V1 - HYT (BAB 3)

505 17 0
                                    

Keesokan harinya, kelibat Wan Huzairi langsung tak kelihatan. Sedikit hampa hatiku. Mungkin Arie sibuk mengendalikan aturcara kem bina semangat di bawah kelolaan syarikatnya. Aku cuba mengusir minda dari terlalu memikirkan Arie padahal hatiku seakan tak sabar-sabar hendak bertentang mata dengannya. Mahu renung wajah kacak itu lagi.

Di sebelah malam, sewaktu sedang bertugas di Rimba Lounge, Arie dan sekumpulan peserta kem muncul hampir jam 10.00. Sudah selesai agaknya aktiviti untuk hari ini.

Sedar dirinya diperhatikan, Arie angkat tangan padaku dan aku membalas dengan lambaian juga. Ceria benar aku dapat memandang wajah Arie walaupun dari jauh.

Setengah jam kemudian, Arie menghampiriku di kaunter.

"We all nak ke karaoke room. Tunggu I dekat luar pintu lepas you habis kerja nanti. Will you?"

"I will." Janjiku. Seronok tak terhingga bila mana Arie mahu menemaniku lagi malam ini.

Arie tiba tepat-tepat ketika aku baru keluar dari Rimba Lounge.

"Ready?"

"Kita nak ke mana?"

"Jalan-jalan. Esok, I mungkin sibuk hingga ke malam."

Kawasan yang terhad dan di tengah malam begini, aku hanya menemankan Arie ke kawasan sekitar. Hutan tebal di belakang, bimbang juga jika bertembung dengan binatang buas yang sesekali tersesat hingga memasuki kawasan resort. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan, kami diam membisu. Aku berpeluk tubuh sementara tangan Arie selesa di dalam kedua-dua poket seluarnya.

"Seronok ke kerja front desk? You tak rasa nak cari kerja lain?"

"Kenapa you tanya?"

"Kalau you nak kerja di KL, I boleh dapatkan untuk you."

"Arie, kita baru kenal dua hari."

"Apa bezanya kita kenal sehari, setahun atau sepuluh tahun?"

Aku mendengus kecil dan kemudian, aku terkuap perlahan. Cepat-cepat aku tutup mulut dengan tapak tangan.

"I nak balik bilik."

Arie mengangguk walaupun nampak dia agak kecewa bila aku tak berminat mahu menjawab soalannya.

Sekali lagi Arie menemani hingga ke pintu bilik.

"Tak nak jemput I masuk?"

"Er... I letih sangat hari ni. Kita jumpa esok, okey?"

Arie seakan berat ingin melepaskan aku masuk. Aku renung wajah kacaknya, memang menepati cita rasa. Ingin sahaja aku memeluk badan sasa itu ketika ini juga.

"You nak peluk I ke? Dengan senang hati I rela." Arie seolah dapat membaca fikiran nakalku.

Membahang pipiku. Malu sungguh!

"Good night, Risya. Sleep tight." Wajahnya didekatkan ke wajahku. Sangat dekat serasakan bibirnya tersentuh di hujung bibirku.

"Yes, good night!" Cepat-cepat aku jarakkan wajah dan menyelak daun pintu.

Hari ke-3 pun masih begitu. Aku hanya nampak kelibat Arie melambai ketika dia lalu menuju ke Anjung Restaurant untuk makan tengah hari. Mengejar masa barangkali.

Sehingga selesai tugas di Rimba Lounge, Arie tidak muncul-muncul juga buat aku sedikit kecewa. Aku belum sempat minta nombor telefon Arie. Tak mengapalah. Tentu Arie akan datang lagi untuk aktiviti yang lain pula. Harap-harapnya, begitulah.

Pagi terakhir kumpulan Arie berkampung di resort ini, aku bergolek-golek di atas katil dengan komputer riba kesayangan. Entah mengapa aku terjaga awal sedangkan hari ini off day ku. Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Isyyhhh, siapalah yang hendak mengacau aku pagi-pagi buta begini? Agaknya, Azura....

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now