Bab 20

2.7K 147 2
                                    

Pagi ini Nurin mendapat berita cemas daripada Azam. Semua appointment yang sepatutnya dia hadiri hari ini terpaksa ditangguhkan untuk memberikan keutamaan kepada benda yang lebih penting.

Kasut tumit tinggi yang Nurin pakai berdetak kuat di atas lantai, menunjukkan betapa dia dalam keadaan kelam-kabut ingin cepat sampai ke tempat dimana Azam sudah menunggu. Pintu kaca ditolak ke dalam dan terus terjegul muka Azam, Yana dan seorang lelaki yang Nurin tak kenal.

"Nurin, aku kenalkan ini Hazmi, personal investigator (PI) yang akan bantu kita."

Hazmi berjabat tangan dengan Nurin.

"Hazmi ini penyiasat upahan yang aku upah. Aku minta tolong dia untuk siasat kes wayar brek kereta kau itu putus. Aku yakin ada orang yang cuba sabotaj kau, Nurin."

"Apa maksud kau, Jam?" Nurin bertanya.

Dia tak mahu lengahkan masa yang ada. Dari apa yang Azam katakan tadi, nampak macam dia dah jumpa sesuatu.

"Husna. Aku rasa dia adalah dalang di sebalik insiden itu."

"Betul. Tak ada orang lain selain Husna yang nak tengok kau sengsara, Nurin." Yana mencelah.

Dia segera membuka laptopnya dan ditolak kepada Nurin bagi memudahkan rakannya melihat satu video yang mereka dapat dari Hazmi.

"Ini rakaman CCTV depan rumah Dato Isma."

Skrin laptop terus memaparkan video dimana ada seorang lelaki mendekati bahagian depan kereta Nurin bersama dengan pemotong wayar di tangan. Empat pasang mata fokus melihat video tersebut.

Nurin sedang bergaduh dengan Husna manakala Azam pula bertindak cuba untuk menjauhkan Nurin daripada Husna jadi tak ada sesiapa pun yang perasan lelaki itu sedang memotong wayar brek di bawah kereta Nurin.

"Cepat betul lelaki ini buat kerja. Zup zap zup zap dah hilang." Yana menongkat kepala.

Punyalah dia merenung lelaki itu tapi lelaki ini lagi bijak, bagai mengetahui bahawa ada kamera tersembunyi berdekatan sehingga mereka tak boleh melihat wajah suspek tersebut.

Kalau orang lain fokus melihat lelaki yang memotong wayar brek Nurin, Nurin pula tak berhenti dari melihat Husna. Bila dia lihat dari pandangan kamera ini, Husna seakan-akan sengaja mengalihkan pandangan Nurin supaya membelakangi keretanya sendiri.

"Cuba tengok muka Husna betul-betul." Nurin menunding jari ke arah skrin laptop. Mereka bertiga terus mendekatkan muka untuk melihat Husna di dalam video.

Sama seperti Nurin, mereka nampak Husna sengaja menjauhkan Nurin dari keretanya dalam keadaan yang tengah kecoh dengan pergaduhan mereka berdua. Azam terus menekan butang pause tepat di bahagian Husna membuat eye-contact bersama dengan lelaki itu.

"Siapa lelaki ini? Musykil betul aku." Yana merengus lagi.

Hazmi mencatat apa yang mereka dapat dari rakaman CCTV itu. Dengan cara ini, dia dapat membantu mereka mencari suspek sebenar. Sekarang ini, suspek utama mereka hanya Husna tapi bukti masih tak cukup.

"Nurin, kalau kau ugut Husna dengan video ini, aku jamin dia akan melutut masa itu juga depan kau. Percayalah cakap aku!"

"Itu kalau kau ugut Husna, belum lagi kau ugut Datin Salina itu. Baru diorang berdua tahu langit itu rendah atau tinggi. Haa, puas hati aku!" Yana ikut mencelah apa yang abang dia katakan tadi.

Nurin tersenyum sinis. Bagi dia, dengan hanya video ini tak cukup kuat untuk jatuhkan mereka dua beranak. Dia perlukan lebih daripada ini. Setakat rakaman CCTV tak akan membantu Nurin malah hanya akan menyusahkan dia saja.

NURIN [c]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang