Bab 02

3.3K 171 0
                                    

Suara teriakan bayi di ruang tamu membuatkan Imani dan suaminya bergegas untuk mendapatkan bayi mereka. Orang lain sedang sibuk dengan kerja masing-masing, jadi mereka tak mahu susahkan sesiapa.

"Sayang? Mana anak kita?" tanya Imani, hairan apabila melihat buaian yang hanya ada botol susu kosong.

Katil anak perempuannya juga sama. Kosong, tuan katil hilang. Syafiq menjongketkan bahu. Kalau tanya dekat dia, macam mana dia nak jawab kalau dia pun sibuk menyusun meja di luar rumah.

Imani bergerak ke kawasan belakang rumah ibunya yang mempunyai taman mini, khas dibuat untuk anak perempuannya. Dia menarik nafas lega apabila melihat bayinya berada di pangkuan abangnya.

Anak perempuannya, Lisa berlari mendapatkan Imani. Dia mendukung Lisa dan melabuhkan punggung di sebelah abangnya yang dari tadi tak henti-henti mendodoikan Harith yang sememangnya sudah tidur.

"Encik Irsyad, jangan manjakan sangat Harith ini. Nanti mak dia yang susah, nak kena dodoikan dia setiap kali dia merengek." Tegur Imani.

Kening abangnya berkerut. "Merengek ke macam itu? Abang considered sebagai menangis. Kesian dekat anak menakan Paklong ni... Mama dia tak sayang dia.."

Imani menampar lembut bahu abangnya. Banyaklah tak sayang! Muka comel Harith dia tatap dengan penuh kasih.

"Mak mana yang tak sayangkan anak, abang? Semua mak dalam dunia ini sanggup gadaikan nyawa sendiri untuk pastikan anak-anak dia bahagia." Imani mencium pipi Lisa yang ralit bermain dengan anak patungnya.

Irsyad mengangguk, setuju dengan apa yang adik perempuannya katakan. Lama dia mendukung anak buahnya, dia serahkan semua kepada Imani. Lama dia berehat daripada memasang khemah untuk majlis akikah Harith.

"Abang" Imani memanggil.

Mereka saling bertukar pandangan sebelum Imani bertanya tentang sesuatu.

"Abang tak lupakan, Imani ada suruh abang ajak Kak Dahlia datang majlis akikah Harith?" tanya Imani, mahukan kepastian.

Dahi ditepuk kuat. Irsyad beria-ria berlakon seperti dia terlupa di depan Imani sedangkan Dahlia adalah orang pertama yang dia jemput sebelum orang lain untuk datang ke majlis akikah ini.

Melihat riak muka Imani yang masam, Irsyad mencuit dagu adiknya sambil tersengih.

"Abang ajaklah.. Adik lupa ke, abang ini siapa? Kalau abang ini pelupa, abang tak layak digelar..."

Imani dengan mata dijuling ke atas menyambung percakapan abangnya. "Peguam Terbaik Satu Malaysia. Tak ada sesiapa boleh lawan Encik Irsyad kita ini dalam kes-kes rumit, mesti dia yang menang punyalah!"

Imani memuji secara lebih-lebihan walaupun dia sendiri tak mahu. Bahu abangnya dilanggar kuat membuatkan abangnya terdorong ke belakang. Irsyad tergelak melihat kerenah adiknya.

"Tapi, adik tahu yang Encik Peguam Terbaik ini ada satu kelemahan."

Imani mula menayangkan senyuman nakalnya, membuatkan Irsyad mula tak senang duduk. Apa pula kelemahan dia? Setahu Irsyad sendiri, dia tak punya banyak kelemahan.

"Kelemahan Encik Peguam kita ini adalah..."

Telefon abangnya yang berbunyi, Imani rampas dengan segera. Nama yang tertera di skrin telefon abangnya membuatkan dia senyum senang hati.

"Orang inilah kelemahan Encik Peguam." Bisik Imani sebelum dia serahkan semula telefon kepada Irsyad dan membawa Lisa dan Harith masuk ke dalam rumah.

Irsyad menggelengkan kepala dan terus menjawab panggilan daripada Dahlia.

"Helo, Dahlia.."

-------------------------

NURIN [c]Where stories live. Discover now