Bau bihun goreng dari dapur membuatkan Irsyad terasa lapar. Meja kerja dibiarkan bersepah dengan dokumen yang bertambun. Dia terus turun ke dapur untuk penuhkan perut dahulu. Pinggan yang sudah disediakan di atas meja makan, Irsyad ambil dan bergerak ke dapur.
Adiknya, Imani menghalang Irsyad daripada mengambil bihun tersebut kerana dia tahu abangnya itu akan makan di dalam bilik sambil melihat dokumen untuk kes yang akan dibicarakan dua hari lagi.
"Abang! Disebabkan abang lah, Lisa pun ikut nak makan dekat dalam bilik. Bila Iman larang, ada je mulut kecil molek itu nak melawan. Paklong also eat in the room, Mama"
Imani membuat mimik suara anaknya, Lisa yang berusia 3 tahun itu. Irsyad ketawa senang hati apabila Imani membuka cerita tentang anak buah kesayangannya.
"Lisa, come eat with your beloved Paklong!" Imani memanggil.
Laju saja anak kecil itu berlari ke arah Irsyad dan minta didukung untuk duduk di kerusi seperti mereka berdua.
"Bila Iman balik?" tanya Irsyad.
"Kejap lagi, Iman balik. Lagipun, mana boleh tinggalkan Harith dengan Syafiq itu lama-lama. Nanti rumah jadi macam tongkang pecah pula." Imani mengeluh.
Keluhan itu bukan berpunca dari keluarga kecilnya tetapi lebih kepada keadaan abangnya yang langsung tak terjaga rapi. Ini kalau arwah Kak Dahlia tahu, memang abang dia teruk disembur oleh kak Dahlia.
"Abang, sampai bila abang nak jadi tak terurus ini? Maksud Iman, diri abang memang kemas. Outer side of yours memang kemas tapi the inner side... Persekitaran abang ini, ha.. Kalau Iman tak tergerak hati nak melawat abang, rumah yang mewah macam ini pun orang boleh kata buruk tau!" bebel Imani sambil menyuap makanan ke dalam mulut Lisa.
Irsyad buat-buat tak dengar.
Dia tahu yang lambat-laun adiknya akan buka mulut untuk membebel tentang keadaan rumahnya yang sememangnya bersepah mengalahkan rumah terbiar. Remote tv yang kebetulan ada di meja makan, kerana Lisa membawanya sekali, dia ambil dan menukar rancangan.
Imani menarik muncung. Tengok perangai itu! Tak pernah nak mengalah dengan sesiapa pun!
Siaran tv ditukar berkali-kali sebelum Irsyad menukar semula ke satu siaran yang menarik perhatiannya. Mata aku tak silap tadi, aku rasa aku ada nampak muka dia dekat skrin tv.
"Hartanah terkenal, Dato' Isma pada hari ini membuat sidang media ingin memaklumkan kepada semua tentang status anak perempuannya, Nurin Ardina dengan seorang lelaki misteri bernama Azam. Berita ini hangat diperkatakan oleh orang ramai memandangkan Nurin Ardina adalah satu-satunya pewaris bagi syarikat Ismacode Sendirian Berhad."
"Saya ingin memaklumkan kepada semua, lelaki misteri yang dikenali sebagai Azam ini adalah..."
Jantung Irsyad berdegup kencang. Dia juga ingin tahu siapakah lelaki yang sanggup berpura-pura menjadi hero untuk menutup kesalahan Nurin dalam kes Dahlia.
"....abang susuan Nurin. Azam dan Nurin, mereka masing-masing tahu tentang status mereka sebagai adik beradik susuan sejak kecil lagi. Jadi saya harap semua berhenti membuat spekulasi tentang anak saya."
"Huh, patutlah!"
Meja makan dihentak kuat sebelum dia tersedar yang adik perempuannya juga turut ada bersama. Memang tepat masa dia membuka tv sebentar tadi.
Nurin Ardina binti Isma.
Macam mana aku boleh tak kenal nama ayah perempuan ini? Rupa-rupanya dia ini anak hartanah terkenal. Sebab itu senang-senang dia saja terlepas dari hukuman. Kali ini, kau memang tak akan terlepas dari aku, Nurin.

ANDA SEDANG MEMBACA
NURIN [c]
Cerita Pendek☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidu...