Hujan lebat mengiri langkah kami ketika keluar dari Anjung Restaurant. Arie sarungkan aku jaket jeansnya dan lengannya merangku bahuku agar tidak terkena tempias hujan. Sekali lagi aku rasakan getaran melanda saat berada di dalam pelukan Arie sepanjang koridor hingga tiba di pintu bilik.
"Good night, sayang! Esok, sarapan dengan I dulu sebelum I balik,"
"I hantar you ke bandar"
"My pleasure. Sweet dream," Arie menunduk mahu mengucup bibirku tapi cepat-cepat aku menggeleng.
"Save it for tomorrow." Aku tahan dada Arie supaya dia tidak mendekat. Arie raih tanganku di dadanya lalu labuhkan bibirnya di situ.
Aku senyum dan tutup pintu selepas bertatapan dengan Arie buat kali terakhir malam ini. Ah! Terlalu berat rasanya untuk lepaskan Arie pergi. Masih terbau lagi haruman yang melekat di tubuhku. Hati dilanda seribu rasa. Apakah ini yang dinamakan cinta?
Di luar, hujan masih mencurah-curah ketika aku labuhkan kepala ke bantal. Petir dan kilat juga saling menyabung. Aku cuba pejamkan mata, tapi payah betul untuk lena. Mata masih segar-bugar akibat tidur siang walaupun untuk seketika. Tambahan pula, aku sudah terbiasa tidur melewati pukul 1.00 pagi.
Aku kalih badan ke kiri dan kanan, tapi fikiran masih tertumpu kepada Arie. Aisyhh... Apa dah jadi dengan diriku?
Akhirnya aku capai gagang telefon dan mendail sambungan ke bilik Arie.
"Hello?"
"Arie..."
"Hello Risya. You belum tidur lagi ke?"
"Belum... Er... You tengah buat apa sekarang?"
"Tengah berkemas. You tak boleh tidur ke? You dah mula rindukan I?"
Aku dapat rasakan yang Arie sedang tersenyum mengejek sekarang. Mengejek aku yang sudah dilanda angau! "Taklah! Saja je call. Ingatkan you dah tidur. See you tomorrow," aku berdalih. Gagang diletakkan dan hempaskan semula tubuhku ke katil.
Aku renung siling yang putih dan terkenangkan Arie lagi. Seakan terbayang-bayang sewaktu tubuh kami bersatu malam tadi. Jiwa terus saja bergelora.
'Tak boleh jadi ni!' –bisik hati sendiri.
Aku bingkas bangun dan capai sweater dan sarungkan hoodie ke kepala. Dalam tempias hujan, aku susuri koridor ke bangunan sebelah di mana bilik Arie berada. Loceng ditekan tapi tiada jawapan.
Sekali lagi aku berura mahu menekan loceng pintu, ianya terus terkuak. Terkejut Arie bila terlihatkan aku yang sedang berpeluk tubuh menahan kesejukan.
"What are you doing here? And, you are... Wet!" Cepat-cepat Arie tarik tubuhku ke dalam executive suite yang didiaminya.
"I... Err... I tak boleh tidur." Aku menggigil sehinggakan berlaga gigi. Ditambah pula dengan kedinginan aircond yang terpasang. Aku lihat Arie hanya berseluar bermuda dan tidak berbaju. Kulit jenis apa dia ni?
Aku tarik zip sweater dan loloskan baju tebal itu dari badanku. Arie terpegun merenung dadaku yang membukit di sebalik gaun tidur satin bertali halus yang melekap di tubuh. Lama sungguh dia terpaku tanpa sepatah kata.
"Sexy!" puji Arie setelah dia mampu untuk bersuara.
Aku senyum kecil dan menarik tuala di bahu Arie. Rambut yang sedikit basah, aku kesat sebentar dan kemudian, aku labuhkan punggung ke birai katil. Aku tahu Arie masih lagi memperhatikan gerak-geriku. Tuala di tangan, aku lingkarkan menyelimuti bahu dan berpeluk tubuh. Tidak tahu apa yang patut dibualkan dalam kebisingan hujan lebat yang mencurah-curah di luar.
"You sejuk?" Aku angguk sekali.
"Nak I panaskan?" Aku angguk lagi sambil renung mata Arie yang menawan. Setiap kali menatap mata itu, aku jadi lelah. Sepasang mata itu menggambarkan perasaan cinta yang menyala-nyala buatku. Dan aku akui, kali ini aku tewas juga pada cinta seorang lelaki. Azamku sebelum ini untuk hindarkan cinta setelah dikecewakan Rizal, punah serta merta. Mana mungkin aku menolak lelaki dambaanku sejak sebulan yang lepas. Aku jatuh cinta pada hakikat yang sebenar-benarnya. Bukan seperti cinta pada Rizal yang hanya berputik apabila Rizal terlalu banyak berbudi padaku.
Arie kemudiannya menarik tuala dan rapatkan badan dan membenam bibirnya ke pipiku.
"I tahu you tak mampu nak lawan perasaan you pada I, kan?"
"I tak tahu." Aku angkat bahu.
"Jangan tipu diri sendiri, Risya. Tell me, I can feel it."
Aku biarkan soalan Arie tanpa jawapan. Tak perlu aku membalas dengan kata-kata jika betul dia dapat merasakan apa ada dalam hatiku saat ini. Perasaan cinta yang menggebu itulah yang memaksa aku datang ke sini sehingga sanggup meredah hujan.
"Kalau you dah tahu, buat apa tanya lagi? You dah ambil cinta I dan letak dekat sini." Aku tekan dada bidang Arie yang terdedah. Lelaki ini sangat sempurna di mataku dengan dada kekar, perut kempis dan kulit sawo matang.
Bibir Arie pantas menangkap bibirku. Aku lemas dan semakin lemas. Kami sama-sama terhumban ke tilam empuk di penginapan mahal ini.
Dengusan dan erangan kami bersulam dengan hujan yang masih lebat dan mencurah-curah di luar. Kali ini, Arie agak kasar dibuai nafsu yang semakin menggila tidak seperti malam tadi, lembut dan romantis.
&&&&&&
Bersarapan seadanya, selepas itu aku meminta jasa baik Abang Mail menghantar kami ke pekan menggunakan jalan darat.
Ketika Arie sedang bercakap di telefon, aku masuk ke sebuah mini market dan membeli sedikit barangan keperluan. Bila aku keluar dari pasar raya, Arie sedang berdiri berhampiran sebuah Mercedes. Abang Mail, Arie dan pemandu kereta itu sedang berbual rancak. Nampak aku mendekat, lelaki Melayu separuh baya itu tersenyum manis.
"Pak Daud, ini Risya." Pemandu Arie mengangguk dan tanpa berlengah, aku hulurkan tangan dan mencium tangan Pak Daud.
"Cantik dan manis. Sesuai sekali dengan Tuan Arie."
Tuan Arie? Aku termanggu-manggu. Siapakah lelaki ini sebenarnya?
"Bulan depan tunggu Arie. Kita celebrate your birthday sama-sama. Lepas ni, you balik dan berehat. You mesti letih." Arie membisik di telingaku. Aku perasan dia tersenyum simpul tatkala mengulangi ayat yang sama aku lontarkan padanya semalam. Nyata sekali, Arie memerliku.
"I'm gonna miss you." Ucap Arie dengan suara yang tertahan-tahan. Tentu dia juga berat hati mahu meninggalkan detik manis kami sejak 2 malam lepas.
"Bye Arie," aku juga sama. Walaupun sukar, ucapan selamat tinggal terpaksa juga aku lafazkan.
"Call Arie kalau ada apa-apa." Sedikit sugul saat Arie membuka pintu kereta. Arie melayangkan flying kiss. Aku tergelak tetapi air mataku sudah bergenang. Aku pasti akan merindui Arie selama sebulan ini. Kereta hitam berkilat itu meluncur pergi.
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN