Husna berpeluk tubuh. Dia memandang satu per satu manusia yang ada di depannya dengan pandangan menjengkelkan. Gula-gula getah yang sedang dikunyah membuatkan dia ternampak lebih jahat berbanding sebelum ini.
Azam menarik adik perempuannya, Yana ke belakangnya. Husna ini bukan boleh diramal, yang dia ingin serang adalah Nurin tapi yang akan terkena serangan tersebut samada dia ataupun Yana memandangkan Nurin pandai mengelak.
"Kau buat apa dekat sini?" tanya Nurin.
Husna mara ke depan, betul-betul di depan Nurin. Dia mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan berita yang sekarang ini sedang hangat dibicarakan di media sosial.
Nurin membaca berita tersebut sekilas lalu. Keningnya terangkat, itu saja reaksi yang dia berikan. Setakat berita macam ini, tak bagi kesan apa pun dekat dirinya.
"So?" Telefon itu diserahkan semula kepada Husna.
Bagaikan tak percaya dengan reaksi Nurin, Husna menjerit geram. Sepatutnya Nurin terkejut dan jatuh terduduk, meratap nasib malang yang akan bertambah malang sebentar lagi. Bukannya buat tidak kisah dengan apa yang terjadi sekarang ini.
"Kenapa, Nurin?" tanya Azam. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku lagi-lagi apabila Husna menjerit bagaikan Nurin memukul wanita tersebut.
"Nurin Ardina. Azam Khalid."
Mereka berdua serentak menoleh, memandang pemilik suara yang memanggil mereka dengan nada serius. Kelenjar adrenalin masing-masing mula aktif, air liur yang ditelan terasa kesat. Lidah masing-masing menjadi beku.
Nurin membawa Azam ke belakangnya. Dia tahu apa yang Dato' Isma cuba lakukan. Tak cukup dengan semalam, hari ini ayahnya datang menyerbu rumahnya lagi.
"Ayah nak apa datang sini?"
"Ayah datang disebabkan berita itu. Kenapa kamu ini langsung tak perhatikan sekeliling kamu? Susah sangat ke untuk kamu dengar cakap ayah?" tanya Dato' Isma.
Husna yang tadinya berdiri di depan Nurin, bertukar tempat, berdiri di pangkuan ibunya, Datin Salina. Apa lagi yang wanita tua itu boleh lakukan selain berlakon baik di depan ayah Nurin.
"Heh! Disebabkan berita yang tak seberapa ini, ayah datang malam-malam buta macam ni? This is nonsense lah. Ayah sendiri tahu hubungan Nurin dengan Jam macam mana, so why should you be afraid? Nurin bukan buat benda tak elok pun dengan Jam. Kan, Jam?"
Azam mengangguk.
"Kalau sampai berpeluk depan orang itu, dikira baik lagi ke?" sampuk Datin Salina.
"Betul! Oh, lupa! Kau kan memang jenis 'meliar' depan orang. Careless. Buat ikut sedap hati, janji kau gembira. Biar aku tanya kau, kau ni seronok ke sakitkan hati ayah dengan perangai kotor kau ni?" tanya Husna dengan lantang.
Nurin mengenggam buku limanya. Nafasnya turun naik mendengar setiap bait kata yang dilontarkan dari mulut senget Husna itu.
"Kira baguslah aku meliar depan orang, daripada kau." Nurin berpeluk tubuh. "Kau bukan suka meliar dalam diam ke?"
Pertanyaan Nurin membuatkan Husna bengang. "Kau!"
Husna mengangkat tinggi tangannya untuk menampar Nurin tapi terhenti apabila Nurin tak berganjak dari tempatnya malah dia makin mendekati Husna seolah-olah memang itu yang dia mahu Husna buat di depan ayah mereka.
"Nurin, ayah tengah bercakap dengan kamu sekarang ni."
Nurin menoleh memandang ayahnya. Dato' Isma sedikit pun tidak memandang Azam yang sememangnya ada di hadapannya.
YOU ARE READING
NURIN [c]
Short Story☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidu...