~2~

2.4K 83 13
                                    

Enam bulan selepas pemergian Datin Diana,Dato' Radhin telah melepaskan takhtanya sebagai King kumpulan The Black Cobra. Dia menyerahkan takhtanya kepada adik tirinya iaitu Darwish Fakhrie.

"Em...Isya" panggil Dato' Radhin lembut. Dia merenung Raisya yang sedang menikmati nasi goreng yang dimasak oleh Nek Ramlah iaitu pembantu rumah Raisya.
"Em..." Raisya meng'em'kan tanda menjawab panggilan Dato' Radhin. Dia menyuapkan satu sudu besar nasi goreng kedalam mulutnya.

"Papa..em..papa nak cakap sesuatu ni. Harap kamu tak marah papa" kata Dato' Radhin lalu melepaskan keluhan berat.
"Aikk papa tak cakap lagi,buat apa Isya nak marah. Cakaplah"jelas Raisya sambil menuangkan susu Dutch Lady ke dalam gelas kaca. Dia meneguk sedikit demi sedikit air susu tersebut.

" Hehm..."sekali lagi Dato' Radhin melepaskan keluhan dan menyambung
"Papa sebenarnya telah melamar Puan Fatimah sebagai isteri papa. Dan kami telah bersetuju untuk berkhawin hujung bulan ini" terang Dato' Radhin tenang. Dia sudah bersiap sedia mendengar hujah yang lebih makian anaknya Raisya Farahana.
"What!! Are you kidding me?" kata Raisya. Hampir sahaja dia tersembur air susu yang baru hendak ditelan.

"No Isya..i'm serious"jawab Dato' Radhin. Dia melihat air muka Raisya telah berubah.
" Papa!!Your wife,my mother baru je meninggal tak sampai setahun lagi. Papa dah nak cari yang baru. Sampai hati papa"kata Raisya. Rinik-rinik jernih mula bergelinangan di kelopak mata.
"Please listen..Maafkan papa Raisya..tapi ni semua demi kebaikan
Syarikat Papa dan syarikat Mama. Dia sahaja boleh selamatkan syarikat kita"jelas Dato' Radhin tujuan sebenar dia berkhawin dengan Puan Fatimah.

" Heh...untuk syarikat konon. Cakap sahaja lah papa sebenarnya si perempuan tu kekasih gelap papakan. Ingat Raisya tak tahu ke yang papa ada hubungan sulit dengan perempuan tu masa mama hidup lagi. Sampai hati papa.."Raisya mula mengeluarkan kata-kata yang agak pedas. Dia tidak tahan lagi untuk memendam segala apa yang dia rasa dan apa yang dia lihat.

"Papa terpaksa Isya.." kata Dato' Radhin lemah. Dia menghampiri Raisya untuk menenangkan gadis itu.
"Terpaksa apanya PAPA!!!..Raisya tahulah sebenarnya perempuan sundal tu tengah memgandungkan anak papa. Sebab tu papa tergesa-gesa nak khawin dengan dia. Dasar binatang!!!" Raisya tidak tahan lagi. Dia tahu ayahnya banyak menyimpan 'sparepart' dibelakang ibunya. Dia juga tahu banyak perempuan yang dia tidak kenali tidur dengan ayahnya dan mengugurkan kandungan. Dia mengetahui semua perkara itu dari arwah abangnya.

"PANG!!!!" Dato' Radhin melempang pipi mulus dan gebu milik Raisya. Dia sudah hilang sabar dengan kata-kata Raisya yang menyiat-nyiat maruahnya.
"Kamu jangan kurang ajar dengan Papa Raisya!!!You know who i am kan. Jangan melampau Raisya Farahana" kata Dato' Radhin sambil menggengam penumbuknya.

"Ok......Kalau Papa nak kahwin dengan Puan Fatimah,Raisya bagi. But you must remember this Raisya takkan mengaku Papa sebagai ayah Raisya. And the one thing Raisya takkan balik lagi ke rumah ni" Kata Raisya lalu segera mengangkat dan menapak kakinya menuju ke biliknya yang terletak di tingkat tiga.

"PAK...!!!" Dato' Radhin menghempas meja. Dia melabuhkan punggungnya seraya meraup mukanya dengan kasar. Dia tersepit antara Fatimah atau Raisya yang harus dipilih. Dia segera mendail nombor Puan Fatimah dan segera menghidupkan enjin kereta Audinya dan meluncur laju diatas jalan raya.

❄❄❄❄

Raisya menarik bagasinya keluar dari pintu rumah banglo mewah milik Dato' Radhin. Dia menahan sebuah teksi dan segera membolosi perut teksi itu dan begerak ke Bandaraya Johor Bahru.

Semasa tiba dipertengahan jalan bunyi guruh berdentum dengan kuat. Raisya terjaga dari tidurnya apabila teksi yang dia naiki tiba-tiba sahaja berhenti.

"Kenapa ni pakcik?" soal Raisya yang masih mamai. Dia melihat jam tangannya.
"Hm..dah pukul 10 malam" katanya sambil memandang ke luar tingkap. Banyak kereta lalu lalang.

"Cik,saya minta maaf sangat pada cik. Saya tak dapat hantar cik ke perhentian bas. Tayar kereta saya pancit. Ah..emm saya akan telefon rakan saya untuk ambil cik di sini" kata pemandu teksi yang dalam lingkungan 60 tahun. Dia berasa amat sebersalah pada gadis dihadapannya itu.

"Tak apalah pak cik. Saya boleh jalan kaki. Lagipun dah dekat dengan perhentian bas." kata Raisya lembut lalu menguntumkan senyuman. Bibirnya yang nipis serta bewarna merah itu menjelaskan lagi kecantikkan dirinya.

"Tak apa ke cik." kata si pemandu teksi itu. Dia juga menguntumkan senyuman tawar.
"Tak apa. Nah pak cik ambil la duit tambang ni" Raisya menghulurkan dua keping duit yang agak besar nilainya.

"200 ringgit. Banyak ni cik,saya tak dapat hantar cik..?" pak cik itu berhenti bercakap kerana tidak mengenali gadis dihadapannya sekarang.

"Oh nama saya Raisya. Raisya Farahana" kata Raisya memlerkenalkan diri.
"Oh Raisya,nama pak cik Hamdan. Tapi..banyak sangat ni cik Raisya. Tambang yang sepatutnya cik Raisya bayar 25 ringgit sahaja." kata pak cik Hamdan jujur.

"Tak apalah pak cik,saya sedekah. Lagipun duit tu pakcik boleh guna untuk tukar tayar teksi pakcik"kata Raisya lalu nenyuruh pakcik Hamdan mengeluarkan bagasinya dari bonet kereta.

" Saya pergi dulu pakcik. Jaga diri. Assalamualaikum" kata Raisya lalu menarik bagasinya dan berlalu pergi meninggalkan pak cik Hamdan dan teksinya.

"Baik sungguh budak itu. Berutungnya siapa yang memiliki dia" kata pak cik Hamdan sambil tersenyum lebar.

Hujan mula turun dengan lebat. Raisya sudah basah kuyup.
"Se..se..juk nya. " kata Raisya menggigil kesejukkan.
"Mana aku nak cari tempat berteduh ni" katanya sambil matanya melilau mencari tempat berteduh.

"Ha..ada pon pondok bas. Tapi dekat seberang jalan sana. Dah lah hujan lebat. Malam pulak tu,macam mana aku nak lintas jalan" katanya kecewa. Dia memang memerlukan sangat-sangat tempat berlindung.

Dia akhirnya melintas jalan raya tanpa melihat kiri dan kanan. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju kearah Raisya. Raisya rebah di atas jalan raya.

"Ya Allah!!,kita langgar orang ni Boss" itulah kata-kata terakhir yang dapat didengari oleh Raisya sebelum dia tidak sedarkan diri.

"Tolong aku papah dia masuk kereta" kata seorang lelaki dan mereka terus meluncur laju di atas jalan raya.

To be continue..

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now