Bab 21

2.4K 144 3
                                    

Bang!

Datin Salina meluru masuk ke dalam pejabat suaminya dengan mengheret Husna di tepi. Pekerja yang sedang berbincang tentang projek baharu bersama dengan Dato Isma terpaksa keluar apabila melihat muka bengan Datin Salina.

"Kenapa dengan awak ini, Sal?" Dato Isma meletakkan kaca matanya ke atas meja.

Dia cuba membaca air muka isterinya yang keruh itu. Tak ada angin, tak ada ribut, main sedap hati saja menerjah masuk tanpa memikirkan pekerja lain yang berada di dalam biliknya.

Husna ditarik ke depan dan dipaksa menayangkan muka yang lebam. Hujung mata, hujung bibir sehingga ke tulang pipi lebam dan bengkak. Mata Dato Isma terus terbuka luas, terkejut melihat muka anak tirinya teruk macam itu sekali.

"Kenapa dengan muka kamu, Husna? Siapa yang buat semua ini?" tanya Dato Isma dengan nada risau.

"Huh, awak boleh tanya lagi siapa?" Datin Salina bersandar geram di kerusi.

"Apa maksud awak, Sal?"

Dato Isma masih tak faham dengan hint yang Datin Salina cuba berikan. Siapa saja yang berani nak tumbuk muka anak tirinya sampai teruk macam ini? Mustahil kelab anti peminat Husna yang serang.

"Ayah inikan! Siapa lagi kalau bukan Nurin?! Dia serang Una dekat office Una semalam!" Husna menjerit.

Kenapalah ayah tiri dia ini terlampau blur sangat? Ada orang lain ke selain Nurin yang berani meletakkan tangan kotor itu ke muka Husna?

"Nurin?" Kening Dato Isma berkerut.

Mustahil itu semua perbuatan Nurin. Dato Isma tahu, walaupun Nurin itu mempunyai personaliti yang dingin dan tak ambil peduli tentang orang lain, Nurin tak pernah angkat tangan sesuka hati kepada orang melainkan...

"Kamu buat apa sampai dia serang kamu, Husna?"

Anak beranak itu terus buat muka tak percaya. Tak percaya dengan apa yang baru saja Dato Isma tanyakan tadi. Nampak sangat Dato Isma bulat-bulat tak percayakan mereka berdua.

Payah betul nak lembutkan orang tua ini! Desis hati Datin Salina.

"Abang, Nurin itu yang datang ke pejabat Husna dan dia yang serang Husna. Husna cuma suruh dia keluar dari pejabat saja. Dia tak layak pun tunjuk muka dia dekat dalam syarikat kita anak beranak."

"Betul!" Husna menyokong apa yang ibunya katakan.

"Siapa kata dia tak layak?"

Mereka berdua terdiam.

Lain macam suara Dato Isma ketika mengajukan soalan tersebut. Syarikat yang Husna kendalikan sekarang adalah anak syarikat kepada syarikat Dato Isma. Kalau betul pun itu syarikat Husna, kenapa orang lain yang berikan keputusan penting dalam setiap mesyuarat?

Itukah yang dipanggil syarikat anak beranak dalam kepala mereka berdua? Dato Isma menghela nafas panjang. Dia letih dengan drama Datin Salina dan Husna, hampir setiap hari mereka akan mengadu tentang Nurin sampai Dato Isma sendiri tak tahu samada nak percaya atau tidak.

"Awak tak percaya anak kesayangan awak itu datang dan serang Husna? Saya datang ke sini bukan saja-saja, saya datang dengan bukti. Awak tengoklah sendiri!"

USB yang Nurin tinggalkan semalam dia campak ke meja suaminya. Dengan anak suaminya, dia tak habis geram lagi. Ditambah pula dengan suaminya. Makin bertambah geram dan dendam di dalam hati.

"Nurin ugut Una, suruh Una serahkan diri ke balai polis atas sebab sabotaj. Kononnya dengan bukti yang Nurin ada sekarang, Una tak boleh pergi ke mana-mana selain balai polis. Masalahnya, Una tak buat pun semua ini!" Husna membela diri.

NURIN [c]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang