V1 - HYT (BAB 38)

381 3 0
                                    

Semester baru bermula dan aku kembali ke kampus meneruskan rutin harian. Seronok bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan lama. Aku peluk Mila dan Shasha dengan erat. Yang bestnya, Cairel sudah tamat belajar semester lepas. Tinggallah girlfriend gediknya sahaja yang sama batch denganku.

"Aku dengar Doktor Shahrul dah kahwin tau? Last week. Dia tak jemput kau ke?"

"Kahwin? Oh ya ya... aia ada hantar whatsApp tapi masa tu aku kat Cherating. Ada photoshoot."

"Wah... aambar kau pakai bikini ke babe?" Mila berseloroh.

Pap! Lengannya aku tampar.

"Huh kau ni? Ada ke pulak pakai bikini? Memang tak lah kan?" aku melirik ke arah Reimy yang nampak lain. Pakaiannya, gaya rambutnya dan yang paling aku suka dia tidak lagi bercakap terlentok-lentok seperti patah tulang. Nampak sedikit kelelakiannya walaupun suara masih tidak berubah.

"Weh Reimy. Kau bertapa kat mana masa cuti? Lain macam je aku tengok kau Nyah?"

"Haip! Janganlah panggil aku nyah lagi." Berkerut dahiku serta-merta.

"Siapa yang dah ubah kau jadi macam ni?"

Mata Reimy pula melirik pada Shasha dengan senyum simpul di bibir.

"What? Kau dengan Shasha? Biar betul? Astaga! Macam mana aku boleh ketinggalan tren ETS ni? Kenapa tak call aku?"

"Alah, We all tahu kau busy je masa sem break. Macam mana aku nak contact kau? Jomlah masuk, class dah nak mula dah."

Kuliah pertama untuk hari yang pertama, subjek ekonomi dan selepas 5 minit menunggu, akhirnya pintu bilik kuliah terbuka. Dr. Shahrul masuk dengan tenang tetapi jiwaku pula yang berkecamuk.

"Babe, dia ajar kita lah sem ni."

"Aku tahu. Tadi aku dah baca kat papan notis."

Seperti biasa Dr. Shahrul memperkenalkan dirinya sambil mata memerhati di setiap ruang kuliah dan berhenti pada wajahku. Senyuman dihadiahkan tapi aku melarikan anak mata ke arah lain. Dengan kata nista yang dilemparkan kepadaku sebelum ini, perlukah aku membalasnya dengan ikhlas hati?

Selesai sesi kuliah yang pertama, aku cepat-cepat kemaskan buku dan alat tulis dan berdiri.

"Cepatnya kau nak keluar, babe? Kenapa?"

"Aku... aku... aku nak ke tandas. Sakit perut," laju aku melepasi pintu di belakang pelajar lain tanpa menoleh ke belakang. Aku segera ke tandas, walaupun bukan niatku untuk ke situ. Berdiri di depan cermin memerhatikan wajah bimbang kalau-kalau nampak sangat yang tidak kena pada riak wajahku hari ini. Setelah pasti agak lama di situ, barulah aku keluar.

"Farisya!"

Langkahku mati bila namaku diseru Dr. Shahrul. Dia berdiri tegak di depanku kini.

"Farisya masih marahkan saya?"

"Tak ada apa yang perlu I marah. Memang betul lah kata you. I tak layak untuk lelaki sebaik you. I perempuan murahan."

"Maafkan saya kalau Farisya terluka dengan kata-kata saya hari tempohari."

Pantas aku menggeleng. "I kena belajar untuk terima apa jua kritikan. Anyway, congrats! I dengar you dah nikah."

"Ya... saya dah kahwin tapi tak bermakna saya boleh lupakan Farisya. Saya tahu awak sunyi."

"Tak payahlah you risaukan I lagi. Apa yang dah pernah jadi, apa yang pernah kita buat sebelum ni, I dah buang jauh-jauh dan tak mahu ingat apa-apa lagi. Hubungan kita sekarang hanyalah antara seorang pensyarah dan anak muridnya. I pergi dulu Shah, kawan-kawan I dah tunggu."

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now