~30~

992 42 8
                                    

   Matanya yang kabur selepas dipukul dari arah belakang melilau mencari sesuatu. Skirt labuh yang dipakainya tadi sudah terangkat sehingga ke peha. 

  "Kat mana ni?"soalnya lemah. Selepas pandangannya mula stabil,dia mendapati berada di sebuah bilik yang agak usang. Cahaya mentol yang menyimbah ke dalam bilik itu suram. Raisya melihat kesekeliling. Tiada tingkap. Hanya ada sebuah pintu.

  Raisya mahu berdiri namun tubuhnya sudah diikat kemas dan rapi di sebuah kerusi.

"Toonnggg!!!"mulutnya yang sudah diselotep menyukarkan dia untuk bersuara. 

  "Eh dah sedar"ujar seseorang. Raisya terkejut. Figura dihadapannya betul-betul dia kenali.

"Asal.Terkejut tengok aku.Heh.Zam bukak selotep dekat mulut dia ni"suruh figura itu.

    "Ab...ab..abang.. Raihan"Raisya terkejut. Raihan sepupu lelakinya yang gilakan dia sejak di bangku sekolah menengah lagi.

  "Ye sayang"Raihan mendekati Raisya.

"Tapi...kenapa?"air matanya mula mengalir.

"Kenapa,heh kau pikir lah sendiri. Aku nak keluar kejap"Raihan terus menuju ke luar dari bilik itu bersama dengan Zam pembantunya.

 Satu keluhan besar dilepaskan.

"Kau dah kahwin rupanya.Bangsat"Dia meraup kasar rambut serta wajahnya.


  "Macam mana rakaman CCTV,ada nampak apa-apa tak?"soal Najmi. Ruang tamu dirumahnya kini dipenuhi oleh kuncu-kuncunya. Haziq hanya menggelengkan kepala.

  Najmi yang dingin terus menghampiri Amira dan Hanis. Lantas kolar baju Hanis ditarik kasar.

"Kan aku dah cakap jaga dia.Kau tengok apa dah jadi. Bini aku kena culik. Kau ni nak ke tak nak kerja kat sini."Najmi memaki hamun. Amarahnya dan sifat barannya sudah kembali selepas hampir sebelas bulan di pendam.

 "Ta..ta..tapi..Tuan Raisya memang ada dengan kitorang tadi."kata Amira mempertahankan Hanis dan dirinya. Hanis tidak mampu bersuara. Singa jantan di hadapan sangat menggerunkan.

  "Kalau ada dengan korang,sekarang ni dia ada dekat sini."Najmi semakin menggila. Entah kenapa api barannya terbakar ganas.

  "Qiem..Qiem..tenang. Lepaskan Hanis tu. Dia tak bersalah. Ya betul cakap Amira yang Raisya tadi ada dengan mereka."Karl cuba menenagkan keadaan yang tegang. Dia kasihan melihat sahabatnya itu dan Hanis yang sudah pucat wajahnya.

  "Heh,habistu kalau bukan salah dorang ni.Salah siapa lagi SIALLL!!" Najmi menolak kasar tubuh Hanis. Wajahnya diraup kasar.

 "Tu salah kau Qiem. Kau patutnya yang jaga dia. Kau suami dia. Kau kena ingat Qiem kalau tak ada Hanis dengan Amira ni,kau ingat bini kau hidup lagi ke bodoh"Karl sudah hilang sabar. Namun dia cuba mengawal marahnya.

  Najm terdiam kaku. Sisa amarahnya masih berbara dan menyala. Namun dia cuba kawal situasi. Dia bingkas bangun dan terus mengambil kunci kereta.

    "AKU NAK KORANG CARI RAISYA SAMPAI JUMPA.AKU BAGI MASA 24 JAM JE. KALAU TAK,KORANG MAMPOS"terus dia menghempas pintu. Kedengaran enjin kereta dihidupkan.

Karl melepaskan satu keluhan besar.

"Payah cakap dengan manusia yang keras kepala macam tu.Eishh.."Karl terus menghampiri Hanis yang sudah bergelinangan dengan air mata.

"Kau ok tak ni Nis?"soal Karl simpati. Amira juga membantu Hanis untuk bangun. Hanis hanya menangguk lemah.

  "Hanis,Amira dan semua orang dalam rumah ni,aku minta maaf bagi pihak Tuan korang tu. Emosi dia tak stabil. Amira,bawa Hanis gi bilik aku. Dalam tu ada peti pertolongan cemas. Aku nak gi cari Haqiem"ujarnya kabut sebelum memboloskan diri kedalam perut kereta.


  Najmi hanya termenung kosong dari kawasan berbukit itu. Pemandangan dari arah bukit itulangsung tidak di pedulikan. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Flashback 

  Najmi hanya tersenyum mendengar lawak bodoh Karl,Haziq,Luqman dan Dylan. Dia mencari-cari kelibat seseorang.

  Rifqie termenung memandang laut yang dilimpahi lampu neon. Gelas yang diisi air Coke hanya disisip sedikit sahaja ke bibirnya.

  "Oii,termenung jauh nampak.Kenapa dah rindu kekasih ke?"soal Najmi seloroh.

"Tak ada lah,aku just rindu kat family aku je. Dorang sihat ke tak,dah makan ke belum"satu keluhan kecil dilepaskan. Cahaya bulan yang menerangi langit hanya dipandang sekilas.

  "Hm..aku pun rindu family kau,nak-nak si gadis comel tu"sengaja Najmi menggantungkan ayatnya. Rifqie sudah panas telinga.

  "Kau ni aku terajang kang baru tahu"Rifqie menjeling tajam.

  "Kau ni garang sangat la kat adik ipar kau ni. Cubalah berlembut,macam adik kau tu"ujar Najmi sambil menyengih macam kerang busuk.

  "Kau nak aku campak kau dari kapal ni. Tapi..."wajah Rifqie kambali muram.

 "Tapi apa?"Najmi pelik.

 "Tapi..kau seriuslah suka dekat adik aku?"Rifqie ingin kepastian. Najmi terdiam dan merenung bulan yang sedikit-demi sedikit menyerlah di sebalik awan.

 "Aku serius Rif, Aku memang suka dia,senyuman dia,perangai dia,saling tak tumpah macam arwah adik aku."jelas Najmi tersenyum hambar.

  "Hm kalau macam tu baguslah.Aku pun tak tahu apa jadi kat aku nanti.Tapi aku harap bila ada benda jadi kat aku,aku nak orang yang sayang dia jaga dia elok-elok" Rifqie mengeluh sebelum menyambung kembali kata-katanya.

  "Kalau apa-apa jadi kat dia,aku takkan maafkan diri aku dan orang yang sayang dia tu". Najmi tersentak dengan kata-kata sahabatnya itu.

  "Kau asal ni. Demam eh,cakap benda ngarut je tak sudah"Najmi menepuk badan Rifie dengan kuat.

  "Kalau macam tu,aku janji aku akan jaga adik kau. If ada apa-apa jadi kat dia aku takkan maafkan diri aku"ujar Najmi.

  "Ye la tu,kau ni bukan boleh caya sangat"Rifqie membuat muka jelek.

"Ye AKU JANJI,NI NAJMI HAQIEM LAH.."

End Flashback..


TO BE CONTINUE...


Ohohohoh thanks yang always support citer ni. Neko hargai sangat-sangat.Terima kasih tau 😍

MY MR MAFIAWhere stories live. Discover now