Penat ambil angin, kami singgah sebentar di sebuah café menikmati kopi. Aku memesan sepotong cheese cake. Ermm! Sungguh enak.
"You nak rasa? Sedap," Dr. Shahrul mengangakan mulutnya minta disuap. Aku tergelak kecil dengan telatahnya, adahal aku baru saja kuiskan piring kek ke tepi tangannya. Mahu tak mahu, aku suapkan sepotong kecil kek ke mulutnya. Sempat dia mengeyitkan mata kirinya.
"Thanks! Memang sedap."
Kami berbual panjang perihal kerjaya. Barulah aku tahu, dia kini sudah pun bertukar mengajar di OUM. Masa kerjanya agak flexible sekarang.
"Esok, saya mahu ke luar Jakarta. Farisya mahu ikut saya?"
"Ke mana?"
"Jogya."
"Tak menyusahkan you ke?"
"Tentu sekali tidak. Saya amat berbesar hati jika Farisya sudi menemani saya." Senyuman di bibirnya memberi seribu makna. Sukar untuk aku menafsirkannya.
"Kita berdua aje ke?"
"Termasuk Farisya, ada enam orang. The more, the merrier."
"Kalau you kata macam tu, I ikut saja. Lagipun, besok tak ada apa yang nak dibuat."
Jam sudah pun melepasi angka 1 pagi. Aku mengajak Dr. Shahrul pulang ke hotel dan Dr. Shahrul bangun ke kaunter membayar bil. Aku terkuap beberapa kali.
Angin bertiup kencang tiba-tiba seakan mahu hujan. Aku memeluk tubuh menahan kedinginan.
"Sejuk?" aku senyum dan kepala aku anggukkan.
"Mari," Dr. Shahrul merangkul bahuku. Aku teringat sewaktu aku dan Arie di Genting Highlands. Arie juga melakukan serupa bila aku kesejukan.
Ah! Aku terkenangkan Arie lagi. Betapa aku cuba melupakan, semakin kuat ingatanku terhadapya.
Dr. Shahrul menemaniku hingga ke pintu bilik hotel. Aku mempersilakan beliau masuk tapi dia menolak. "Hari dah jauh malam. Farisya tidurlah. Esok jam sepuluh pagi, saya jemput Farisya."
"Good night, Shah."
"Night dear and sweet dream," dia senyum bila aku memanggil singkatan namanya. Dr Shahrul cium pipiku sedikit hampir di hujung ke bibirku. Aku yang tidak dapat menahan rasa, mengalihkan bibirku ke bibirnya. Cepat-cepat dia jauhkan wajahnya dan memandangku sekilas. Terkejut agaknya dengan perlakuanku.
"Farisya, are you teasing me?"
Aku sengih nakal.
"Naughty!" Hidungku dicuit. Mukanya didekatkan ke wajahku. Bibirnya pula menyentuh bibirku. Walaupun sebentar cuma, tapi amat enak sehinggakan jiwaku turut bergetar.
"See you tomorrow, Farisya." Dr. Shahrul berpaling meninggalkan aku yang masih tegak berdiri. Terasa kehilangan sesuatu, kerana aku tidak pernah ditinggalkan apabila nafsu dan keinginanku baru saja bermula.
***********
Loceng pintu bilikku kedengaran. Dr. Shahrul segak dengan pakaian kasualnya berdiri sambil sebelah tangannya menyeluk poket.
"Farisya dah siap? Boleh kita pegi sekarang?"
Aku angguk. Walaupun kelihatan agak kaku, aku tidak mahu rosakkan rancangan yang sudah dia aturkan untukku. Hal semalam tak perlulah aku fikirkan sangat. Segera aku capai backpack di atas katil.
Kami beriringan ke lif dan di dalam lif Dr. Sharul meramas jari-jemariku.
"Kenapa diam? Farisya marahkan saya?" Aku menggeleng, sekadar mengangkat bahu.
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN