan sebak yang masih berbaki didalam hati.
To be continue....
YOU ARE READING
MY MR MAFIA
DiversosAntara dendam dan cinta bukanlah satu pilihan. Dia berusaha menjejaki pembunuh ibu dan ayah serta adik perempuannya. Menjadi mafia bukanlah pilihan hidupnya. Hidupnya penuh sengsara dari kecil. Namun cinta melebihi segalanya. Najmi Haqiem bertemu...