V1-HYT (BAB 16)

340 7 0
                                    


Sebentar tadi, adikku Fatihah menelefon. Aku mula terfikirkan sesuatu. Fatihah akan memulakan latihan praktikal semester akhirnya di pejabat papa Arie. Hampir terlupa aku beberapa bulan lepas Fatihah ada meminta bantuanku untuk mencarikannya tempat praktikal. Jadi, aku meminta tolong daripada Arie dan untuk 3 bulan seterusnya, aku berharap agar Arie dapat benarkan aku bawa Fatihah tinggal bersama. Selain itu, dengan adanya Fatihah, sedikit sebanyak aku dapat menghindar dari bersendirian di rumah. Tentu sahaja ada alasan jika Amie datang lagi untuk memuaskan nafsu serakahnya.

"Arie."

"Ya, sayang. Ada apa?" tangan Arie di keyboard laptop terhenti. Dia mengelus lembut tanganku di bahunya. Aku kesiankan Arie. Sejak akhir-akhir ini dia terlalu sibuk dengan urusan di pejabat papanya sehingga jarang sekali berada di pejabat sendiri di MW Event Management. Masa terluang untukku juga semakin berkurangan.

"You ingat tak, hari tu I mintak you tolong carikan tempat praktikal untuk adik kembar I, Fatihah?"

"Hurm... Ingat. So what?"

"Macam ni, Fatihah kena start praktikal di pejabat papa you minggu depan. Jadi, boleh tak I bawak Tihah tinggal kat sini. Sementara je, dalam tiga bulan?"

"Of course boleh, sayang! Adik you, adik I juga."

Aku menunduk lebih banyak. Satu ciuman aku hadiahkan ke pipinya. "I takut you tak selesa aje. Yalah... Kalau Tihah ada, takkan kita boleh macam ni, selalu? I mean, tidur sekatil dengan I."

"I pun sekarang terlalu sibuk dengan masalah di pejabat papa. Selalu jugak kena outstation. Bagus juga you ada teman kat rumah ni. Kalau tak dapat tahan sangat, kita boleh sewa hotel."

"Tak membazir ke?" aku beralih ke hadapannya bilamana dia memusingkan kerusi lantas duduk dipangkuannya. Arie peluk pinggangku erat.

"Dengan you untuk ini? I tak rasa membazir langsung." Bibirku, Arie pagut dan seperti selalunya memberi sensasi yang boleh merangsangkan nafsu.

"Lepas I selesaikan problem dekat pejabat papa, kita nikah." Arie bersuara selepas bibirku yang dikuasainya tadi, dilepaskan. Juga, gaun tidurku yang jarang ditarik keluar hingga aku bertelanjang bulat.

Aku sedikit terkejut dengan kata-katanya. "I ingat you tak fikir pasal tu lagi. Dah lama you bawa I datang sini. Ingatkan, you dah selesa dengan cara hidup kita sekarang."

"Takkan selamanya kita nak bergelumang dosa sampai tua, Risya. Kita halakan ikatan kita dan I nak ada anak macam orang lain. Penyambung keturunan I. Lagipun, dah banyak sangat I bazirkan benih I. Langsung tak bercambah." Dia ketawa lucu dengan kata-katanya.

Aku juga turut tersenyum dan memeluknya erat. "Thank you very much. I love you."

"I love you too, sayang." Dan Arie pun menarik pinggangku, membawaku ke dunia indah seperti selalunya.

Hanya menunggu beberapa saat, terus saja panggilanku bersambut.

"Hello sayang, how are you? I miss you baby."

Berbunga-bunga hati mendengar ungkapan rindu di telinga. Sayangku pada Arie semakin menggebu-gebu. "I miss you too. Kejap lagi I nak jemput Tihah dekat TBS. Malam nanti you balik rumah I ya? Er... Sorry, rumah kita."

Arie ketawa lembut. "Ok baby, I pun tak sabar nak jumpa Fatihah."

Dengan itu, aku terus bersiap untuk menjemput Fatihah yang mungkin sampai dalam ½ jam lagi kalau jalan masuk ke Kuala Lumpur tak sibuk.

Tihah kelihatan ceria bila ternampakkan aku yang sedang melambai. Kami berpelukan melepaskan rindu. Agak lama tak berjumpa. Paling akhir, sebelum aku tinggalkan Resort Cahaya. Itupun nasib baik dia sedang bercuti di rumah mama.

TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3Where stories live. Discover now