Kotak yang disimpan rapi di bawah katil, Irsyad ambil dan buka. Satu per satu gambar dia bersama Dahlia ditatap dengan penuh rasa rindu yang tiada henti. Raut wajah lembut, senyuman manis berlesung pipit milik Dahlia mampu membuatkan dia terasa tenang.
Buku nota kecil yang sudah bertukar kuning kusam, Irsyad buka. Buku tersebut penuh dengan coretan dan tulisan tangan Dahlia. Macam-macam benda yang Dahlia tulis di dalamnya, contohnya...
Jangan skip makan tau! Love, D.
Saya doakan awak menang kes hari ini, justice is going to win! Double love, D.
Gambar pertunangan mereka yang terselit antara helaian muka surat ditatap. Lama kelamaan, pipinya terasa basah kerana air mata yang turun.
Gambar dia bersama dengan Dahlia dan Puan Mawar di rumah Dahlia, membuatkan dia teringat ketika kes pertama dia menang selepas bertahun-tahun dia menjadi peguam.
"Ibu!" Dahlia memanggil.
"Irsyad, Dahlia. Macam mana kes hari ini?" Puan Mawar bertanya.
Dia sendiri sedia maklum yang hari ini merupakan hari keputusan untuk kes yang Irsyad bertungkus-lumus cuba menegakkan dan menyelamatkan maruah pihak pendakwa.
"Saya menang kes kali ini! Alhamdulillah!"
Puan Mawar turut memanjatkan rasa syukur. Sudah lama anak muda itu mengimpikan keadilan di setiap kes yang dibicarakan. Kali ini dia dapat juga buktikan bahawa keadilan di dunia undang-undang itu ada.
Tapi ada seseorang yang bersedih dan hanya mendiamkan diri sejak tadi. Dahlia duduk di pankin kecil seorang diri sambil berpeluk tubuh. Dia rasa kesian bagi pihak defendan yang didapati bersalah.
"Dahlia, kenapa muka masam je ni?" tanya Puan Mawar sebelum dia melabuhkan punggung di tepi anak perempuannya.
"Irsyad menang kes itu tapi Dahlia tak rasa gembira."
Lelaki itu menjongketkan kening. Kenapa pula tunangnya itu tak rasa gembira? Ini kes pertama yang Irsyad menang sepanjang lima tahun dia bergelar sebagai peguam. Bukan senang untuk dia menang kes ini.
"Kenapa pula?"
"Sebab Dahlia kesian dengan ibu budak itu. Dahlia faham, apa yang budak itu buat salah tapi dia buat bersebab. Dia mencuri sebab nak bagi duit dekat ibu dia.." Dahlia melentokkan kepala ke bahu ibunya.
"Tapi bila Dahlia tengok ibu dia menangis dekat belakang, tengok anak dia dijatuhkan hukuman... Dahlia rasa kesian. Kenapalah dunia ini ada undang-undang jahat macam itu? Hanya menangkan satu pihak, pihak lain menderita. Hm..."
Irsyad yang mendengar hanya tersenyum. Dia bersandar di tepi pankin dan berpeluk tubuh. Sekarang baru dia faham kenapa Dahlia diam saja ketika berada di dalam kereta dan selepas dia selesai dengan kes tengahari tadi.
Tak puas hati dengan keputusan mahkamah rupanya. Irsyad gelengkan kepala.
"Irsyad, boleh tak kalau ada lagi kes macam ini, awak kalah dari awal?"
Bulat mata lelaki itu apabila mendengar permintaan cik tunang. Puan Mawar dah ketawa geli hati dengan cadangan Dahlia. Ya Allah, macam mana Dahlia boleh terfikirkan idea tak masuk dek akal ini?
"So awak tak buat mak pesalah itu sedih. Saya tak bolehlah tengok orang sedih-sedih."
Tangan dibawa masuk ke dalam poket seluar slacknya. Dia bergerak mendekati dua orang anak beranak itu dengan senyuman yang masih terlekat di bibir.
"D, undang-undang yang termaktub ini tak pernah sakitkan sesiapa. Hanya tindakan orang itu sendiri yang menyakiti diri diorang balik. Macam kes tadi, kalau budak itu tak mencuri di kedai emas dan sebaliknya, cari kerja dan bagi duit dekat maknya... mesti dia tak akan terlibat dalam kes ini. betul tak?" Lembut Irsyad bertanya.
YOU ARE READING
NURIN [c]
Short Story☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidu...