Bab 25

2.5K 134 6
                                    

"Macam mana diorang boleh hilang tanpa dapat dikesan?! Korang ini buat kerja ke tak?!" Lantang suara Datin Salina memarahi dua orang lelaki yang ditugaskan untuk memerhatikan gerak-geri Nurin.

"Maaf, Datin. Masa kami sampai ke rumah Puan Mawar, kawasan itu dah dikosongkan. Kami pergi ke rumah mak Azam pun, sama juga."

Datin Salina menggenggam buku lima sehingga naik kuning jari-jemarinya. Mustahil Nurin sudah tahu yang dia hantar pengintip ke kampung Azam. Bukan setakat Mak Jah, malah Puan Mawar juga tak ada.

"Saya rasa Cik Nurin tahu pasal rancangan Datin."

Datin Salina menjeling tajam ke arah pengintipnya. Bercakap itu ini pandai tapi bila dikerah suruh buat kerja, hapak! Buang duit saja upah mereka berdua kalau mereka tak bertindak lebih pantas dari perempuan tak guna itu.

"Kalau korang berdua buat kerja betul-betul, tak adalah dia nak tahu pasal benda ini! Yang tercongok lagi depan aku ini kenapa? Pergilah cari diorang sampai jumpa!" tengking Datin Salina.

Mereka berdua segera keluar dari pejabat Datin Salina. Berpeluh dibuatnya apabila berada di satu tempat yang sama dengan naga betina itu.

Datin Salina memusingkan kerusi dan menghadap tingkap, cuba untuk menenangkan fikiran dan perasaan resah yang muncul di hati. Kalau Nurin tahu, maksudnya Nurin pasti akan balas balik dengan cara yang lebih dahsyat darinya.

Ketukan dari luar pintu membuatkan wanita itu menoleh. Setiausaha Datin Salina, Ika masuk ke dalam selepas Datin Salina memberi isyarat kepadanya. Fail yang ada di tangan dia letakkan di hujung meja Datin Salina.

"Ada apa-apa lagi ke, Ika? Saya nak rehat sekejap, jangan bagi sesiapa masuk melainkan kalau ada urusan penting." Datin Salina bersandar di kepala kerusinya.

"PA kepada Dato Isma datang dan dia kata, dia ada urusan yang perlu dibincangkan dengan Datin. Kalau Datin tak nak diganggu, saya boleh setkan new appoinment untuk Datin."

Adib? Setelah hampir seminggu dia lesapkan diri, tanpa khabar berita tentang Nurin, baru sekarang lelaki tak boleh harap itu nak muncul? Huh.

"Panggil dia masuk."

Ika menundukkan kepala sebagai tanda hormat dan terus keluar ke kaunter depan untuk memanggil Adib masuk ke pejabat Datin Salina.

Tak sampai lima minit, Adib pula mengetuk pintu kaca itu dengan muka serius. Datin Salina menggunakan jari mengarahkan lelaki itu masuk. Adib menarik nafas dan cuba bertenang supaya Datin Salina tak mengesyaki apa-apa.

"Seminggu kau menghilang, baru hari ini kau nak tunjuk muka."

Datin Salina mengetuk jarinya di meja. Wajah angkuhnya terserlah ditambah pula dengan sakit hati tentang laporan yang penyiasat upahannya beri setengah jam yang tadi. Melihat muka tenang Adib membuatkan dia rasa sakit hati.

"Tujuan saya datang ke sini adalah untuk maklumkan kepada Datin, saya dah ada duit yang cukup untuk bayar semua baki hutang yang Datin minta." Adib kekal dengan postur tenangnya.

Senyuman sinis terbit di muka wanita tua itu. Mustahil Adib boleh kumpulkan duit dalam masa yang singkat. RM150 ribu, jumlah itu bukannya boleh dikumpulkan dalam masa yang sekejap kalau nak dibandingkan dengan gaji yang Adib peroleh.

"Kau pinjam dari Ah Long semata-mata untuk lari dari aku kan?"

Adib gelengkan kepala. Dia taklah bodoh sangat untuk pergi pinjam duit dengan Ah Long. Lebih baik dia jual saja organ badan dia daripada pinjam dengan pemiutang yang kejam dan tak berperikemanusiaan itu.

"Saya kumpulkan duit saya sejak hari pertama saya bekerja di dalam syarikat Dato Isma. Lepas saya dinaikkan pangkat menjadi PA Dato Isma, gaji saya bahagikan..."

NURIN [c]Where stories live. Discover now