Tamat kuliah ekonomi, semua pelajar berpusu-pusu mengejar pintu. Aku masih lagi di tempat dudukku.
"Risya, jomlah!" Reimy mengajak aku segera keluar. Selalunya kami akan ke kafe untuk tea break.
Sengaja melambat-lambatkan, aku angkat beg. Biarlah aku yang terakhir sekali keluar dari bilik ini. Memang tujuanku untuk menyapa Dr. Shahrul.
"Er... Farisya, boleh tunggu sekejap?"
Langkah kami berempat terhenti serta-merta. "Korang pergi dulu lah! Nanti aku datang."
"Ok, jumpa dekat kafe." Reimy mengajak kawan-kawanku yang lain pergi dulu.
Aku berpaling semula ke tubuh Dr. Shahrul. Sebaik sahaja terdengar pintu ditutup rapat, terus aku menerpa dan peluk tubuhnya dengan erat.
"Farisya apa khabar?" Dr. Shahrul mengusap belakangku.
"I'm fine. I miss you, Shah."
"I miss you too. Saya terperanjat jugak bila semalam saya baca nama-nama student untuk kelas ekonomi. Saya nampak nama Fariysa. Baguslah kalau Farisya decide nak sambung belajar."
"Arie yang suruh."
"Wan Huzairi? Maksudnya Farisya masih lagi - "
Aku angguk perlahan. Baguslah aku tak perlu menerangkan bagaimana hubungan aku dan Arie kini.
"Pergilah dulu. Kawan-kawan Farisya mesti tengah tunggu. Kita jumpa lain kali, di luar kelas."
"Baiklah, I keluar dulu." Bila aku buka sahaja pintu, 3 orang kawanku yang bersembunyi di sebalik pintu menyergah.
"Hoi!!"
Aku urut dada. Hampir melayang semangatku. "Fuh! Korang ni? Nasib baik tak tercabut jantung aku,"
Beriringan kami mengatur langkah ke kafeteria.
"Tadi, kau buat apa tadi dengan Dr. Shahrul hah?" Mila mahu mengorek rahsia.
"Mana ada apa-apa? Dia tanya khabar. Kalau korang nak tahu, dia tu bekas lecturer aku masa aku ambil online diploma dulu."
"Tanya khabar apa? Kami nampak kau peluk dia." Mila tersengih-sengih.
"Korang skodeng eh? Jahat!"
"Kau lagi jahat. Banyak sangat rahsia yang kau simpan. Cer story sikit?" Mila menambah.
"Nanti-nantilah! Kalau cerita sekarang, sampai esok pun tak habis."
"Betul tak cakap aku, lecturer baru kita tu tersangatlah handsome." Reimy menyampuk.
"Ha-ah!" Shasha dan Mila menjawab serentak. Aku sekadar senyum panjang.
Cairel lagi? Bosan betul! Geram aku bila tiba-tiba sahaja dia muncul di hadapanku.
"Apa lagi kau nak?"
"Kau ni playgirl sungguh, kan?"
"Jaga sikit mulut tu heh? Jangan sesedap hati je nak tuduh orang,"
"Tak cukup dengan sorang jantan, Doktor Shahrul pun kau nak sapu jugak? Aku nampak kau naik kereta dia semalam. Dasar perempuan murah!"
Bibir aku ketap geram. Yang tak sudah-sudah nak menyibuk pasal aku, kenapa? "Dr Shahrul bekas lecturer masa aku buat diploma dulu. Salah ke dia ajak aku lunch dekat luar?"
"Aku tak nampak macam bekas lecturer pun?"
"Suka hati kau lah nak nampak macam mana. Malas aku nak layan kau! Tu... makwe gedik kau tengah merah muka tunggu kau. Pergilah!"
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN