Bab 13

2.2K 137 1
                                    

Keadaan di dalam wad bernombor dua belas terasa hening, hanya bunyi bising daripada luar bilik yang kedengaran. Puan Mawar memandang lesu ke arah Irsyad yang masih tidak sedarkan diri.

Dahi yang bertampal, tangan yang berbalut tapi masih nampak kesan darah diperhatikan dengan penuh rasa duka. Hati ibu mana yang sanggup melihat orang yang mereka sayang luka dengan teruk macam ini?

Irsyad bernasib baik kerana tak mengalami luka yang serius. Baru sikit macam ini pun, hati Puan Mawar tak mampu bertahan. Inikan pula luka atau kecederaan yang mampu menggugat nyawa Irsyad.

"Ibu..."

Irsyad memanggil dengan suara serak basah. Penglihatannya masih samar-samar, kepala masih terasa berdenyut.

"Ya, Irsyad. Ibu ada dekat sini, nak..."

Tanpa kata, Puan Mawar menuangkan air kosong ke dalam cawan dan halakan muncung straw ke arah mulut Irsyad. Dia tahu Irsyad pasti dahaga.

"Kamu ada rasa sakit dekat mana-mana tak? Kalau ada, ibu panggilkan doktor. Minta dia periksa,"

Irsyad gelengkan kepala.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?"

"Jiran Puan Mawar jumpa kau terbaring dekat atas jalan dan diorang bawa kau terus ke sini." Aiman mencelah.

Dia masuk ke dalam bilik tersebut, dan terdengar pertanyaan Irsyad. Plastik berwarna merah dan terisi bekas makanan yang baru dibeli, diletakkan di atas sofa. Makanan ini dia beli untuk Puan Mawar kerana wanita itu tak menjamah apa-apa semasa dia datang ke sini.

"Kau ingat tak apa yang jadi dekat kau? Siapa yang cuba langgar kau tadi?"

Irsyad terdiam.

Dahinya berkerut, cuba berusaha mengingati semula apa yang dah berlaku sebelum dia terus tak sedarkan diri dan dibawa ke hospital.

Laluan kampung yang menjadi pilihan arwah Dahlia sebelum dia terlibat dalam kemalangan, Irsyad datang semula. Dia turun daripada kereta dan matanya ligat melihat kawasan sekeliling.

Mesti ada kamera dekat kawasan ini.

Mustahil tak ada sesiapa pun yang nampak kejadian itu. Kalau ikutkan logik akal, kereta Dahlia dan Nurin berlanggar antara satu sama lain dan menghasilkan bunyi pelanggaran yang kuat.

Takkan penduduk setempat di sini tak dengar?

Dia bergerak ke kawasan pokok yang sudah senget akibat kemalangan dua bulan yang lepas.

"Aku rasa yang lepas itu, kau lepaskan jelah, Irsyad. Aku tahu susah untuk kau, tapi kau kena cuba untuk hadapi semua itu. Nak atau tak, ini semua dah jadi takdir hidup kau."

Suara Haris terngiang-ngiang di kepala.

Ya, dia memang mahu meneruskan hidup macam sedia kala. Tapi dia tak puas hati selagi dia masih tahu Nurin tak dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dia lakukan kepada arwah tunangnya.

Sedang dia mengelamun, memikirkan segala kebarangkalian yang mungkin berlaku semasa kemalangan itu, seorang lelaki datang menegurnya.

"Encik?"

"Ya?"

"Nama encik, Irsyad ke?"

Irsyad mengangguk tanpa mengetahui siapa sebenarnya yang berada di depannya sekarang ini dan mengapa dia ada di sini. Lelaki itu tersenyum sinis sebelum dia memanggil beberapa rakannya yang lain datang mengerumuni Irsyad.

Belum sempat Irsyad ingin buka mulut, dia dibantai habis-habisan dengan mereka semua sehingga kudrat Irsyad sebagai seorang lelaki habis. Mana mampu seorang lelaki berlawan dengan lima orang lelaki yang lain.

NURIN [c]Where stories live. Discover now