Mata yang lesu digosok perlahan sebelum Nurin keluar dari kereta. Dia duduk bersandar di keretanya dan menunggu Yana keluar bersama dengan...
"Jam!!!" jeritnya dengan penuh gembira. Azam menyambut jeritan Nurin dengan memeluk wanita tersebut.
Yana membantu Azam meletakkan beg bajunya ke dalam bonet sementara membiarkan Nurin dan Azam melepaskan rindu masing-masing setelah sekian lama tak berjumpa.
Azam menyisir rambut Nurin ke tepi dan menatap lama wajah manis wanita itu. Dia lega, Nurin selamat dan kes Dahlia itu telah pun ditutup sebelum rahsia mereka terbongkar. Pelukan dilepaskan, Nurin mengambil peluang mencubit pinggang Azam.
"Ni, lain kali jangan berlagak hero sangat! Nurin bosan tau, seminggu Jam tak ada dengan Nurin!"
Azam ketawa besar.
Ada saja yang nak diungkit oleh Nurin. Tanpa mereka sedar, ada beberapa orang yang sedang asyik menangkap gambar mesra mereka di depan balai polis.
"Sudah-sudahlah tu.." Yana menarik Nurin ke arahnya.
"Aik, awak cemburu ke, Cik Yana?" usik Azam kepada adik perempuannya. Yana menjelirkan lidah, tanda protes. Untuk apa dia cemburu sedangkan mereka bertiga sudah seperti keluarga? Lagipun, dia tahu status Nurin dan Azam.
Mungkin orang lain yang tak tahu apa-apa akan salah faham tentang hubungan abangnya dengan Nurin. Selesai urusan di balai, Nurin mengambil keputusan untuk membawa Azam makan di kedai kegemaran Azam.
"Kau pasti itu anak Dato' Isma?" tanya seseorang kepada rakannya.
Dia sendiri tak percaya yang anak perempuan Dato' Isma terlampau mesra dengan lelaki yang mereka tak kenal. Berpeluk, mengusik satu sama lain. Ibarat macam kekasih pula!
"Eh, kau nak buat apa itu?"
"Aku nak hantar benda ini dekat kawan aku lah. Dia tahu kerja dia, kita tunggu je!"
Mereka bersembunyi di sebalik semak-samun apabila kereta yang dipandu Nurin keluar daripada balai polis.
--------------------------
"Thank you for your cooperation. We will end the meeting here. I want to see the annual report as soon as possible. Dismiss."
Semua staf yang terlibat dengan mesyuarat bulanan meregangkan badan mereka setelah hampir dua jam mereka di bilik mesyuarat membincangkan tentang rancangan seterusnya untuk meningkatkan lagi mutu syarikat milik Dato' Isma.
Dato' Isma membutang blazernya sebelum bergerak keluar daripada bilik mesyuarat. Sepanjang dia melalui kawasan stafnya bekerja, dia sendiri terasa seperti diperhati. Bukan sekali dua, tetapi berkali-kali.
"Adib." Dia memanggil setiausahanya.
"Is there anything happens just now? Kenapa semua orang perhatikan saya?"
Pertanyaan Dato' Isma dibalas dengan anggukan kepala sahaja. Dia memberi isyarat untuk tuannya berjalan dahulu ke bilik sebelum menceritakan apa yang berlaku.
Sebaik saja Dato' Isma melabuhkan punggung di kerusinya, Adib menghulurkan tab syarikat dan menunjukkan satu paparan online dari syarikat surat khabar terkenal. Bulat mata lelaki tersebut apabila jelas terpampang wajah Nurin dan Azam di dalam tab.
Kali ini apa pula yang anaknya lakukan?
Apakah status sebenar anak perempuan Dato' Isma, Nurin Ardina dengan lelaki misteri itu?
Itu tajuk besar tentang anaknya. Dia membaca setiap butiran yang dipaparkan di skrin tersebut tanpa matanya terpejam walau sekejap. Semua yang ada di dalam berita ini hanya spekulasi semata-mata.
Dato' Isma runsing. Jatuh saham syarikatnya kalau berita ini sampai ke pihak BOD (Board of Directors). Mereka akan pandang rendah terhadap Nurin selepas ini. Dato' Isma merengus kasar.
"Adib, arrange a press conference for tommorow at 10 a.m. Invite all the reporters who take part in this ridiculous story. Plus, make sure this news is blocked from our BODs. Understand?"
Adib mencatat semua isi yang Dato' Isma inginkan sebelum dia mengangguk dan meminta izin untuk keluar. Dato' Isma mula tak senang duduk apabila memikirkan barangkali Nurin sekarang ini sedang bersama dengan Azam.
"Melampau betul kamu sekarang ni, Nurin! Azam pun sama, memang tak boleh diharap!"
Dia terus keluar dari pejabatnya dan bergerak ke satu tempat lain untuk menyelesaikan masalah antara dia dan anak perempuannya, Nurin.
Kamu cabar ayah, dan ayah sahut cabaran kamu!
-----------------------------
"Nah, untuk Jam."
Kunci kereta diletakkan ke dalam tangan Azam. Azam sendiri terkejut apabila Nurin menghadiahkan sebuah kereta sebagai ganti untuk kereta lamanya yang tak dapat diselamatkan. Dia baru merancang untuk membeli kereta terpakai.
"Eh, Nurin! Kalau setakat belanja aku makan, bolehlah. Ini sampai nak belanja kereta, tak payahlah!" Azam menolak. Kunci tersebut dia serahkan semula tapi Nurin masih berkeras.
Niat dia baik, dia ingin ganti semula kereta Azam yang rosak. Dia tahu Azam bukan orang senang, kalau nak kereta, terus dapat. Lagi pula, kereta Azam jadi begitu disebabkan Nurin juga.
"Ambil jelah! Buat-buat malu pula, kita kan..."
Belum sempat nak menghabiskan ayat, kunci kereta itu dirampas dan dicampakkan ke kaki mereka. Nurin terkejut. Apa kena dengan...
"Husna!"

ANDA SEDANG MEMBACA
NURIN [c]
Kurzgeschichten☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidu...