'Bila-bila masa saja Nurin, ayah boleh musnahkan dia. Ingat apa yang ayah cakapkan ini. Kalau kamu masih hormat ayah sebagai ayah kamu, then stop siding with him. Do you understand?'
'Dia tak ada kena-mengena dengan apa yang dah jadi dekat Nurin. Don't you dare to touch him.'
'Dia hanya gunakan kamu. Sebaik saja kamu angaukan dia, dia akan tinggalkan kamu dan biarkan kamu terngadah seorang diri.'
Irsyad bercekak pinggang di depan tingkap, melihat panorama malam bandar Kuala Lumpur dari tingkat atas wad Nurin. Dia tak percaya dengan apa yang dia dengarkan tadi, perbualan antara Nurin dan Dato' Isma.
Sampai begitu sekali mereka bencikan satu sama lain. Sampai begitu sekali jauhnya hubungan anak dan ayah, tak seperti yang ditayangkan di dalam media massa.
Disebabkan ini ke Nurin beria-ria menjaga Puan Mawar? Disebabkan ini Nurin tak henti-henti menjenguk Puan Mawar dan langsung tak menegah dia daripada melakukan apa yang dia inginkan ke atas Nurin?
Kerana Nurin sendiri mahukan balasan yang setimpal ke atas apa yang berlaku kepada arwah Dahlia?
Jangan cuba apa-apakan keluarga saya. Saya datang sini dengan tujuan baik, bukan untuk jahanamkan hidup orang!
Tapi ayat itu, ayat Nurin ketika Irsyad mengugut untuk menelefon nombor syarikat milik Dato' Isma buat Irsyad bingung. Kalau betul Nurin bencikan keluarga tirinya, kenapa dia berusaha untuk menghalang Irsyad dari menghubungi Dato' Isma?
Dia sebenarnya ingin melindungi siapa? Dato' Isma atau diri sendiri?
Bukkkk!
"Nurin?" Irsyad menoleh.
Senyap, tiada sebarang respons dari Nurin di dalam bilik air. Dia teringat semula wajah Nurin yang pucat, baju pesakit yang Nurin pakai juga ada kesan darah di belakang.
Shit!
"Nurin?!" Pintu diketuk berkali-kali.
"Nurin, kau dengar tak? Buka pintu ini, Nurin!"
Bagai nak tercabut pintu bilik air itu dengan ketukan ganas Irsyad. Dia tak boleh berhenti dari memikirkan perkara yang bukan-bukan yang boleh berlaku di dalam bilik air itu.
Dia keluar dari bilik wad tersebut dan berlari anak memanggil jururawat yang ada di kaunter depan.
"Saya nak minta kunci bilik air untuk bilik wad bernombor lapan puluh lapan sekarang!"
Jururawat itu terpinga-pinga. Irsyad pula makin terdesak.
"Kenapa encik? Pintu bilik air terkunci dari dalam ke? Kalau terkunci, encik boleh guna bilik air yang ada dekat hujung koridor sana." Tenang jururawat itu berkata.
Bammm! Dia menghentak meja kaunter sehingga terhinjut bahu jururawat tersebut.
"Pesakit dalam bilik itu terkunci dalam bilik air. Now give me the key!"
Kalut-kalut jururawat itu mencari kunci dari dalam laci. Tangan yang terketar-ketar itu menyerahkan kunci tersebut kepada Irsyad dan lelaki itu segera masuk dan membuka pintu bilik air.
Jururawat bernama Alin mengikuti Irsyad ke bilik wad Nurin. Bersedia sekiranya ada apa-apa yang berlaku selain daripada terkunci di dalam bilik air.
"Nurin, aku nak masuk ini!"
Buka saja pintu, Nurin didapati terbaring di lantai yang basah. Darah dari baju pesakitnya itu membuatkan lantai juga menjadi merah.
"Nurin!" Irsyad segera mencempung badan Nurin yang lemah dan dibawa ke katil.

ANDA SEDANG MEMBACA
NURIN [c]
Short Story☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidu...