"Rafiq itu... cuma bank bergerak dia saja."
Video yang tersebar di dalam media sekarang ini betul-betul menaikkan nama Nurin Ardina di mata orang ramai. Ada yang berpihak dengan dia, ada juga yang maki hamun dia kerana cemburu dengan kehidupan mewah Husna.
Yana yang menonton video itu sibuk membaca komen di bawah video. Rata-rata yang komen semuanya berpihak dengan Nurin dan mengutuk Husna. Dia tergelak membaca komen dari orang di dalam Facebook.
"Dah kenapa kau gelak sorang-sorang?" Nurin datang bersama dengan sekotak Jenga di tangan.
"Takde apa, aku tengah baca komen orang pasal video kau itu. Kelakar lah bila diorang asyik kutuk Husna. Mesti kawan itu tengah stress kan? Kes putus tunang tak habis lagi, tambah pula dengan kes bank bergerak. Sekarang semua orang pandang serong dekat dia."
Yana menyerahkan telefon bimbitnya untuk Nurin baca komen yang tadinya dia baca. Terhibur hati dia membaca komen-komen itu. Nurin hanya melihat komen-komen itu sekilas lalu.
Malas dia nak ambil tahu tentang Husna. Apa yang patut dia fikirkan sekarang adalah tentang rancangan mereka untuk jatuhkan Datin Salina dan Husna sekaligus. Dia tak mahu melengahkan masa tapi dia juga perlu tahu rancangan Datin Salina.
"Biarlah dekat dia, aku malas nak tahu. Jom main Jenga?"
Yana meluncur ke atas katil bersebelahan Nurin. Pelik, baru malam ini Nurin ada hati nak bermain Jenga sedangkan sebelum ini dialah yang paling tak suka bermain permainan itu. Katanya, dia tak suka bila blok-blok jatuh, nanti kena susun semula. Dah makan masa.
"Kau sebenarnya tertekan sebab apa ini?"
"Tertekan?" Nurin menjongketkan kening.
Yana pula menganggukkan kepala. Kalau Nurin tiba-tiba ajak bermain game, maksudnya dia tengah tertekan dengan sesuatu di dalam kepala. Mesti ada benda yang dia tengah fikirkan sekarang ini.
"Cuba cerita dekat aku. Kau stress ke?"
Kotak Jenga Nurin biarkan di atas meja bulat. Dia berguling di atas katil sehingga sampai ke peha Yana. Kepala dia letakkan ke atas peha gadis itu dan dia memeluk badan Yana.
Yana biarkan saja Nurin berbaring dalam posisi itu. Rambut ikal mayang Nurin dia sentuh dengan lembut. Dia tahu Nurin tengah ada masalah tapi mungkin berat mulut nak ceritakan kepada Yana.
"Aku risaukan ayah aku."
Kan? Macam yang Yana sangka, Nurin ada masalah dan masalahnya adalah tentang keselamatan ayah dia sendiri. Nurin ini nampak saja benci dengan Dato Isma tapi jauh di sudut hatinya, dia hanya mahukan kasih sayang dari ayah sendiri.
"Nurin, masa aku suruh kau serahkan semua bukti dekat pihak polis, kau tak nak. Kau nak Husna itu mengaku salah depan mata kau sendiri. Sekarang bila rancangan kita dah hampir berjaya, kau pula yang gelisah. Aku tak nak kau rasa macam ini." Yana meletakkan kepalanya di bahu Nurin pula.
Mereka sama-sama mengeluh.
Bukan hanya Nurin yang risaukan keadaan ayahnya, Yana juga turut risaukan keadaan Mak Jah di kampung. Kalau ikutkan otak gila Datin Salina, dia itu sanggup menjatuhkan orang yang sayangkan Nurin kalau itu yang boleh membuatkan Nurin melutut di hadapannya.
"Sekarang diorang mesti tengah rancang sesuatu dan gunakan ayah aku sebagai umpan. Aku risau kalau diorang cuba apa-apakan ayah aku, Yana."
Sejak awal perancangan Nurin lagi, dia seboleh mungkin mencuba untuk elakkan daripada ayahnya terlibat sama dalam hal ini tapi susah untuk mengecualikan ayah dia dari masalah ini.
YOU ARE READING
NURIN [c]
Short Story☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidu...