Bab 23

2.3K 149 1
                                    

"Irsyad.." Puan Mawar menegur dari belakang. Irsyad menoleh dan menghadiahkan senyuman hambar kepada wanita itu, tak mahu resahkan hatinya.

Puan Mawar ambil peluang ini untuk menatap betul-betul air muka anak lelaki itu. Sejak dia sampai ke rumah Puan Mawar, Irsyad tak banyak bercakap macam selalu. Lelaki itu hanya bertanya soalan yang biasa ditanya dan kemudian termenung di depan tangga.

"Kamu ada masalah ke, Irsyad?"

"Tak.. tak ada, Ibu." Irsyad tipu.

Hati dia gundah-gulana memikirkan keadaan Nurin yang sedang tersepit sekarang ini. Suara dan tangisan Nurin di dalam keretanya hari itu membuatkan dia tersedar tentang satu perkara.

Nurin Ardina itu perempuan yang punya hati yang lemah. Di depan orang, dia bertopengkan watak yang kuat dan keras tapi tak ada sesiapa yang tahu Nurin sebenarnya lebih lemah nak dibandingkan dengan pokok bunga.

Kalau saya mati sekalipun, macam yang awak kata... tak ada sesiapa yang akan meratap pemergian saya.

Irsyad rasa bersalah kerana berkata kasar dengan Nurin tempoh hari. Pergolakan perasaannya membuatkan dia hilang pertimbangan dan tak bijak mengawal emosinya. Sudahnya Nurin terasa dengan dia.

Saya cuma minta awak tolong selamatkan ayah saya dari dia.

Keluhan dilepaskan. Apa sebenarnya yang berlaku dalam keluarga Nurin? Dia sendiri dengar apa yang Dato Isma katakan kepada Nurin dahulu. Nada suara yang penuh dengan gertakan dan ugutan itu membuatkan Irsyad percaya hubungan mereka tak baik.

Datin Salina.

Kalau kau tak nak gugurkan benda itu, aku akan pastikan kau sengsara, Nurin.

Tak sangka perempuan yang menjadi tokoh kepada masyarakat punya sisi gelap yang tak ramai tahu. Di depan media, bukan main lagi cerita Datin Salina diangkat tinggi. Tapi sekarang di mata Irsyad, wanita itu hanya ada sisi jahat.

Setahu Irsyad, Nurin dan Datin Salina memang tak seiring sejak dulu. Ada yang kata, Nurin itu yang selalu buat perangai sehingga dia diusir keluar dari rumah keluarganya. Ada juga yang kata, Datin Salina bomohkan Dato Isma dan sengaja membuang Nurin dari keluarga.

Ring! Ring!

Telefon bimbitnya bergetar di atas meja kopi. Nama yang tertera di skrin membuatkan dahi Irsyad berkerut. Kenapa tiba-tiba saja Azam menelefon dia?

"Hel-"

"Irsyad! Nurin accident!"

"Hah?!" Spontan dia bangun dari kerusinya.

Puan Mawar yang berada di halaman rumah bersama dengan anak-anak yang datang mengaji ikut terkejut dan segera mendekati Irsyad.

"Apa maksud kau?" Irsyad tanya.

"Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Apa yang aku nak kau buat sekarang, bawa Puan Mawar dan Mak Jah jauh dari kampung."

Irsyad memandang Puan Mawar yang berdiri di sebelahnya. Apa kaitannya Puan Mawar dan Mak Jah dengan kemalangan Nurin?

"Kau dengar tak?!" Azam dah bagai nak terkeluar anak tekak menjerit di dalam telefon. Sungguh dia cemas saat ini memikirkan keselamatan ibunya di kampung.

Nurin pernah bagitahu, kalau ada apa-apa terjadi dekat dia, Azam mahupun Yana perlu pulang ke kampung dan bawa Mak Jah keluar dari situ kerana Nurin tahu Datin Salina pasti akan apa-apakan mereka.

Tapi dia tak mampu berfikir lebih lanjut apabila mendapat berita yang Nurin hilang selepas keluar seorang diri untuk ke kafenya. Otak Azam terus jammed. Disebabkan itu dia telefon Irsyad. Lantaklah lelaki itu nak kata apa, janji Mak Jah selamat.

NURIN [c]Where stories live. Discover now