"Alaa nama dia tak ingat la. Alamat dia Jalan Bistari 6/7 no 99" Najmi memberi detail alamat tersebut. Dia tersenyum kambing.
"Jap,asal aku macam pernah dengar nama tempat tu. Eh jap kau bagi lagi detail" Rifqie dapat tangkap sesuatu. Tapi dia tidak pasti benar atau tidak.
"Alaa kau ni,abang dia tak hensem. Gemuk,muka dia aduhai aku lagi hensem do. Kau mesti kenal." Najmi sudah tidak tahan hendak ketawa.
"Tu alamat rumah aku bingai. Wah sedap kau kutuk aku. Aku pun bangang pergi percaya" Rifqie sudah hilang sabar. Bantal kepala yang disandarkan pada belakangnya di baling tepat pada lelaki itu.
"Eh jap,maksudnya kau suka kat adik aku ke?" soal Rifqie ingin kepastian. Najmi menggeleng.
"Eh abistu?" soal Rifqie bingung. Najmi ni nak kena lempang ke apa. Kang sia-sia hidup.
"Aku suka kat mak kau" Najmi seloroh.
"Alahai tak gunanya. Kau ni lahir kat hutan ke sial. Mak aku pun nak kebas. Elok mati je lah kau ni" Rifqie memberi kata-kata pedas. Najmi masih beriak selamba."Eh aku tak leh mati. Nanti siapa nak jaga adik kau yang lawa tu bila abang hodoh dia dah kahwin" Kata Najmi. Segera dia mengambil bantal bagi mempertahankan diri kalau-kalau si master Kung Fu dihadapannya membuka langkah.
"Jangan harap. Adik aku bawah umur lagi la. Kau ni kang" Rifqie malas layan. Makin dilayan makin menjadi budak ni.
"Tunggu la nanti dia dah besar. 4 tahun lagi aku sanggup tunggu" Najmi berkata yakin. Rifqie sudah membuat muka jelek.
"Puihhh,blah la. Dah la aku nak tidur. Bak datang bantal tu. Layan kau kang apa pun tak jalan. Dah aku nak tidur chaw" Rifqie segera menepuk bantal yang diberi Najmi. Matanya dipejam serapat yang boleh.
"Weh tak gunanya kau ni. Aku ada kat sini kau boleh tidur pulak" Najmi membebel. Rifqie hanya memekakkan telinga.
"Weh apa nama adik kau eh?bagi la tahu. Aku nak ngurat dia" Najmi menggoncang tubuh rakan baiknya.
"Carilah sendiri. Aku nak tidur." Rifqie menjawab acuh tak acuh.
"Ala kau ni,tak membantu langsung adik iparmu ini." Najmi masih berharap. Namun sia-sia apabila Rifqie sudah hanyut dialam mimpi.
"Ceh,terpaksalah aku cari sendiri. Dapat kawan perangai macam haish" Najmi membebel sendirian. Dia kemudiannya membuka telefon bimbitnya. Game Mobile Legend dibuka.
Ends Flashback
Najmi tersenyum pahit. Dia sekali lagi menganalisis muka isterinya.
"Betul ke apa yang Iqbal cakap kat aku. Betul ke kau ni adik Rifqie. Raisya tolong aku,aku tersepit Raisya" Najmi diam. Air matanya secara tiba-tiba mengalir.
"Ya Allah,bantulah aku. Sesungguhnya aku insan yang lemah" Najmi memohon pertolongan dari yang Maha Esa.
Dia kemudiannya terlelap di bangku.Raisya hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Pandangannya dibuang keluar. Pemandangan sawah padi di sepanjang jalan menarik perhatiannya.
"Kita nak pergi mana ni?" soalnya. Dia teruja. Ibarat macam tiada apa yang berlaku tempoh hari.
"Rumah Tok Wan" sepatah Najmi menjawab. Mukanya serius memandang jalan raya.
"Kenapa nak pergi rumah Tok Wan. Ada apa?" soalnya kembali. Ibarat dia baru hidup didunia semalam.
"Ada kenduri." Najmi masih serius. Dia kemudiannya membelokkan keretanya menuju ke simpang empat.
"Wah bestnya. Dah lama saya tak pergi kenduri" Raisya teruja. Sesungguhnya berkumpul beramai-ramai adalah benda yang disukainya.
"Hm" Najmi dingin. Entah kenapa tiba-tiba moodnya swing. Pagi tadi dia yang beria suruh ikut. Pastu tak ada mood. Datang bulan ke apa.
Raisya mematikan soalannya. Dia kini diam dan memerhatikan segala hutan-hutan di tepi jalan.
"Sayang bangun kita dah sampai" Najmi mengejut Raisya. Entah bila dia terlelap.
"Lawanya rumah Tok Wan awak. Kereta pun banyak,mesti meriahkan time raya?" Raisya tersenyum hambar. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati selepas menjejaki rumah ini.
"Tak. Aku jarang balik. Tapi aku nak pesan,hati-hati. Kalau ada apa-apa berlaku buat pekak je.Nanti panggil je aku ke Hanis atau pun Karl" Pesan Najmi.
"Eh Karl pun ada sekali dengan Hanis?" soal Raisya.
"Memanglah ada sayang,Karl tu sepupu abang"Najmi tersenyum manis. Susah dapat isteri nyanyuk ni."Eh haah la. Lupa pula" Mukanya membahang. Najmi segera membuka pintu kereta.
"Asallah kau ni Raisya suka malukan diri sendiri.Aduhai nasib baik suami". Dia kemudiannya keluar dari perut kereta. Hatinya berdebar-debar.
Dia membututi langkah Najmi menuju ke rumah Tok Wan.
" Assalamualaikum. Opah oh Opah"Najmi memberi salam.
"Waalaikumussalam. Eh Abang Haqiem" seorang gadis keluar dari rumah dengan tergedik-gedik.
"Ni ke Opah. Asal muda semacam" Raisya berteka-teki. Gadis dihadapannya sugguh menjengkelkan.
"Ni Dina,sepupu Tuan dengan Karl" muncul suatu suara. Terkejut Najmi dan Raisya apabila Hanis tiba-tiba muncul.
To be continue..

ANDA SEDANG MEMBACA
MY MR MAFIA
AcakAntara dendam dan cinta bukanlah satu pilihan. Dia berusaha menjejaki pembunuh ibu dan ayah serta adik perempuannya. Menjadi mafia bukanlah pilihan hidupnya. Hidupnya penuh sengsara dari kecil. Namun cinta melebihi segalanya. Najmi Haqiem bertemu...