~32~

922 54 4
                                    

 Tubuh gadis itu dicempung dengan berhati-hati dan dibawa lari keluar dari gudang itu. Bunyi beberapa das tembakan  membuatkan Raihan berlari bersembunyi. Raisya yang masih tidak sedar dipeluknya dengan penuh erat. Mujur ada sebuah kereta nun jauh dibawah pokok hujung sana.

 Pintu kereta dibuka deras.Raisya diletakkan di sit penumpang.

"Cepatlah..cepatlah..cepatlah..."Raihan panik apabila enjin kereta tidak berjaya dihidupkan. Setelah lima kali,akhirnya enjin kereta berjaya berasap.

 Dia memandu laju dan melanggar kuncu-kuncu Xander yang cuba menghalangnya.


  Najmi hanya duduk diberanda luar. Fikirannya masih kusut memikirkan kejadian petang tadi dan ditambah pula dengan kehilangan isterinya. Masih belum ditemui. Dia sudah tahu siapa,namun dia tidak berdaya mahu berlawan. Xander bukanlah calang-calang manusia. Walaupun dia tidak pernah bersemuka,tapi Xander bukanlah manusia yang lemah.

 "Tak mungkin kau hidup lagi"Najmi memejamkan matanya. Ya Allah dugaan apa lagi kau berikan ni.

 "PIN!!!PIN!!!PIN!!"Kedengaran hon kereta mematikan lamunan Najmi. Cahaya kuning yang menyimbah di pintu luar pagar rumahnya diperhatikan dengan penuh tanda tanya.

  "Tuan Najmi,Pu..Puan..Raisya"Tercungap-cungap pengawal keselamatan berlari sepanjang 50 meter.

 "Hah"Najmi segera berlari menuju ke pintu pagar. Kerata bewarna kelabu gelap itu ditenung lama.

"Buka pagar ni cepat"arahnya.Seorang lagi pengawal keselamatan terkoncoh-koncoh membuka pintu pagar itu. Najmi segera menghampiri kereta itu.Raihan yang masih dalam kepenatan membuka deras pintu kereta.

  Najmi ternampak kelibat Raisya.Terus sahaja dia membuka ganas pintu kereta tersebut.

Dia mencempung isterinya yang tidak sedarkan diri dan membawa Raisya masuk ke dalam rumah.Karl yang baru sahaja keluar dari rumah terkejut dengan kelibat lelaki di luar rumah. Dia menjemput lelaki itu masuk.

  Najmi turun ke ruang tamu selepas selesai membersihkan Raisya.Raihan yang sedang duduk berbual dengan Karl ditenung dengan penuh dendam.Dia menghampiri lelaki itu.

"KAU!!!"satu tumbukkan keras mengenai rahang Raihan. Najmi segera menarik kolar baju Raihan dengan kasar,

"Kau culik bini aku,lepastu kau berani tunjuk muka kat sini.SETAN"satu lagi tumbukkan mengenai perut Raihan.Cecair merah pekat mula keluar dari mulut lelaki itu.

 Karl segera menghampiri Najmi dan Raihan.

"Qiem sabar Qiem.Dengar dulu penjelesan dia. Jangan melulu je"tenang Karl berbicara.

"SABAR APANYA!!DIA DAH CULIK BINI AKU,LEPASTU DIA DATANG SINI TUNJUK MUKA.CARI NAHAS BINATANG NI"Najmi menengking dengan kuatnya.

  "Sabar lah Qiem dengar dulu penjelasan dia,bukan dia yang culik tapi.."kata-kata Karl terhenti. Suata suara mencelah kasar.

"BUKAN DIA,TAPI AKU"seorang lelaki yang amat dikenali berdiri tegak di hadapan pintu bersama dengan seorang gadis.

"IQBAL..."sepatah itu sahaja yang keluar dari mulut Najmi. Karl juga terkejut. Kelihatan Irdina juga ada disitu.

"TAPI..KAU...TAK MUNGKIN"tercengang Karl dibuatnya.


  Hanis dan Amira serta kuncu-kuncu Najmi yang lain segera turun ke ruang tamu apabila terdengar bunyi perbalahan.

"Yup,aku Syed Mohamad Iqbal bin Syed Shirajuddin yang mamat ni bunuh dulu.Tapi dengan izin Tuhan aku tak mati. Tapi aku diselamatkan."ujar Iqbal sinis.Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak dan disedut dengan penuh teliti.

"MUSTAHIL"ujar Haziq. Haziq salah seorang orang bawahan Najmi yang terlibat dalam kes pembunuhan Iqbal setahun yang lalu.

"Terkejut macam mana aku boleh hidup sihat walafiat macam ni."Iqbal masih sinis.Raihan terpaku tidak faham dan mengerti tentang situasi yang berlaku sekarang.


  Raisya membuka matanya perlahan-lahan.Siling bewarna cream  itu dipandang kabur.Dia kemudiannya bangun memerhati sekeliling. Kedengaran bunyi riuh di ruang tamu bawah menarik perhatiannya.

Baru sahaja dia ingin dia ingin turun dari katil,tangannya telah ditarik lembut oleh seseorang.Raisya segera memalingkan badannya.

"Ab..ab..abang Rif"tergagap-gagap nama itu keluar dari mulutnya.Hatinya mula diharungi rasa sebak. Insan yang yang paling dirinduinya kini betul-betul berada dihadapannya sekarang.

 Raisya terus memeluk Rifqi seerat yang mampu.Rindunya pada lelaki itu bukan kepalang.

"Abang...kenapa abang tinggalkan Isya sorang-sorang.Isya takut abang"katanya tersekat-sekat dek kerana menahan sebak yang telah membusuk di dalam jiwa.


To Be Continue

Kepada reader cerita MM bakal menjatuhkan tirainya tidak lama lagi.Justeru itu (ececece Karngan bm sikit) author harap korang sudi baca.Author tak kisah kalau korang tak suka dengan jalan cerita ni,tapi harap still support. Malahan itu dengan sukahatinya author ada publish cerita baru bertajuk DEMON KING di bio Neko.Kalau sudi bacaLAH(HAHAHAHA).bARU SATU CHAPTER JE. OK LA GUDNIGHT.BYE..BYE..

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now