Bab 04

2.4K 155 0
                                    

Meter kelajuan dipandang dengan penuh rasa takut. Nurin ini tak sedar ke yang dia memandu lebih dari had kelajuan yang sepatutnya? Jam menelan liur. Tali pinggang yang ada di badan terasa seperti menjerutnya perlahan-lahan.

"Seronoklah anak-beranak itu gelakkan aku!"

"Nurin, kalau kau nak lepaskan semua marah kau, aku faham. Tapi, agak-agaklah nak bawa laju ini dekat jalan yang berbukit! Bahaya! Slowlah!" tegur Jam berkali-kali.

"Salah aku ke? Salah aku ke kalau aku cekik betina itu?! Memang tak salah! Kalau aku kena penjara seumur hidup pun aku tak kisah! Janji diorang tak ada dalam dunia ini!" Nurin mengetuk stereng keretanya berkali-kali.

Dahi ditepuk kuat. Ya Allah, Kau sedarkanlah si Nurin ini yang dia memandu macam orang tak betul dah! Selamatkanlah nyawa aku, Ya Allah!

Rambutnya yang panjang diselak dengan penuh kasar. Semua kemarahan yang terbuku di hati dia lepaskan ke pedal minyak keretanya. Setakat jalan yang berbukit ini, apalah sangat!

Dia dah biasa bermain di litar, jadi dia tak takut untk menekan minyak di jalan kampung macam ini. Bukannya ada orang.

"Nurin, kau nak aku bagitau maktok ke?" Jam mengugut. Itu saja satu-satunya cara untuk membuatkan Nurin insaf dan sedar yang dia sememangnya tengah gila sekarang ini.

"Kau? Bagitau maktok? Huh, aku berani kerat jarilah! Maktok tak akan percaya cakap kau!" Nurin menang lagi.

Sedang mereka bertekak tentang ugutan dan perihal keluarga Nurin, dia tanpa sedar telah termasuk ke laluan bertentangan. Bunyi hon dari kereta di hadapannya membuatkan Nurin dan Jam sama-sama menjerit cemas.

"Brek, Nurin! Brekkk!"

Lengan Nurin ditampar berkali-kali. Pedal brek ditekan sekuat mungkin, tapi keretanya malah laju ke depan.

"Kenapa brek tak makan ni?!"

"Hah?! Nurin, pusing-pusing!"

Stereng kereta dihalakan ke arah kanan sebelum kereta mereka bertembung dengan kereta lain. Nurin merengang kesakitan, nasib baik pelampung kereta berfungsi dengan elok.

"Jam..." Nurin gugup.

Mata mereka tertumpu ke arah wanita yang lemah bersandar di tempat pemandu dengan lumuran darah di mulut dan hidungnya.

"Apa kita nak buat...?"

---------------

"Apa yang kau cuba buat, hah?! Kau nak bunuh anak aku ke?"

"Nurin! Ayah tak ajar kamu untuk berdendam dengan orang!"

"Kalau kau sujud dekat kaki aku sekalipun, aku tak akan maafkan kau!"

Kata-kata itu bermain di dalam pemikiran Nurin sejak tadi. Lilitan kain anduh di bahunya mula longgar kerana dia banyak bergerak ke sana-sini, memikirkan keadaan mangsa yang masih di dalam unit ICU.

Perasaan bersalah yang menggunung membuatkan dia rasa tidak tenang. Ada saja kata-kata yang keluar daripada lubuk hatinya. Kepalanya digaru kasar, dia serabut dengan apa yang baru terjadi.

Macam mana pula brek keretanya tiba-tiba saja boleh rosak? Kalau ikutkan tarikh akhir Nurin hantar keretanya untuk diservis, baru dua bulan yang lepas. Ada tikus ke yang gigit? Atau ini semua perbuatan orang lain?

"Jangan tuduh tanpa bukti, Nurin. Mungkin mekanik terlepas pandang..." Nurin memujuk hatinya.

Dia melabuhkan punggung selepas hampir sejam dia 'berkawad' di depan pintu kecemasan itu. Lututnya tidak berhenti dari bergoyang. Sesiapa sahaja yang lalu di depannya pasti akan tahu betapa serabutnya keadaan wanita ini.

NURIN [c]Where stories live. Discover now