Sebulan berlalu dengan pantas. Hari yang aku tunggu-tunggu menjelma juga. Tak sabar aku menanti grup MW Event tiba. Dari tadi, aku asyik tertinjau-tinjau ke arah jeti.
"Happy semacam je aku tengok kau? Tahulah sekejap lagi buah hati nak sampai." Azura kawan baikku merangkap bakal menantu pemilik Resort Cahaya ini menyakat.
"Mana ada buah hati?"
"Kau jangan nak tipulah. Aku tahu kau dan Arie tu ada something. Bulan lepas tiap-tiap malam dia temankan kau balik dari Rimba Lounge, betul tak?"
"Kau mengintip ya? Jahat kau!"
Azura tergelak. "Biasalah, kat sini ramai jadi reporter. Abang Mat tukang kebun tu pun jadi spy."
Aku ketawa geli hati. Tak ambil hati langsung dengan cemuhan Azura.
"Eh, aku nak tanya ni. Lepas dia hantar kau ke bilik, kau ada pelawa dia tidur bilik kau ke?"
Berkerut dahi aku. Amboi minah kepoh ni? "Mana ada? Kan dia ada bilik sendiri, executive suite lagi. Biarlah dia tidur bilik dia. Bilik aku tu kan, sempit?"
"He he... aku saja je nak usik kau. Tapi aku seronok tengok korang berdua. Nanti kau jadi orang KL lah ya?"
"Entahlah! aku pun takut sebenarnya. Hubungan kami masih baru. Aku bukannya kenal dia sepenuhnya lagi." Mendatar suaraku. Aku pun tak pasti, sama ada perasaan yang baru berputik antara aku dan Arie akan memekar wangi. Entah-entah bakal layu sebelum berkembang.
"Alah... Lama-lama kenal lah tu," Azura menokok-tambah. "Gerak hati aku cukup yakin hubungan kau dan Wan Huzairi akan berakhir dengan kegembiraan. Macam dongeng waktu kanak-kanak kita. Cinderella bertemu dengan seorang putera kacak.
"Susah aku nak cakap. Aku pernah duduk kat KL dulu. Malas rasanya nak ke sana lagi." Terangku dalam lemah.
"Kau pernah duduk dekat KL? Bila tu? Kau kata kau study kat Perlis?"
"Itu masa aku buat matrikulasi. Lepas tu, aku sambung belajar dekat KL."
"Patutlah kau speaking berterabur."
"Eloooo... kau lupa ke papa aku, 'Mat Salih'? Mestilah aku pandai 'speaking'." Aku menjeling.
"Ah ahh, aku lupalah!" Azura ketawa sendiri.
+++++++++++
Kumpulan MW Event & Management tiba di lobi. Sedikit lega kerana peserta kursus kali ini tidak seramai mana. Tak sampai 50 orang. Seperti selalu Encik Marzuki datang dan menguruskan kunci bilik para peserta.
"Hai Risya." Suara yang ditunggu-tunggu menegur. Tersenyum lebar aku.
"Arie... Hai. Sihat?"
"Tentu sihat. Kalau tak, I tak adalah sampai sini. You pula, macam mana?"
"Macam nilah," bibir terus mengukir senyuman. Hilang rinduku selama sebulan ini. Aku meneruskan kerja sedangkan Arie masih tercengat di depanku. Tiada tanda-tanda yang dia akan beredar. Aku agak kekok tapi cuba berlagak tenang.
"Hello my darling Farisya Izoura. Long time no see." Aku tersentak dan terus mencari suara yang cukup aku kenali itu.
"Rizal!" sepatah nama itu terzahir dari bibirku walaupun perlahan sahaja. Aku menoleh ke wajah Arie yang diselubungi tanda tanya. Saat ini, kalaulah aku punya kuasa sakti, mahu sahaja aku lenyapkan tubuh di depanku ini hingga hilang bayangnya.
"Good! Ingat lagi you pada I. Kat sini rupanya you menyorok. You makin cantik sekarang, menyesal I tinggalkan you dulu." Tanpa menyedari perasaan yang melanda Wan Huzairi, Rizal dengan beraninya mengenyitkan matanya.
"You buat apa kat sini?"
"Kursus, sambil bercuti. Baguslah I jumpa you. Bolehlah you temankan I malam nanti,"
"I er... I..." aku tergagap-gagap. Ketika itu jugalah nama Rizal dilaungkan Encik Marzuki dan dia beredar sambil melayangkan flying kiss.
"Arie... Er... I'm sorry. I..." Oh! Bagaimana agaknya aku mahu terangkan kepada Arie siapa sebenarnya Rizal? Bekas kekasih? Mungkin tidak sama sekali.
"Tak apa, I faham. Nampaknya, I ada pesaing besar." Arie berlalu pergi sebelum aku sempat jelaskan apa-apa. Aku mengeluh. Satu masalah tiba-tiba muncul. Habislah!
Gelisah melanda hingga ke petang. Hinggakan, wajahku yang keruh disedari Azura.
"Kau dah kenapa? Dari tadi aku dengar kau asyik mengeluh aje?"
"Problem besar datang. Bekas 'pakwe' aku ada dekat sini." Lega sedikit kerana aku dapat meluahkan kegusaran sejak kemunculan Rizal.
"Oh, lelaki yang nama Rizal tu, ke? Dia ex-boyfriend kau?" terkejut aku. Azura kenal ke?
"Macam mana kau tahu?"
"Masa kau rehat tadi, dia datang cari kau. Untung betul jadi perempuan cantik macam kau, kan? Lelaki-lelaki 'ganteng' cari kau. Apasal kau tinggalkan dia hah? Ruginya," berjela-jela Azura membebel. Terasa tebal cuping telingaku mendengarkannya.
"Dia yang tinggalkan aku lepas dapat girl yang lebih cantik. Weyh, aku tengah risau ni. Pagi tadi masa dia tegur aku, Arie ada dekat sini."
"Ye ke? Macam mana dengan Arie. Dia marah tak?"
"Entahlah! Aku tak tahu nak buat apa masa tu. Arie nampak tenang je, tapi aku rasa serba tak kena. Sampai sekarang dia tak datang jumpa aku."
"Susah jugak tu. Nanti kau carilah Arie, kau terangkan kat dia elok-elok."
Aku termenung seketika. Rizal! Kenapalah kau muncul waktu aku baru mahu merasai cinta baru? Satu keluhan dilepaskan. Sesak terasa dada.
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
Lãng mạnTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN