Bab 28

2.6K 137 0
                                    

Mesyuarat bersama dengan ahli BOD diadakan pagi ini bagi menentukan semula status pemegang saham syarikat serta pertukaran beberapa jawatan dalam syarikat selepas dirombak semula.

Dato Isma selaku CEO melabuhkan punggung di kerusinya. Fail yang dia perlukan semuanya tersusun kemas di atas meja. Setelah dua jam lebih berbincang dengan semua ahli BOD, dia memaklumkan bahawa Husna akan menjadi CEO apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri dari Ismacode Sendirian Berhad.

Datin Salina yang turut menghadiri mesyuarat itu tersenyum puas mendengar keputusan suaminya untuk meletakkan Husna di dalam jawatan tertinggi syarikat. Bukan itu saja, dia sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat selama tiga tahun berturut-turut.

Selesai bermesyuarat dengan ahli BOD, Dato Isma berjumpa pula dengan peguamnya bersama Datin Salina di pejabatnya. Borang yang peguamnya berikan dibaca dengan penuh khusyuk.

Sekiranya pemilik harta yakni Isma Abdul meninggal dunia, 70% dari harta milik Isma Abdul akan diserahkan kepada Salina Osman. 25% dari harta tersebut akan diserahkan kepada Nurin Ardina selaku pewaris harta Isma Abdul. Baki selebihnya akan didermakan kepada pusat kebajikan yang dipilih oleh pemilik harta sendiri.

Datin Salina menunggu suaminya menandatangani borang tersebut. Tak sabar rasanya bila harta Isma jatuh ke tangannya. Dato Isma setuju dan menandatangani borang tersebut dengan rasa berat hati.

"Bagus!" Datin Salina melihat borang tersebut dengan penuh girang.

Hatinya melompat keriangan melihat digit yang tertera di dalam borang tersebut. Tanpa segan silu, Datin Salina menepuk bahu peguam Dato Isma.

"Kalau anak kandung dia, si Nurin itu tak nak bahagian dia, saya boleh ambil ke?"

"Sal." Dato Isma menegur.

Belum apa-apa, isterinya dah fikir untuk mengambil bahagian Nurin. Marah macam mana pun Dato Isma kepada Nurin, dia tak akan pernah mengabaikan Nurin walaupun gadis itu tak selalu ada di depan matanya.

Dia tak mahu, satu saat nanti bila dia sudah tiada di dunia, Nurin terngadah seorang diri tanpa tempat bergantung. Bahagian Nurin itu dia tak mahu ada sesiapa pun usik. Biar tuan badan sendiri yang beri keputusan samada dia mahu atau tak.

"Apa? Saya tanya aje, mana tahu si Nurin itu tak nak. Dia kan tak suka ambil harta awak. Kalau dia tak nak, bolehlah saya bagi dekat Husna."

"Maaf, Datin. Pasal itu, kita kena dengar sendiri jawapan dari Cik Nurin. Kalau dia tak mahu ambil harta tersebut, harta itu akan diberikan kepada pusat kebajikan yang Dato Isma sudah pilih." Peguam Dato Isma mencelah.

"Saya bukan nak doakan benda yang tak baik dekat anak tiri saya. Tapi kalau contoh dia terlibat kemalangan, then mati. Bahagian dia itu tetap akan diberikan dekat pusat kebajikan ke?"

"Salina, enough! Awak tak reti bersyukur ke dengan apa yang awak ada? Takkan awak nak Nurin itu tak ada apa-apa bila saya mati nanti?" Dato Isma memarahi isterinya.

Datin Salina julingkan mata ke atas dan buat-buat tak dengar. Dia dah dapat apa yang dia nak malah lebih dari apa yang dia minta cuma dia masih tak puas hati apabila Nurin masih mendapat sebahagian harta suaminya itu. Dulu dia juga yang tak mahu mengaku Dato Isma itu ayah dia kan?

"Saya balik dulu, Dato. Kalau ada apa-apa, saya akan telefon Dato."

Dato Isma menganggukkan kepala. Dia menghantar peguamnya pergi dengan pandangan mata saja. Selepas peguam itu pergi, dia memandang pula Datin Salina. Kepala automatik digelengkan.

"Awak boleh tak hormat saya depan orang ramai? Tak kisahlah kita ada dekat ofis atau dekat mana sekalipun. Saya ini suami awak, Salina."

"Cut it off! Tak payah nak ingatkan saya tentang itu. Saya ini bukannya nyanyuk sampai tak tahu suami saya itu siapa. Asyik nak ulang benda yang sama aje. Bosanlah duduk dengan awak! Lagi bagus saya pergi bersembang dengan kawan-kawan saya. Hergh!"

NURIN [c]Where stories live. Discover now