Bab 03

2.6K 142 0
                                    

Jam di tangan Irsyad tilik hampir tiga kali. Majlis akikah anak buahnya akan bermula tak lama lagi, yang ditunggu-tunggu belum tiba. Sekali lagi dia menelefon Dahlia untuk bertanya.

"Dahlia, awak pasti ke awak tak sesat?" Irsyad bertanya dengan nada risau.

Risau kerana jalan untuk ke rumah Imani ini agak rumit, terlampau banyak simpang dan kedudukan rumah juga di atas bukit. Dahlia bukanlah mahir dalam memandu di jalan yang berbukit ini.

"I am okay, Irsyad. Sepuluh minit lagi saya sampai, insya Allah." Dahlia meyakinkan lelaki tersebut walhal dia sendiri terasa tak sedap hati.

Mungkin kerana ini kali pertama dia memandu di kawasan yang mencabar, sudahlah pakai kereta manual. Aduhai, kenapalah tak pakai kereta Ibu saja tadi? Dahlia mengeluh di dalam hati.

"Awak nak saya ambilkan tak? Awak tunggu dekat..."

"Eh, tak apa! Saya dah ada dekat simpang ni. Kejap lagi, cuma tinggal nak belok ke kanan, then stay on the right lane, jumpalah rumah Imani kan?"

Irsyad mengangguk. Dia tak sabar nak berjumpa dengan Dahlia. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika hari pertunangan mereka iaitu lima bulan yang lalu dan kemudian masing-masing sibukkan diri dengan bekerja.

"Kalau macam itu, saya temankan awak sampailaah kereta awak betul-betul dah parking dekat depan saya. Saya risau, takut awak salah masuk jalan."

Dahlia tergelak besar. Amboi, mentang-mentanglah kita ini selalu lupa jalan!

---------------------

Pedal minyak ditekan dengan kuat, hatinya geram dengan apa yang dah terjadi sebentar tadi. Kalau bukan disebabkan adanya Jam di sampingnya, memang mati Husna dia kerjakan.

"Nurin, bawa slow-slow. Ini bukan jalan mak ayah kau, tau!" Jam cemas.

Sudahlah jalannya berlekok-lekok, ditambah pula dengan berbukit tanpa henti. Dia memandang Nurin dan jalan bersilih ganti.

"Nurin!" Jam menjerit, memanggil Nurin yang bagaikan orang gila membawa kereta dengan kadar kelajuan yang sangat laju.

"Apa dia?!"

Stress aku dibuatnya! Duduk sajalah diam-diam! Nurin merengus.

Gambar yang terkoyak ketika insiden cekik-mencekik tadi membuatkan Nurin bertambah geram. Tanpa dia sedar, air matanya jatuh tanpa henti. Dia tak terasa hati dengan layanan keluarga tirinya tapi dia sangat terasa dengan Dato' Isma.

"Lepaskan anak aku! Apa kau cuba buat ni, hah?!" Datin Salina cuba melepaskan cengkaman Nurin dari leher anaknya.

"Aku tahu ini memang kerja kau! Kau sengaja cari gaduh dengan aku kan? Kau cabar aku sangat!" jerit Nurin. Cengkaman diperketatkan sehingga naik pucat muka Husna.

Melihat keadaan yang semakin rumit, Dato' Isma terus menolak anak perempuannya hingga Nurin terdorong ke belakang. Nafas Dato' Isma turun naik, dia cuba bersabar namun dia tak mampu.

Nurin datang tanpa diundang, membuat majlis anak tirinya huru-hara hanya kerana sekeping gambar. Semua itu memang tak boleh dimaafkan!

"Kamu balik sekarang." Arah Dato' Isma.

Nurin tersentak.

Mahu saja dia menangis di depan ayahnya tapi dia tahan. Dia jadi tertanya-tanya, adakah ayah dia buta sehingga tak nampak betapa zalimnya isteri dan anak tiri kesayangan dia ini buat pada Nurin dan maknya?

"Ayah.."

"Balik, Nurin. Kamu rosakkan majlis Husna dengan perangai kamu yang tak pernah berubah ini. Ayah kecewa dengan kamu. Ayah ingatkan kamu dah berubah, tapi rupa-rupanya..." luah Dato' Isma.

NURIN [c]Where stories live. Discover now