Mendengar ketukan di pintu, segera aku memulas tombol dan menguncinya kembali. Tubuh sasa Arie aku peluk dan lekapkan kepalaku ke dadanya. Entah mengapa, aku dirundung sedih terkenangkan permintaan adiknya tadi.
"Sorry, tadi I ke pekan Kuah dengan Marzuki." Dia mencium pipiku lama. Bibir kami bertaut dan aku menyambutnya dengan penuh perasaan. Kelopak mata terpejam erat. Aku ingin membuang resah hati tentang Wan Huzaimi sebentar tadi.
"I nampak you dengan Amie tadi dekat hawkers stall."
Gugup aku sebentar. "Ja jadi, you nampaklah Amie-"
"Ya, I nampak Amie cium tangan you." Arie memintas pertanyaanku. Tenang sahaja dia membalas, tiada intonasi marah walau sedikitpun.
"I mintak maaf, tak sangka boleh jadi macam tu. Mulanya Amie cuma mintak I temankan dia berbual sekejap."
"Shyyhh! Buat apa nak mintak maaf? I tahu bukan salah you."
"You tak marah?" aku renggangkan tubuh lalu mendongak ke wajahnya.
"Silap I juga tak kenalkan you pada dia dari awal. Jangan susah hati, sayang. Esok saja kita jumpa Amie, ok?" Arie memujuk lalu menarikku ke katil. Lampu di sebelah katil dipadamkan, hanya tinggal lampu di tepi cermin besar yang samar-samar sahaja cahayanya.
"This nighties, yang I hadiahkan dekat Genting dulu?" kain jarang yang melapisi perutku, Arie usap perlahan. Melurut hingga ke lutut.
"Sorry, I dah penat sangat, esok kena bangun awal."
"Ok sayang. I faham, you tidurlah," suruh Arie walau aku tahu nada suaranya sedikit kecewa dengan hasrat yang tidak kesampaian.
LANGKAWI – Day 02
Kami membawa staf Hamzah Teguh ke tempat-tempat bersejarah dan bersiar-siar di Pantai Chenang. Di setiap persiinggahan, aku cukup geram dengan gantungan t-shirt yang cantik-cantik dan agak murah. Lalu aku membelinya untuk Fatihah, mama dan Azura. Bila-bila nanti aku akan berkunjung ke Resort Cahaya bolehlah dibawa sekali.
Arie tidak kelihatan kerana dia dan Encik Marzuki ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Kami bekerjasama dengan sebuah agensi perlancongan di sini dan salah seorangnya kami gajikan untuk jadi pemandu pelancong. Tugasku dan Azah hanya memastikan semua rombongan berada dalam kumpulan yang sama.
Yang merimaskan aku tak lain tak bukan adalah Amie. Dia sentiasa mengekori ke mana saja aku pergi. Setiap kali cuba menjauhkan jarak, semakin dia ingin rapat.
"You tengah bercinta dengan abang I ke?" aku tergamam dengan soalan yang tiba-tiba.
"Pagi tadi I nampak Arie keluar dari bilik you. Patutlah malam tadi you tak nak layan I." Terus dia menyambung tanpa menunggu aku menjawab soalannya tadi.
"I dengan Arie. Ha-ah! I mengaku saja kalau you dah nampak. Salah ke I bercinta dengan abang you?" aku tak menafikan. Kalau nak menipu pun, pasti Amie tak akan percaya punya.
"Berapa lama you dah kenal dia? Patutlah lately, Arie jarang balik ke rumah family I."
"I dengan dia? Lama tak lama jugak. Sebelum ni, Arie selalu datang kat tempat kerja I. Dia offer I kerja di MW Event Management, sebab tu I datang KL."
"Jadi, I tak ada peluanglah?"
Pantas juga dahiku berkerut. "Peluang untuk apa?"
"Miliki you, cinta you dan... tubuh you?"
"Maaf Amie. I cintakan Arie sepenuh hati I. Lagipun, you sanggup ke bercinta dengan I yang dah pernah tidur dengan abang you sendiri?" sinis pertanyaanku. Aku pasti, Amie sukakan aku hanya berpaksikan nafsu semata-mata. Cinta? Huh, potong jari nak percaya!
YOU ARE READING
TRILOGI ARIESYA - V1, V2 & V3
RomanceTERBARU DARI SAYA. BAKAL TERBIT VOL 1 - HATI YANG TERPILIH VOL 2 - KEMARAU CINTA VOL 3 - DAN...... RINDU-RINDU PUN BERGUGURAN