CERPEN - 1

3.9K 50 2
                                    

"Oopss! Sorry!" Ucap seorang wanita sebelum mengutip semula kertas-kertas yang berteraburan di lantai. Aiman yang sedari tadi merenung wanita itu,terus tersedar.

Dia menolong wanita itu mengutip kertas kerja kawannya yang terjatuh. Wanita yang bertudung labuh itu menarik perhatiannya. Nampak sopan dan lembut.

"Nevermind. Saya yang kalut tadi." Ujar kawan Aiman,Aziema.

Wanita itu merenung dua figura di hadapannya,sekarang. Perasannya bercampur-baur.

"By the way,what's your name?" Soalan itu menyentakkan wanita itu dari lamunan.

"Ros." Aiman tidak pasti riak wajah wanita itu kerana dilitupi niqab. Wanita itu terus berlalu pergi.

"Man!" Aiman tersengih ke arah rakannya itu.

"Tenung macam nak telan." Aziema menggeleng.

Aiman membetulkan kaca matanya melorot ke hidung. Wanita itu mampu membuatkan debaran di dada semakin bertambah.

"Jom,karang client kita lari." Seloroh Aziema.

Aiman mendecit geram. Suka sangat kenakan dirinya.

---

"Aiman,mama nak cakap sikit. Sinilah." Ujar Puan Sakinah. Anaknya,Aiman hanya menuruti. Dia mengambil tempat bertentangan Puan Sakinah.

"Apa,mama?"

Puan Sakinah senyum.

"Mama dah pinangkan seorang perempuan untuk kamu macam yang kamu minta." Aiman mengangguk.

"But,korang terus kahwin dan tak boleh jumpa langsung. Faham?"

Aiman tercengang.

"Mama,are you serious?"

"Yes." Jawab Puan Sakinah.

"But,why?" Aiman masih tidak puas hati.

"Dia tu sopan sayang and tak bergaul langsung dengan orang." Aiman mengeluh.

"Takpelah. Nak buat macam mana? But,thanks,mama. I know mama akan pilih the best untuk Man."

Puan Sakinah memandang anaknya. Dia mengukirkan senyuman.

"Before I forgot,minggu depan,pilih warna baju,fitting baju,cari cincin kahwin and cari barang hantaran sekali." Aiman mengiyakan kata-kata mamanya.

"Beres mama! Don't worry." Puan Sakinah ketawa.

Aiman senyum payah.

Hatinya dah terpaut dengan wanita pagi tadi. Tapi,tidaklah dia begitu kejam untuk menolak apa yang dia minta pada mamanya.

Dia terpaksa korbankan perasaannya dahulu. Aiman mula reda dengan ketentuan-Nya.

---

"Aku terima nikahnya Ros Ayuni binti Abdul Rashid berwalikan ayahnya dengan mas kahwin RM 3000 tunai."

Sekali lafaz akad disebut dengan lancar dan Aiman sudah bergelar suami kepada isterinya. Aiman berkali-kali mengucap syukur.

"Sah?"

"Sah!" Jawab para saksi,hampir serentak.

"Alhamdulillah." Para tetamu mengucapkannya dan setelah itu mereka mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi.

"Aiman,pengantin perempuan ada di dalam." Beritahu Encik Abdul Rashid.

Aiman memasuki bilik yang dimaksudkan oleh ayah mertuanya,tadi. Saat pintu dibuka olehnya,dia menjengah sedikit kepalanya dan terlihat seorang wanita duduk menunggunya di birai katil.

cerpenWhere stories live. Discover now