Bab 19

2.4K 148 1
                                    

Kereta diparkirkan di hadapan laman rumah Puan Mawar. Nurin turun membawa hadiah untuk Puan Mawar dan barang-barang seperti mainan untuk adik-adik yang mengaji di rumah ibu kepada arwah Dahlia itu.

Walaupun tangan berbalut dan mukanya kurus cengkung, Nurin tetap datang menziarah Puan Mawar. Dia ingin membalas budi baik wanita tua itu kerana menjaga dia tempoh hari di hospital. Sanggup berulang-alik bersama dengan Mak Jah ke hospital.

"Puan Mawar." Nurin memanggil.

Dia tersenyum lebar apabila Puan Mawar menjemputnya dengan gembira. Bakul baju yang dijinjit Puan Mawar letak ke tepi. Dia membantu Nurin mengangkat barang yang dibawa. Bukan satu atau dua tapi lebih daripada itu.

"Banyaknya barang Nurin bawa. Untuk siapa semua ini?"

Plastik mula diagihkan di atas meja.

"Plastik putih ini barang dapur untuk Puan, saya tak tahu apa yang ada dan apa yang tak ada dekat dapur Puan jadi saya beli benda asas saja." Nurin tersengih.

Plastik berwarna merah dia tolak ke hujung meja.

"Yang ini pula untuk budak-budak yang selalu datang mengaji di rumah Puan. Plastik hitam ini ada layang-layang, Nurin beli. Saja nak bermain dengan budak-budak lepas diorang habis mengaji hari ini."

Puan Mawar tersentuh. Sungguh baik hati Nurin memikirkan tentang diri dia dan anak-anak yang mengaji di rumah ini. Puan Mawar tak pernah harapkan apa-apa balasan dari Nurin tapi gadis itu dengan rela hati memberikan pelbagai jenis benda untuknya.

"Terima kasih banyak-banyak, Nurin. Kalau kamu minta makcik bayar balik, rasanya..."

"Tak apa, Puan. Saya bagi dengan ikhlas, atas sebab Puan dan Mak Jah dah jaga saya sepanjang saya berada di hospital. Jasa Puan itu lagi bernilai dari barang-barang ini sebenarnya."

Puan Mawar lantas mendepakan tangan untuk memeluk Nurin. Nurin pun tak menolak. Mereka berpelukan sesaat dua sebelum tergelak.

"Kamu duduklah dulu dekat pankin itu. Nanti budak-budak dah habis mengaji, makcik bagitahu diorang yang kamu bawa mainan." Puan Mawar langsung beredar.

Telefon Nurin berdering dengan kuat di dalam beg tangannya. Dia mencapai telefon tersebut dan menjawab panggilan daripada Yana. Suara gadis itu kedengaran cemas.

"Nurin, kau tengok dah gambar yang aku hantar dekat kau?"

"Gambar? Gambar apa?"

"Tengok cepat, aku dah hantar dekat WhatsApp. Pasal Husna."

Nurin membuka aplikasi tersebut dan menekan gambar yang dihantar oleh Yana. Gambar Husna berada di kelab malam sambil menari di tengah-tengah orang ramai.

Dia tahu Husna memang ada sisi liar tapi dia tak sangka sejauh ini Husna mampu bertindak. Tak ada kerja lain ke sampai pergi kelab malam ini?

"So?" Nurin malas nak ambil tahu tentang Husna.

Masalah dia, pandai-pandailah dia selesaikan sendiri dengan keluarga dia. Paling kurang yang ayah Nurin boleh lakukan kepada Husna adalah menegur dan mengambil semula kad kredit yang gadis itu sering gunakan. Itu saja.

Tak ada pula Dato Isma terfikir ingin halau Husna keluar dari rumah agam itu. Huh.

"Kau tahu tak, Husna itu dah putus tunang dengan Rafiq. Padan muka dia! Puas hati aku bila tengok perempuan itu tengah breakdown sekarang ini."

Nurin ketawa. Yana ini suka betul over react dengan sesuatu. Setahu Nurin, Husna itu musuh dia seorang saja tapi Yana pun ikut sekali tak suka dengan Husna.

NURIN [c]Where stories live. Discover now