Bab 06

2.4K 156 2
                                    

Fail yang berada di tangan langsung tak menarik perhatian Irsyad untuk membaca. Kepalanya asyik memainkan semula pergaduhan dia dan Nurin siang tadi. Dia mencampak fail tersebut dan bersandar di kerusi sambil melihat panorama bangunan luar.

Kusut fikiran, sakit hati, hidup tak tenang. Itu apa yang Irsyad rasakan sekarang ini. Bagi dia, selagi Nurin masih berlegar-legar di luar sana, menjalani hidup seperti manusia yang tak bersalah, selagi itu dia tidak tenang.

Ketukan pintu dari luar menyedarkan Irsyad. Dia segera memberi arahan untuk masuk.

"Tuan Irsyad, long time no see!" Suara mesra rakannya, Haris disambut dengan pelukan erat.

Berseri-seri muka Haris apabila datang menjenguk Irsyad di tempat kerja. Irsyad segera mengemas mejanya yang berselerak, fail-fail tebal yang mengandungi info tentang kes yang dia sedang kendalikan.

"Aku silap timing lagi ke?" tanya Haris, teragak-agak.

Irsyad menggeleng. "Kau sebenarnya.. datang tepat pada waktu aku perlukan kau."

Haris tersenyum bangga. Dia sendiri dapat mengagak keadaan Irsyad sekarang apabila melihat bilik peguam ini bersepah dan tidak teratur. Dalam diam, dia mengeluh.

Kalaulah kau tengok apa jadi dekat Irsyad ini, Dahlia...

Haris melabuhkan punggung menghadap Irsyad. Dia kemudian membuat muka seperti sedang meneka sesuatu. Irsyad tersenyum kecil.

"Kalau kau ada benda nak tanya, kau tanya jelah Haris.."

Terus kawan itu duduk tegak dan berdehem beberapa kali. Dah seperti seorang inspektor polis sedia ingin bertanya soalan kepada suspek.

"Kau kata kau perlukan aku. So apa sebab kau perlukan aku kalini?" tanya Haris.

Keluhan panjang dilepaskan.

Irsyad berfikir sedalam yang mungkin. Perlu ke Haris tahu tentang perkara yang menjadi punca kekusutan kepalanya? Perlu atau tak, dia sendiri perlukan pendengar yang teliti seperti Haris untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Macam ini..."

----------------------------------

Bunyi sudu yang berlaga dengan cawan kerana diputarkan membingit telinga sesiapa saja yang mendengar untuk tempoh yang lama. Lepas secawan air kopi dibancuh, dia ambil lagi cawan kosong untuk membancuh air kopi instant.

"Nurin!! Kau bancuh kopi banyak-banyak ini, siapa yang nak habiskan?"

Kawan serumahnya, Yana merampas cawan yang berada di tangan Nurin. Nurin sendiri tak sedar sejak bila dia mula membancuh kopi sehingga tiga cawan penuh. Dia tersengih kerang busuk.

"Nurin, kenapa dengan kau ni? Pasal abang Azam lagi ke?" tanya Yana dengan nada risau.

Kepala digelengkan.

Malas untuk membuka cerita tentang hal siang tadi, Nurin bergerak ke dalam bilik kerjanya dan meninggalkan Yana seorang diri di dapur. Nasib baik kafe Nurin dan rumah mereka berada berdekatan saja.

Yana mula rasa tak sedap hati. Esok Azam akan dibebaskan, kenapa Nurin masih murung? Dia masih rasa bersalah dengan apa yang terjadi dulu ke? Atau ada benda lain yang Nurin sembunyikan dari pengetahuan dia?

Dia tahu tentang apa yang sudah terjadi, rakannya sendiri yang menceritakan segalanya dan Yana juga tahu Nurin masih rasa bersalah apabila dia sendiri asyik terdengar Nurin menangis setiap kali dia selesai solat.

Sejak insiden itu, Nurin sudah kurang bercakap dan jarang keluar. Tak seperti Nurin yang dulunya ceria dan bertenaga. Keluarga Nurin pula seorang pun tidak tahu tentang insiden itu memandangkan mereka sendiri memutuskan hubungan dengan Nurin.

NURIN [c]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang