Pagi hari berikutnya, aku tak berdaya bangkit dari katil selepas jam loceng berdering. Kepala terasa berat semacam dan sendi di tubuh terasa sengal di sana-sini. Aku capai telefon bimbit dan menghantar pesanan di whatsApp Azura. Memberitahu, aku tak sihat dan akan berjumpa doktor petang nanti.
Sesudah itu, aku rebahkan semula kepala ke bantal. 2 hari bercuti bersama Arie di tanah tinggi rasa seperti mahu demam. Hendak kata kerana kedinginan di Genting Highlands, masa kami lebih banyak dihabiskan di dalam bilik memadu kasih daripada bersiar-siar.
Loceng di pintu berulang kali berbunyi membuat aku terjaga. Dalam terhuyung-hayang, aku pulas tombol pintu.
"Hah, hidup pun lagi kau. Aku ingat dah padam!" Azura mencerlung sambil bercekak pinggang.
"Teruklah kau ni, doakan aku mati cepat pulak. Aku tak puas enjoy lagi tau!" aku muncungkan bibir mendengar gurauan kasar Azura. Selalunya aku tak ambil hati kalau dia mengutuk teruk macam mana pun. Agaknya mood tak baik, penangan demam kut!
"Tiba-tiba cuti dua hari. Tak bagitau aku mana kau pergi, lepas tu balik sini terus tak sihat eh? Apa Arie tu dah buat kat kau hah?"
"Tak buat apa-apa pun."
"Boleh ke aku percaya? Hah, kau dah makan ke belum? Ni... aku bawakan kau bubur nasi."
"Thanks. Aku tak lapar, kepala aku pening." Aku rebahkan badan ke tilam semula.
Azura menggelengkan kepala, kemudian dahiku disentuh. "Tengok tu, sampai demam-demam kau. Cepat makan, lepas ni aku bawak kau jumpa doktor. Kau ke mana sebenarnya?"
"Arie bawak aku bercuti ke Genting."
"Patutlah kau jatuh sakit. Dah, cepat makan! Nanti perut masuk angin."
"Sayang jugak kau kat aku ya?" aku peluk Azura dengan manja tapi dia menolak pantas.
"Dahlah! Isyyhh... Kau tak puas-puas lagi ke peluk si Arie sampai aku pulak kau nak gomol? Eiiii...." Walaupun sakit-sakit di badan masih terasa, aku ketawa juga sehingga terhinggut-hinggut bahu. Azura mencebik geram dan berlalu ke singki mengambil sudu dan garfu.
"Kau makan sendiri. Aku tak ada masa nak suap kau macam yang Arie buat."
Aku gelak lagi. "Hey... Arie tak pernah suapkan aku makanlah!" mujurlah Azura bawakan aku bubur nasi dengan hirisan ayam yang enak. Mudah sikit untuk menelannya, tapi hanya separuh sahaja yang mampu dihabiskan. Tekak terasa perit. Sikit waktu lagi, harus aku diserang batuk pula.
"Aku tak larat."
"Tulah, bercinta sampai tak ingat dunia. Baik korang berdua nikah je. Nak suruh kahwin, kau dengan dia dah 'kahwin' pun!" Azura memerli.
Pap! Aku tampar lengannya sehingga dia mengaduh. "Memang dia dah lamar aku pun masa kat Genting."
"What? Oh!" secara tiba-tiba wajah Azura bertukar muram.
"Aku nak nikah sepatutnya kau happy, ni kau sedih pulak, kenapa?"
"Nanti kau ikut dia, tinggal lah aku sorang-sorang kat sini. Aku mana ada kawan baik macam kau?"
Aku pula yang terdiam. Benar juga kata-katanya. Hanya tinggal lebih kurang sebulan aku akan berada di sini. Selepas itu, aku harus mengikut Arie ke KL.
"Apa kata kau ikut aku sekali ke KL. Kau boleh duduk dengan aku?"
"Isyhhh, Tak mahulah! Aku tak mau kacau daun. Lagipun, mak aku dah tua, Risya. Tanggungjawab aku besar kat sini. Adik-adik aku masih perlukan aku."
"Aku faham. Tapi kau jangan risaulah, Arie offer aku kerja kat company dia. Nanti kalau ada program dekat sini, boleh aku datang selalu. Kita masih boleh berjumpa kan?"
Wajah Azura yang tadi mendung bertukar ceria semula.
Malam itu Arie menelefon setelah aku menghantar pesanan di whatsApp menyatakan aku demam.
"Kenapa you tak call awal-awal? Ni... Dah makan ubat ke belum?"
"I tak nak ganggu you. Tentu you banyak kerja."
"Hurmmm, kesian dia."
"You punya pasallah ni. Kerjakan I teruk sangat." Aku menyalahkan dia tapi sebenarnya aku pun 2 x 5 saja.
"Apa pulak I yang salah? You tu yang goda I lebih-lebih."
"Mana ada? I pulak yang kena."
"Macam manalah I tak geram dengan you. Balik malam tadi pun I bukannya boleh lena sangat. Asyik teringat suara you tengah mengerang." Arie ketawa kecil di talian sana.
"Eiiiii gerammnya!! Dahlah, malas nak layan you. I nak tidur. Good night!"
"Night sayang. Mimpikan I malam ni ya?"
"Of course I will."
Masih kedengaran tawa kecilnya ketika aku putuskan panggilan. Hatiku berbunga riang. Memang patutlah aku dan Arie menikah secepat yang mungkin. Sungguh indah berada di alam percintaan. Lebih-lebih lagi bila teringatkan aksi romantis Arie saat berada di sampingku.
Aku menekan dada sendiri. - 'I love you, Arie!'
Pintu bilik pejabat Tuan Haji Salim aku ketuk seiring dengan debaran di dada. Terus saja menyelak daun pintu setelah menerima arahan masuk.
"Hah Risya, ada apa yang boleh Uncle tolong? Jarang Risya ke sini jumpa Uncle kalau tak da hal yang mustahak."
"Er... Er... Risya nak minta maaf, Uncle. Encik Wan Huzairi dari MW Event Management tawarkan Risya kerja dekat KL."
Tuan Haji Salim melepaskan kertas di tangannya dan bersandar lemah. "Yang selalu datang ke sini dengan grup besar tu?"
"Betul Uncle. Risya pun serba-salah sebenarnya sebab Risya sayangkan kerja Risya kat sini."
Tuan Haji Salim diam sejenak dan kemudian mengukir senyuman. "Uncle pun susah nak lepaskan Risya tapi siapalah Uncle nak menahan. Risya masih muda, sampai bila Risya nak terperuk je dalam hutan ni."
Aku menggangguk mendengar kata-katanya. Aku hormatkan Tuan Haji Salim seperti aku hormatkan orang tuaku sendiri.
"Boleh Uncle tanyakan sesuatu?"
"Apa dia, Uncle?"
"Risya nak ke KL kerana kerja atau kerana Wan Huzairi?"
Pipiku terasa kebas serta-merta "Er... Rasa-rasanya kedua-dua sekali Uncle." Aku tergagap-gagap menahan malu.
"Buat apa nak segan? Uncle pun pernah muda dulu. Uncle dah dapat agak, cara Wan Huzairi layan Risya, memang ada sesuatu. Dulu, Uncle pernah simpan perasaan pada mama Risya.
"Uncle dulu pernah sukakan mama Risya?" aku juga terkejut dengan cerita yang tak disangka-sangka ini.
"Cerita lama, Risya. Kami tak sempat bercinta pun. Sejak dari sekolah menengah, kami rapat. Uncle ingatkan nak sunting mama Risya lepas mama Risya balik dari luar negara. Alih-alih mama Risya bawak balik bakal suami orang putih. Uncle pulak yang putih mata." Tuan Haji Salim ketawa sambil menggelengkan kepala.
"Mama tak pernah ceritakan pada Risya pun? Mama cuma kata, Uncle dan dia memang berkawan baik."
"Itulah silap Uncle. Orang dulu-dulu malu nak suarakan cintanya. Pendam aje dalam hati. Mama Risya pun tak pernah tanya sama ada Uncle cintakan dia atau tidak. Sebab tu, kami boleh berkawan baik. Tak mengapalah, Uncle doakan Risya berjaya di KL nanti. Uncle dapat rasakan, Wan Huzairi akan jaga Risya dengan baik. Good luck!"
"Terima kasih Uncle. Ini surat resign Risya."
Lambat-lambat Tuan Haji Salim menyambut sampul surat yang ku hulurkan. "Sama-sama. Nanti kirim salam pada mama Risya."
"Insya-ALLAH Uncle." aku meminta dri selepas itu dan kembali ke front desk menyertai Azura yang ku tinggalkan berseorangan tadi.
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN